Thursday, August 13, 2009

yang dinamakan kolej...

Assalamualaikum,
post kali ni memang agak2 macam emo skit yea.barangkali ni lah antara masalah,dugaan dan cabaran bila dah jadi pelajar universiti ni iaitu termasuklah berhadapan dengan masalah birokrasi yang sangat menyampah.sekarang kecoh dengan macam2 hal seperti uitm nak cuti la,isu saman menyaman la,isu subsidi makanan la,isu tak leh buat open activity la apa la dan macam2 isu lagi.seyes,memang aku menyampah ngan semua ni.sangat menganggu proses pembelajaran dan fokus utk sem ni.

aku memang doa sangat yg cite pasal cuti menyuti ni sangatlah tak benar.gile ke apa nak xtend sem?umur 23 baru nak grad?nak sambung degree,master bagai lagi...kalau dah kritikal sangat mesti x de sape pun berani keluar tanpa pakai mask.ni aku tengok rilex mcm x de pape je.kita yg pkai mask ni dilihat mcm pelik plak.pastu yang pasal saman2 ni,bab ni aku memang geram sangat.bukan aku nak kritik ke apa,yang pihak kolej ni pun satu hal...kenapa dah nak pertengahan sem baru sibuk nak bukak fail saman2 kat student ni?kenapa tak updatekan segala kesalahan2 yg dilakukan oleh student masa cuti sem 2 bulan tu,then sebelum student dapat rumah utk sem ni,kasi diorang setel dulu kesalahan sem lpas tu,nak bayar saman ke apa ke,baru kasi rumah untuk sem ni.yang buat aku macam menyampah lagi,keslahan yang dibangkitkan...alasan x buat clearance la,rumah kotor la.ingat asrama sekolah teknik ke ni?

yang tak leh blah lagi,dah terang2 kat undang-undang kolej yang ditampal di setiap pintu dalam rumah yang bayaran saman adalah RM 20,tapi dan2 minta RM 50.apa kes???pastu bila disoal, kata ni adalah peraturan baru...banyak la ko peraturan baru.dah peraturan baru,pi koyak semua yg ditampal tu..taip yg baru gi tampal lain.baguslah,collect duit saman tu,pastu buat jubin baru depan opis,bilik snoker la,karoke la,bilik seminar la (pastu bila dak TEKA nak guna byk mslahnya)...bgus2...korang adalah yang terbaik lah!suara student?sape nak dengar?bila komplen masa perjumpaan ke apa,atack student balik.tau sangat la...

isu subsidi makanan plak,ni satu lagi hal.mula2 aku masuk sini,memang x de masalah pasal subsidi.memang kerajaan Malaysia kasi RM 4 sehari untuk student.aku bersyukur sangat,kurang2 ringan sikit beban kan.pastu,kena aply dalam eHEP.aply2,dapat la tanpa banyak masalah birokrasi.maka duit tu masuk ikut akaun bank islam.alih2 sem ni,dah aply online,permohonan gagal,pastu buat rayuan pun tak dapat jugak.syarat2 nya,gaji parents tak leh lebih dari RM 2K.em,bagus2...aku sangat setujulah!bijak bestari sungguh punya rules.ye lah,beban hidup sekarang mana ada tinggi,harga barang tak naik,semua urus niaga pakai daun sireh.pastu yang kalau lebih RM 2k pun ade 5 orang anak yg nak kena tanggung pun x leh,dikira tak masuk syarat dah.aku kan,minta maaf la kat korang kalau korang yg baca ni terasa dengan post aku kali ni.bukan maksud aku nak hentam ke apa,tapi ni la yg sebenarnya.sepatutnya,kalau benar itu peruntukan kerajaan Malaysia,bahagi dengan saksama,kalau ada akta baru,sila war2 kan.jangan biarkan student buat andaian sendiri.

ini lah perkara yang berlaku,kebenaran disebaliknya?tah sape yang tahu.by the way,thanks to UiTM sebab kasi tanah lapang untuk parking keta kat blok tu.kitorang ni bukan nak kesenangan sangat,cuma please la dilayan elok2,adil dan saksama.tak de layan lebih sebab student tu MPP ke,JPK ke,dari fakulti yg dirasakan bagus ke.wei,dont judge a food by its smell la.rasanya,semua baca piagam pelanggan UiTM kan...aku sememangnya proud to be UiTM'nese.aku syukur sangat ditempatkan kat sini.rasa degree pun nak lagi sambung kat sini.aku sayang UiTM...setiap kali aku dengar lagu UiTM di hati ku dan wawasan setia pelajar memang aku sebak sangat sebab aku tahu besar cita-cita aku kat sini.

4 comments:

Aiman said...

saya setuju..saya juga mangsa subsidi n saman..ARGH!!!

Idmalina Mohamad Ideris said...

heheh...kan,kan,kan.......
mangsa keadaan....

Anonymous said...

kolej tu mmg bonggop tahap bengap yang melampau, dia ikut suka hati dia jer. time dia rajin, rajinlah segala saman menyaman ni keluar sebab tak de kerja nak di buat. tahap malas mangkok ayun dia tu mmg macam seraka. nak kata itu dan ini lah, sediakan itu ini lah...tapi hampeh! buat aktiviti tahap pak kadok. cubalah pikir sikit, sebab apa students tak minat nak join aktiviti kolej yang bodoh dan basi tu sebab bosan. pelajar pun ikut sebab terpaksa. kalau ikutkan undang2 kita boleh saman kolej tu sebab suka buat ugutan. "Semua pelajar diminta turun kedewan makan sekarang juga, kalau tidak akan diambil tindakan." lepas tu tutup elektrik. klu barang students hilang ada dia orang nak ganti. masalahnya sekarang budak-budak kita ni tak berani nak bersuara sebab dah di suap dengan ugutan. jadi pelajar kita ni yang banggap jugak tak berani nak bersuara. sebab terlalu minoriti sebab tu kolej ni bermaharajalela. tgk jer lah mana ada ramai budak TEKA yang apply nak jadi JPK kolej. sebab apa diskriminiasi. klu ada pun sekerat dua kerat. tak tahulah nak cakap apa.

Idmalina Mohamad Ideris said...

stuju!!!!!!
mmg smuanya disuap dgn ugutan...terutama bila diorg mention mention gantung/buang universiti...lg la student x leh kta apa2....