Friday, May 7, 2010

Terima kasih Allah untuk ruang ini

Assalamualaikum,
alhamdulillah,sesi utk diploma aku sudah berakhir berdoa agar segalanya berjalan lancar,mendapat pointer yg baik dan dapat grad dgn jayanya.yea...mari membuka kembali kotak-kotak ingatan lampau ini.julai 2007,aku jadi student UiTM di bawah keluarga fakulti teknologi kreatif & artistik.di bawah family besar ni,aku berada di dalam family diploma pengurusan seni.

segalanya sudah berakhir,rindu waktu-waktu 3 tahun yg lepas itu.masa berlalu begitu pantas...tak penah tunggu sape2.aku kadang2 mcm tak caye aku dah selesaikan yang bernama diploma showcase tu.ya,yg dulunya aku duk dengar daripada lecturer & senior je ttg bgaimana kesusahan showcase ini.Asy Syura adalah sangat2 berharga bagi aku...Asy Syura menjadi medan utk aku aplikasi segala pengalaman & pelajaran aku di sini. aku jumpa ramai orang.sedar tak sedar aku menjalinkan suatu hubungan yg bernama persahabatan dan kasih sayang.kiranya dulu aku x pernah nak rapat dengan anne,tapi kali ni dia adalah salah seorang kawan baik yg banyak memahami aku.ya,awalnya kami baik disebabkan kerja tapi dalam masa itu keserasian mula ada di antara kami.Allah Maha Kuasa dalam menentukan segalanya.

aku mula mengerti maksud memahami dan menyelami seseorang itu.aku mula mengenali siapa kawan-kawan aku sebenarnya.tak semestinya orang yg dah lama kita close,akan bersama kita semasa kita memerlukan dan tak semestinya orang yang baru rapat dengan kita akan meninggalkan kita semasa kita memerlukan.anne...yie...abg jas...thank you.
terlalu banyak kenangan utk dikira sepanjang 3 tahun ini.dengan kelas-kelas pagi & petang yg pada ketika itu sungguh menjengkelkan,berhadapan dengan beberapa lecturer yang membosankan,mengadap laptop utk siapkan asingment2 sampai pernah aku blood presure disebabkannya,berdiri di hadapan semua orang utk presentation,menguruskan acara ,masa-masa ketika itu yg cukup zalim bagi aku,tidur ntah ke mana-mana,meeting x habis2,exam,test,kuiz,fail2 yg perlu dihantar...waktu itu,segalanya ibarat sebuah paksaan oleh diri sendiri.

namun,bila ianya sudah berlalu...segala waktu itu sungguh manis dan berharga.terasa seperti mahu kembali kepadanya.namun bak kata Imam Ghazali,perkara yang paling jauh untuk kita pergi kepadanya bukanlah bulan,bintang mahupun plenet2 tapi masa yang telah lepas meninggalkan kita.kita tak mungkin akan kepadanya lagi.masa-masa itu telah berlalu,namun ingatan terhadapnya tak akn pernah pudar...
bila aku tengok junior2 yg masih mencari-cari tapak dalam batch diorg,setiap sem bertukar fesyen...aku rasa macam klakar plak.sebab dulu pun aku pernah menyaksikan ada kawan-kawan batch aku pun begitu.hanya segelintir sahaja yg berjaya mencari tapak yang baik.bukan culture shock,tetapi berubah demi kebaikan dan kemajuan diri.aku sendiri pun dulu tercari2 semua tu dan Asy Syura membuktikan segala-galanya utk aku.walaupun aku x sesempurna yg lain namun aku berbangga dengan diri dan team aku.

aku dan kawan-kawan yang lain seperti anak-anak kecil yg belajar bertatih,bertutur,berlari dan akhirnya mampu berdiri sendiri.segalanya sudah selesai...dengan bangganya kami mengatakan kami adalah hasil dari FACT,UiTM.aku,mahu lagi menyambung pelajaran aku di dalam ijazah pengurusan industri kreatif.walaupun org selalu tnya ''ko tahan lagi ke dalam kos ni?''.jawapan aku skema je...selagi ada kemahuan di situ ada jalannya.

berdiri dari kiri : mia,anne,yie,mira,thini.
duduk dari kiri : eid,zsazsa,en hafshizan,tasha,eyka.
ini adalah malam pra graduan yg diadakan di De Palma Hotel shah alam 6 mei lepas.malam itu seperti kesimpulan kepada batch kemasukan julai 2007.seakan tidak percaya kita dah habiskan diploma ini.one of the great moment in my whole diploma.
Ya Allah,terima kasih untuk ruang ini.terima kasih kerana memanjangkan umur ku ke tahap ini.terima kasih kerana sentiasa membantu ku.terima kasih kerana memberikan aku keluarga,lecturers dan kawan-kawan kepada ku.terima kasih untuk segala nikmat ini.sesungguhnya hidup dan mati ku hanya satu-satunya kerana Mu.