Alhamdulillah,diploma aku selama 3 tahun ini hampir selesai.segalanya cepat berlalu,terasa julai 2007 baru semalam aku tinggalkan.menjadi salah seorang student pengurusan industri kreatif adalah sebuah pengalaman yang hebat.pastinya terlalu banyak yg aku lalui...segalanya bermain dalam fikiran ini.bagaimana aku lalui semua ni dgn begitu pantas?
Oh,hanya Allah yang tahu segalanya.hampir 3 minggu diploma showcase yang mementaskan Asy Syura berakhir.bengkel itu sudah sunyi tanpa bunyi-bunyi mesin dan ketukan tangan-tangan yg buat set,studio itu sudah kosong tanpa tapak-tapak kaki yang dulunya cekal berada di situ & sudah tak kedengaran pekikan director,bilik meeting itu sudah tiada yg duduk2 di kerusi membincangkan segala hal mengenai Asy Syura,auditorium DBP itu juga sudah tiada muka-muka yang kelihatan sibuk,muka yang selalu kerisauan,muka yang selalu gile-gile,tiada lagi gelak tawa & suara kami bila disakat abang-abang di situ. pagi-pagi aku tidak lagi disambut dengan "allow..how r u...","PM,lapar la...".malam-malam aku tidak lagi melihat muka-muka penat buat kerja yang tak habis2,tak de sape lagi yg snap gambar aku masa aku tidur.tiada lagi walkie-talkie yg memanggil-manggil nama aku.
ya,semua tu adalah manis.walaupun ketika melaluinya Allah shj yang tahu betapa straglenya aku dan semua orang utk mempersembahkan yg terbaik utk Asy Syura.segalanya berakhir dengan tangisan penuh kesyukuran dan kegembiraan.curtain call yang terakhir itu,aku sebak melihat segala dah dilakukan sehingga semua berjaya.ya,berjaya bagi aku walaupun banyak kelemahannya.this is procces of life,i believe...berjaya kerana aku melihat usaha keras dalam diri setiap rakan-rakan aku.
pastinya aku akan merindui segalanya.julai 2010 ini,aku bukan lagi meneruskan diploma aku seperti biasa.insyaallah,aku berada dalam ijazah pengurusan industri kreatif...bila aku rasa nak share cerita dan chotchet,bila aku rasa mahu dijahitkan baju-baju,bila aku rasa mahu luahkan sesuatu, yie bukan lagi ada bersama aku.bila aku rasa aku mahu hang-out,bila aku rasa mahu gila-gila,bila aku rasa aku perlukan bantuan dalam tugasan aku,anne tak de lagi bersama aku.aku bayangkan semua-semua tu...sungguh mengharukan.
mereka tidak akan pernah tahu berapa banyak kasih sayang aku pada mereka semua.kenapa aku kali ni tak beria-ia nak balik,kerana aku tak nak menghadapi suatu ketika yg menjadi yang terakhir untuk kami,tapi aku sedar saat itu pasti tiba.aku rasa aku nak duduk kat sni sampai lah julai nnti.hurm...semoga Allah memanjangkan persahabatan ini.terima kasih Allah untuk semua nikmat ini...sesungguhnya ianya hebat!
No comments:
Post a Comment