Wednesday, October 26, 2011

Inspirasi Hati di Jalan Hijrah Ini

Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulillah,terima kasih khas untuk Allah kerana memberi jari yang boleh dibengkok-bengkokan ini untuk menaip.kalau nak disenaraikan nikmat Allah,tak cukup satu blog malah x cukup air lautan untuk menulis nikmat-nikmat Allah.teringgat surah Ar-Rahman di mana Allah telah remind kita sebanyak 30 kali untuk kita mengenang nikmat-nikmat Allah supaya kita bersyukur kepadaNya. aku amat-amat teruja & tertarik kepada individu-individu yang dulunya aku kenal sebagai selebriti yang jauh dengan jalan Allah apatah lagi petah bercakap mengenai da'wah islam. dulu aku hanya tahu ala-ala je la mengenai perkembangan diorang ni...minat aku terhadap seni hiburan waktu itu lebih kepada bollywood,hollywood.

alhamdulillah, seorang yang bernama Maher Zain telah Allah berikan kepada aku sebagai momentum untuk Allah tarik aku dari lubang kejahilan dan daripada situlah Allah bawa, bawa & bawa aku hala kepada punca-punca kebaikan. aku kenal dengan hati insan-insan seperti Wardina Safiyyah, Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Syed Abd Kadir,Ustaz Syed Hisyam,Ustaz Hasrizal,Ustaz Muhamad,Ustaz Don, Ustaz Dr Asri,Ustaz Zamri & ramai lagi, Irma Hasmie, Shamril Salleh (Sham Kamikaze), Catriona Ross,Al-Mawlid dan beberapa lagi nama insan-insan yang mendokong tauhid Allah ini. Kisah-kisah mereka yang menyentuh hati aku yang mana aku juga dulu pernah terpesong dari jalan Allah.


sesungguhnya tiada kata untuk aku katakan bahawa aku sangat-sangat gembira melihat mereka yang dulunya aku tahu seorang selebriti yang totally dalam dunia hiburan yang langsung tak membantu untuk mendekatkan diri dengan Allah.hari ini mereka menjadi da'ie.alhamdulillah, last weekend Allah memberi kesempatan pada aku untuk bersama program Raudhah di Hati Ku yang diadakan di Masjid al-Falah USJ 9...yang ada bersama Catriona Ross & Al-Mawlid (antaranya la...). bila sesi kak Cat sharing cerita dia, melihat wajahnya aku benar2 terharu dan rasa nak peluk dia dan2 tu jugak.begitu juga geng Al-Mawlid, dulunya mereka di pentas dengan pakaian yg mengambakan style muzik mereka...seluar jeans londeh,kasut yg warna yg bermacam, topi yang berpesen-pesan tetapi hari itu aku melihat mereka simple berbaju putih,ada yang berkain pelikat,capal,kopiah putih...sejuk mata hati aku melihat & aku jadi sebak.


sesungguhnya selain dari kisah-kisah sejarah agung Islam yang menjadi inspirasi perjalanan hijrah aku ini, mereka juga menjadi inspirasi kepada aku.alhamdulillah, segala puji-pujian sebanyak seisi langit & bumi khas untuk Allah yang meminjamkan segala-galanya kepada kita. aku berdoa agar ramai lagi yang diberi petunjuk & dibukakan hati untuk memasakkan tauhid Allah di dalam hati mereka.alhamdulillah, setelah hijrah aku ini, Allah 'memperkenalkan' aku dengan ramai insan2 yg menjunjung syariat Allah walaupun aku tak dapat bersembang in personal dgn mereka, syukurlah aku mengenali mereka.salah seorang insan hebat yang Allah kenalkan kepada aku ialah Dato' Hj Syed Zainal Abidin b Syed Mohammed Tahir.seorang CEO yg taqwa & budinya lebih tinggi dari segala pangkatnya.subhanallah...

insan-insan penyejuk hati ini...semoga Allah tidak menarik hidayah yang telah Dia berikan kepada kita, amin -_-


No comments: