Tuesday, April 27, 2010

Pengalaman yang hebat dalam hayat ini

Assalamualaikum & good day...
Alhamdulillah,diploma aku selama 3 tahun ini hampir selesai.segalanya cepat berlalu,terasa julai 2007 baru semalam aku tinggalkan.menjadi salah seorang student pengurusan industri kreatif adalah sebuah pengalaman yang hebat.pastinya terlalu banyak yg aku lalui...segalanya bermain dalam fikiran ini.bagaimana aku lalui semua ni dgn begitu pantas?

Oh,hanya Allah yang tahu segalanya.hampir 3 minggu diploma showcase yang mementaskan Asy Syura berakhir.bengkel itu sudah sunyi tanpa bunyi-bunyi mesin dan ketukan tangan-tangan yg buat set,studio itu sudah kosong tanpa tapak-tapak kaki yang dulunya cekal berada di situ & sudah tak kedengaran pekikan director,bilik meeting itu sudah tiada yg duduk2 di kerusi membincangkan segala hal mengenai Asy Syura,auditorium DBP itu juga sudah tiada muka-muka yang kelihatan sibuk,muka yang selalu kerisauan,muka yang selalu gile-gile,tiada lagi gelak tawa & suara kami bila disakat abang-abang di situ. pagi-pagi aku tidak lagi disambut dengan "allow..how r u...","PM,lapar la...".malam-malam aku tidak lagi melihat muka-muka penat buat kerja yang tak habis2,tak de sape lagi yg snap gambar aku masa aku tidur.tiada lagi walkie-talkie yg memanggil-manggil nama aku.

ya,semua tu adalah manis.walaupun ketika melaluinya Allah shj yang tahu betapa straglenya aku dan semua orang utk mempersembahkan yg terbaik utk Asy Syura.segalanya berakhir dengan tangisan penuh kesyukuran dan kegembiraan.curtain call yang terakhir itu,aku sebak melihat segala dah dilakukan sehingga semua berjaya.ya,berjaya bagi aku walaupun banyak kelemahannya.this is procces of life,i believe...berjaya kerana aku melihat usaha keras dalam diri setiap rakan-rakan aku.
pastinya aku akan merindui segalanya.julai 2010 ini,aku bukan lagi meneruskan diploma aku seperti biasa.insyaallah,aku berada dalam ijazah pengurusan industri kreatif...bila aku rasa nak share cerita dan chotchet,bila aku rasa mahu dijahitkan baju-baju,bila aku rasa mahu luahkan sesuatu, yie bukan lagi ada bersama aku.bila aku rasa aku mahu hang-out,bila aku rasa mahu gila-gila,bila aku rasa aku perlukan bantuan dalam tugasan aku,anne tak de lagi bersama aku.aku bayangkan semua-semua tu...sungguh mengharukan.
mereka tidak akan pernah tahu berapa banyak kasih sayang aku pada mereka semua.kenapa aku kali ni tak beria-ia nak balik,kerana aku tak nak menghadapi suatu ketika yg menjadi yang terakhir untuk kami,tapi aku sedar saat itu pasti tiba.aku rasa aku nak duduk kat sni sampai lah julai nnti.hurm...semoga Allah memanjangkan persahabatan ini.terima kasih Allah untuk semua nikmat ini...sesungguhnya ianya hebat!

Sunday, March 28, 2010

Asy Syura,DBP & Dhidhi

Asalamaualaikum & good day to all,
maka hampir 2 minggu lagi la menjelang showcase yang semua pakat duk pulun nih.akhirnya terpublishlah poster Asy Syura yg sgt aku suka ni terutama tang tangan dan font arabic nih...jumaat lepas baru setel sidang media yang buat kat dewan bankuet DBP.bagi aku,PC ni santai dan smooth..belajar dari kekurangan dan repair menjelang show nanti.

sekarang DBP umah ke dua aku ngan anne yg slalu duk g berurusan kat situ.well,syukur pada Allah yang tersayang kerana bagi aku kenal dgn ramai orang yg baik-baik,senang diajak berbincang,klakar dan tak lokek ilmu.abg fetri,abg jasni,abg jamil,cik mat,en ghapar,en murad,en razak,semua staf DBP dan juga termasuk datuk johan adalah orang2 yg penting kepada CS dan teater ni.diorang baik sgt2...tak tau aku nak cakap macam mana.
blanje makan pun belum dapat membalas jasa diorang.diorang cukup2 memahami...aku tak tau la mcm mna klau Asy Syura ni buat kat tempat lain yg kerek pegawainya.kurang2,kalau g DBP sng hati sket dgn diorg2 tu terutama abg fetri ngan abg jasni...wahahaha...em,at last diorang panggil aku dhidhi.ye la,mana tidaknya duk dgr budak2 ni panggil aku dhidhi,dhidhi...mmg segan la kan lagi2 dhidhi tu maksud nya kakak dlm bahasa hindi.tapi,bila teringat balik nak tergelak pun ade sebab diorang ni mmg layan macam dah kenal lama.

bila aku g menonton teater monolog berskala kecil Menunggu Kata Dari Tuhan kat stor DBP,mmg best sgt sebab dpt sembang2 ngan penulis skrip dinsman,pengarahnya,pelakonnya sabri yunus,pemuziknya sani kopratasa,pengiat2 teater,org2 kuat DBP.yang best byk diorang kongsi pengalaman dan ilmu ngan kitorg yg sememangnya masih cetek mengenai ilmu teater ni.suatu pelajaran yg tak pernah diajar dlm kuliah.
apapun,aku benar2 doakan yang terbaik untuk Asy Syura yang bakal dipentaskan April ini.semoga Allah merestui segala usaha aku & semoga Allah memanjangkan hubungan saudara aku dan orang DBP yg byk bantu aku ni.

Saturday, February 27, 2010

MNIK:antara babak yg hebat!

Assalamualaikum...dihujung minggu ni,aku nak share beberapa babak hebat dalam My Name is Khan.actually byk lagi & pada aku semuanya best!2 minggu tayangan di seleruh dunia,MNIK mencatatkan box office luar biasa yg memecahkan rekod 3 idiots.tahniah to Karan & team (wah,mcm la Karan bukak blog nih...)
Allah hi Rahem : antara babak yg meruntun hati.yg mengangkat nilai kebaikan dalam kemanusiaan itu.Islam yg mengajar supaya memilih kebaikan,selebihnya terpulang kpd kita.babak Rizvan membantu penduduk Welhemia dlm kesusahan dgn sedayanya.

ini adalah one of the scene yg berjaya membuatkan semua tersentuh : Mandira depres dan salahkan Rizvan atas kematian Sam,ni kat tempat Sam kena bunuh.

scene yg mengangkat nilai Islam : walaupun Rizvan dlm kesusahan,dia mendermakan separuh dari titik peluh dia kpd mangsa kebuluran.firman Allah "Hamba-hamba Allah itu ialah orang yg bila menafkahkan harta yang dimiliki,tidak berlebih-lebihan & tidak pula kikir,tetapi pertengahan antara keduannya"


sedih : inilah kali terakhir Rizvan & Mandira bahagia sebelum Sam dibunuh.



sebelum kawin : scene yg sememangnya klakar.Mandira kelihatan cantik dgn pink,dia pun pakai pink jugaaak....ayat first scene ni Rizvan:'asalamualaikum...asalamualaikum..' yg disebut dgn penuh sweetnya!


klakar : sambil memegang beg yg mengandungi Mehnaz Herbal products Rizvan : 'ma..ma..marry me,marry me"


sweet : coklat & belon utk Mandira.


memories with Sameer : ni sebelum diorang kahwin.Sam close sgt dgn Rizvan


kelakar+sedih : Zakir minta maaf kat abgnya Rizvan sebab dia marah dgn perkahwinan Rizvan dgn Mandira & Rizvan ckp dialog sama mcm ammi dia pujuk dia 'mere bitta acha hei na..'


Rizvan yg sedang menuju ke salon Karma,tempat Mandira keja.tp time ni dia x knal lg Mandira.


Khan diary : pengembaraannya untuk jumpa presiden dgn satu mesej "my name is Khan,and im not terorrist"


kasut Reebox untuk Sam : Rizvan"return policy in 14 days..."

mention : korang mmg kena tengok filem ni.a really super fantastic awesome!

Saturday, February 20, 2010

Jalan-jalan cari pasal!

