Pejam celik alhamdulillah kita dah masuk tahun baru hijrah. Hijrah itu sendiri bermaksud perpindahan dan semangat perpindahan ini bukan sahaja harus tertumpu pada awal tahun baru sahaja tetapi pada bila-bila masa.insha Allah, teruskan berdoa & meminta kepada Allah agar Allah sentiasa mebimbing kita ke jalan yang Dia redhai.suka aku ingatkan di sini...redha ibu bapa bermaksud redha Allah.
ok kali ni aku nak share beberapa terjemahan Hadis yang juga dipetik dari buku 106 Hadis Pengubatan Nabi. pastinya ia berkaitan dengan pengamalan kekasih Allah, Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam. why not kita jadikan ia amalan kita kan?ok take a look:
Dari Ibnu 'Abbas -radhiyallahu 'anhuma- bahawa Nabi sallalllahu 'alaihi wa sallam bersabda "Penyembuh ada pada tiga : pertama, toresan bekam (untuk mengeluarkan darah) kedua, minum madu ketiga, al-Kayy (tuaman dengan api). Aku menegah umatku dari tuaman dengan api " ( Soheh al-Bukhari, Kitab at-Thib)
Ulasan :
- Di Dalam hadis ini ada 3 jenis pengubatan yang disebut oleh Nabi sallalahu 'alaihi wasalam iaitu menggunakan madu, hijamah (bekam) & al-Kayy; iaitu membakar dengan besi panas (al-Qamus al-Muhit).
- Pengubatan dengan madu dan bekam adalah digalakkan oleh Nabi. Adapun pengubatan dengan kaedah al-Kayy adalah dilarang oleh Nabi dalam hadis ini. Namun, terdapat beberapa hadis menceritakan Nabi pernah mengubati sahabatnya dengan al-Kayy.
- Setelah meneliti semua hadis tentang al-Kayy ini, para ulamak menyimpulkan : pengubatan secara al-Kayy tidaklah dilarang secara sepenuhnya. Ia diharuskan pada waktu tertentu terutama pada ketika tidak ada cara pengubatan yang lain yang dapat digunakan (Fathul-Bari, kitab at-Thib)
Dari Abi Said al-Khudri radhiyallahu 'anhu yang menceritakan; Seorang lelaki datang bertemu Nabi sallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata; 'Saudaraku mengadu perutnya cirit-birit'. Nabi berkata;'Beri ia minum madu'. Lelaki itupun memberi saudaranya minum madu. Namun kemudiannya ia datang kali kedua (mengadu lagi kerana perut saudaranya belum sembuh-pent.). Nabi berkata lagi; 'Beri ia minum madu'. Ia datang lagi dan berkata; 'Telah aku lakukan, namun walaupun telah banyak kali aku beri ia minum madu, perutnya semakin cirit-birit'. Nabi menjawab; 'Allah adalah benar, namun perut saudaramulah yang berdusta. Beri lagi minum madu'. Ia memberinya lagi, akhirnya sembuhlah saudaranya itu". (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thub, bab ad-Dawa bi al-'Asali & bab Dawa al-Mabtun)
Ulasan :
- Istitlaq dalam hadis di atas bermaksud : penyakit cirit-birit yang berpunca dari masalah penghadaman dan usus. (mInhatul-Bari)
- Ucapan nabi "Allah itu Benar" adalah merujuk kepada firman Allah "Keluar dari dalam badannya (yakni lebah) minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penyembuh bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir"(surah an-nahl, ayat 69)
Kerana itulah Nabi menyuruh diulangi meminum madu itu untuk mengososngkan perut dari bahan rosak tersebut. Dalam riwayat yang lain diceritakan bahawa sebanyak tiga kali nabi menyuruh lelaki tersebut memberi madu kepada saudaranya. Pada kali yang ketiga barulah sembuh. (Fathul-Bari, Tuhfah al-Ahwazi (bab at-Tadawi bi al-'Asl) )
Ok,khalas stakat ni.nanti aku sambung lagi 2 cara iaitu bekam (hijamah) & al-Kayy.
*tetiba rasa nak makan roti sapu ngan madu.syok...
4 comments:
salam ziarah
salam ukhuwah ;)
post yang sangat bagus. dapat belajar byk dr hadis yg malina share ni. Thank you for sharing. =)
dhee...
sama & terima kasih juga kerana melawat rumah ku ini. :)
sharing is caring & loving.hehhe..
Post a Comment