Saturday, October 31, 2009

Masa-masa lampau yang menyentuh hati...

Setiap hembusan nafas aku sekarang ni mengingati kembali waktu-waktu aku bersama kawan aku,yie...terasa hidup ini ganjil tanpa meluangkan masa bersama dia.alhamdulillah...dia dah hantar msg yg dia benar2 maafkan aku...alhamdulillah.aku tak tahu la apa jadi ngan aku ni,apa yg aku buat mesti rasa ada yang tak kena nya.ke mana sahaja aku pergi tempat-tempat itu semua mengingatkan waktu aku dengan dia.terasa pelik bila aku kat situ tanpa dia...

aku benar2 merindui di mana aku dengan yie makan sama-sama,kongsi2 makanan,naik alphard aku sama2,aku naik LC ngan dia,g tengok wayang,study sama2,masing2 bukak laptop,chill2 kat dining,kandang,mcD sek 2,mcD giant,kedai mamak sek 9,kfc xtrem park,kfc pkns,karaoke alam sentral,sungai dan air terjun itu...banyak dan terlalu banyak kenangan waktu-waktu itu.

mahu saja aku kembali kepada waktu itu semula...aku sangat sedih dan sayu bila sahaja waktu-waktu itu berlegar dalam fikiran aku.kadang-kadang aku fikir,sebesar alam kah kesalahan aku bahawa aku perlu dihukum dengan kegembiraan kenangan lampau itu?namun,dengan apa yg berlaku ni,aku sedar bahawa yg bernama mohd khairie itu adalah sebenarnya seorang sahabat yang baik hati dan banyak memahami aku.dia seorang yang mahukan aku gembira,seorang yang tidak mahu aku tahu keperitannya,yang kadang-kala degil demi menjaga hati aku,yang tidak lokek apa shj bantuannya utk aku,yang arif dan mengerti perangai aku,yang mempunyai budi dan kerendahan hati,yang tidak mudah utk menunjukkan perasaannya terhadap org disekelilingnya,yang punyai cita-cita yang tinggi utk sama2 berjaya dan merubah nasib diri & keluarga....bagaimana aku mampu untuk cari ganti sahabat seperti dia?

aku melihat dengan pandangan yang kabur...adakah waktu-waktu itu akan berulang lagi dalam hidup aku...adakah aku masih punyai hak untuk semua waktu-waktu itu...adakah aku punyai peluang untuk aku bersama yie lagi...

1 comment:

atiq said...

salam malina.. join my bloq ok.. thnks..