Saturday, August 1, 2009

tahun 2009

Assalamualaikum and happy good day,
selalunya orang biasa recap pasal perkara yg berlaku sepanjang tahun bila dah penghujung tahun,tapi aku rasakan 2009 ni,adalah tahun yang panjang untuk aku.bertapa banyak perkara yang besar berlaku pada aku dan dunia ini.namun,nak tak nak aku kena melalui hidup ni dengan penuh rasa syukur kerana aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah...Maha Suci Allah yang banyak memberi nikmat kepada hambaNya.
sepanjang 2009 ni,hari sedih aku lebih banyak dari hari gembira aku.banyak perkara berlaku terutama melibatkan keluarga aku.sekali fikir macam drama plak,episod demi episod yang tak habis-habis...kalau kecelaruan tu,datang dari ahli keluarga aku sendiri,boleh la nak diselesaikan dengan rundingan dan berbincang.ni bila dah melibatkan perkara mistik ni,susah la sikit.tah la,susah aku nak terangkan...hasad dengki dan benci yang tak habis-habis terhadap keluarga aku.kalau family aku ni mmg family gengster tak pe la nak benci2,ni x de buat pape pun dimandrem gak...subhanalah Maha Suci Allah yang mengetahui segala-galanya.
even masa aku tak banyak kat umah,bila berjauhan aku tetap dapat sense dan rasa yang family aku terutama ibu abah yang menghadapi semua ni.namun aku yakin ini adalah ujian Allah dan aku yakin bahawa Allah tak akan bagi ujian kalau hambaNya tidak mampu untuk menhadapinya.
memang sekarang aku sangat risau mengenai keselamatan family aku.doa merupakan senjata orang Islam dan aku yakin dengan itu...sesungguhnya Allah tidak pernah penat untuk mendengar doa kita,kita je yang selalu meninggalkan Nya.aku pula...kehidupan seorang mahasisiwi yang semakin mencabar.cabaran yang datang dari persekitaran yang menguji fizikal dan mental ini.sekali fikir macam game xplorace plak.tapi ni baru diploma,tak degree master bagai lagi kan...tapi aku benar-benar berterima kasih pada Allah yang sentiasa membuka peluang pendidikan untuk aku dengan seluas-luasnya...alhamdulillah.
perkara yang berlaku pada dunia,yang besar diperkatakan sekarang adalah virus yang membawa kesusahan pada kita semua iaitu influenza A.korang penah terfikir x dari mana datang nya hareem zaddah ni?bagi aku benda ni datang dari manusia tu sendiri.kan dalam Al Quran ade sebut yang segala kemusnahan yang berlaku di bumi ini adalah dari tangan-tangan manusia sendiri.tengoklah macam mana manusia sekarang...sangat menyedihkan.
akhirat ditinggalkan dan dunia didahulukan,terlalu mengikut arus kemodenan yang banyak dicipta oleh kafir laknatullah.sayangnya umat Islam kini pun juga hanyut dengan semua ni.Maha Suci Allah semoga kita semua dilindungiNya.sahabat-sahabat ku yang sudi membaca entri aku ni,aku menyeru supaya kita menjaga makanan kita yang menjadi darah dan daging kita.kita adalah apa yang kita makan...kalau kita tak meniktikberatkan soal halal dan haram,dengan mudahnya kafir boleh mempengaruhi kita dengan sogokan mereka.bila dah ada cop halal kat bungkusan makanan tu,tak semestinya ianya benar2 halal.
sokonglah lah produk yang dikeluarkan oleh orang muslim dan diyakini halal.buat apa kita nak makan makanan yang dibuat oleh tangan yang tidak berwudhuk dan 'tak mandi wajib'?
fikir dan renung2kan lah...aku minta maaf kalau apa yang aku taip ni ada yang menyakiti.semoga kita sentiasa dilindungi Allah...amin.
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara mu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..." (Al-Quran, surah al-Hujurat: Ayat 13)

No comments: