Aku melalui hari ke 4 tanpa kawan aku di sisi dan aku teringat sewaktu aku menceritakan pasal dia kat ibu ku yg tercinta...
situasi ni berlaku di dapur kering Edemaz Palace kami :
dik na:ibu,dik na nak cite ni.pasal kawan dik na kat kolej.
ibu :kawan kat kolej...sape nama dia?
dik na:nama dia mohd khairie,kitorng panggil dia yie je.em,mcm biasa la ibu dik na akan bg tau ibu ngan sape dik berkawan kan...ha,yie ni kawan dik na ibu.
ibu :oh...yie.dia asal mana?sama umur ngan dik ke?
dik na:dia asal kemaman terengganu,tak sama..dia umur 20 ibu.
ibu :ok,mcm mana ngan perangai dia?
dik na:dia ok je...kpala giler2 la ibu.ibu tahu..kalau dik na bawa balik dia kat umah kita mesti family kita suka sebab dia tu pandai menjahit,gubah2 itu ini,pandai masak,pandai lukis..kira kreatif la.abah mesti suka...dia tu x smoking pun,dia simple,x memilih kalau bab makan2 ni,friendly...
ibu :erm...bukan senang tu jumpa kawan macam tu.nak2 laki yg pangai mcm tu..dik kena banyak la belajar ngan dia serba serbi tu. dik na:itulah ibu...masa dik na tengok dia menjahit.fuuh..mmg best la.dia menjahit tangan pun kejap je ibu.
ibu :dik na banyak luang masa dengan dia ke?
dik na:aa...mesti la ibu,kitorang makan-makan,jalan-jalan,soping-soping,berbual,cite itu ini...
ibu :em,hati2...nanti orang lain fikir apa plak dik ngan yie ni.
dik na:tak de la ibu.yie ni bukan jenis amik kesempatan.dia ok je,anytime dia bersedia tolong dik na...hehehhe....mcm superman kan ibu.
ibu :la...sampai mcm tu plak dik ni...ibu harap satu hari nnti ibu dan abah boleh jumpa yie.tengok dalam gambar je x best jugak...
dik na:ala ibu,nanti ibu boleh la jumpa dia...yang penting ibu kena g kat kampus dik na la.
ibu :yg penting,ibu tak nak dengar dik ngan yie gaduh ke apa ke...kalau nak kawan,kawan elok2...biar sama2 berjaya,jgn leka sangat..jangan asyik duk g jalan-jalan je ngan yie.ni,ibu nak mnta no telefon yie lah,kalau tak boleh kontek dik na ibu boleh kontek yie...apa2 hal senang.
dik na:ok ibu...harap2 dik na tak gaduh ngan dia..nauzubillah ibu,minta jauh sgt.kalau dik na gaduh ngan dia tak tau la mcm mna dik na nnti...tak nak,tak nak.nanti dik na kasi no fon yie.enfon kat atas la ibu...
maka,berakhirlah perbualan mesra aku dan ibu...dan kalau apa2 hal sekali pun aku tak pernah sorok dari pengetahuan ibu sehinggalah sekarang.aku bagitahu ibu yang aku gaduh ngan yie...ibu terdiam seketika.satu saja ayat yg terdengar dihujung telefon "ibu betul2 terkejut dik...".selepas beberapa saat,ibu cakap "dik pergi la minta maaf dgn yie,sbab ibu tahu mcm mna keadaan dik klau keadaan mcm ni.."
No comments:
Post a Comment