Assalamualaikum...bismillahirahmanirahim...ehem2...
jadi,sepanjang cuti prtghan sem kali ni mmg aku mencari pasal la kan.makanya pada hari ahad bersamaan 14 feb 2010 aku ngan mira balik Ipoh,iaitu rumah mira.drive dr shah alam jam 7.00 pagi dan sampai di pekan ipoh jam 10.20 pagi.drive punya drive nak smpai je trafic light kat sunway tambun,dgn x semena-menanya aku melanggar keta kat bawah ni... kesahnya aku asume itu adalah cabang 3 dan keta utk stret x yah tgu trafic light.mmg aku nmpak keta kat atas ni nak brgerak..smpai je aku kat stu,dia berhenti dn dia berhenti dh lepas dr garisan kuning.rupa-rupanya aku x pasan belah kiri itu ada satu lorong kecik utk masuk ke taman perumahan.dan si driver tu nak belok ke kiri sbnarnya tp dia teragak2 cz dia pun first time smpai kat ipoh tu..dia plak konvoi dgn 2 buah lg keta dari johor.
alhamdulillah driver tu baik dan x banyak songgeh,siap dia boleh tenangkan aku yg dh nngis tu dah.mmg lpas kejadian tu aku blur giler dn aku rasa kena panah petir di siang hari je.maka,g la buat report utk claim insurans.then aku kena kompaun rm300 tmabah2 waktu tu musim ops sikap.yg korg tgk statistik kmlgan dlm tb or newspaper itu,ha...aku lah salah seorang dr penyumbangnya....x mo la lain kali.nauzubillah.bak kata parents mira,keta rosak boleh repair jadi pape kat orangnya lagi teruk lekat smpai ke tua.repair almost anything...hehe...

day 2:atend to kenduri kawen sdara mira...pengantin tema kuning...pelamin kaler merah..kelazzz u olls...suatu pengalaman yg baru mnghadiri kenduri negeri orang a little bit difrent from kenduri kat kelantan.

day 4 :sebab day 3 x g mana2,kita terus je day 4.ate teman dibawak le ke kuale kangsor...bandar diraja katanya.not bad...nice!cuma x byk snap pict...sbab time ni mira bedmood..hahha...sory mira,gurau je..ni laksa kuale ngan cendol kuale...best gak la.

ni masjid ubaidillah x silap aku.cantik sungguh bila disimbah dgn cahaya matahari senja hari tu..kat bawah ni plak istana lama yg dijadikan muzium iaitu istana diraja perak.ni la istana yg pembinaannya x guna satu paku pun...

tak masuk coze under renovation.suka gak suasana bndar ni terutama tang pokok2 besar yg unik2 je...ade aku haplod dlm fesbuk aku.
day 5:maka pulanglah aku ke shah alam dgn bas perak roadways dan mia g pick-up aku kat sek 17.tidur umah dia 2 malam dan sekarang aku kat sunway pyramid seorang diri untuk menonton my name is khan utk kali ke 2 nya.hahha...esok kali ketiga tp insyaallah ngan kak & abg iran skali.seminggu tanyangan pun mmg sold out!tahniah la uollsss...
ok,khabhi alvida naa kehna...phir mileenge!

Wednesday, February 17, 2010

Hampir membaiki segalanya

Assalamualaikum & good time to all,
alhamdulillah...okeh,berjaya membaiki dan taruk cat baru kat blog aku nih...just nice.
by the way,banyak yang aku lalui sepanjang cuti mid sem nih.nanti lah,bila dah brjaya aku kumpulkan bukti2nya aku akan sebarkan gambar2 tu....(ala,macam la aku ni pemes sgt utk org tgk gbr2 aku).
repair almost anything...
ok,never say goodbye.till see again!

Saturday, February 13, 2010

My Name is Khan:a extraordinary masterpeace

Assalamualaikum & good day to all,

Day 1 (12 februari 2010) :
syukur alhamdulillah kerana Allah dah mengabulkan impian untuk aku menonton filem yg memang dinanti-nantikan tahun ini iaitu My Name is Khan.panjang cite perjalanannya untuk aku dan kawan2 menonton filem ini.mula-mula dengan terpaksa menyiapkan proposalnya, meredah hujan yg bersama dengan ributnya...sampai je nak parking kat sunway pyramid tu,dgn penuhnya,que utk beli tiket plak,MNIK semua full house.alhamdulillah masih ada rezeki untuk aku,mia dan mira...ada ngam2 3 seat.zsazsa,yus dan anne terpaksa tgk movie lain...aiseeh.

aku dapat seat line kedua dr hadapan skrin.sykur x sakit tengkuk aku kan.cite ni....aku tak tahu nak cakap mcm mana untuk mengambarkan filem ni.yang paling2 pasti filem sebegini tidak pernah ada dalam sejarah perfileman bollywood.filem ini mengabungkan segala sifat-sifat semulajadi yang ada dalam diri manusia & sekeliling.mengisahkan seorang yang mempunyai sindrom autisme yang hidup dlm dunianya sendiri.Rizvan Khan yang pastinya dilakonkan dgn hebatnya oleh Shahrukh Khan,seorang lelaki yang mencintai & khawin dgn Mandira lakonan superb oleh Kajol,seorang janda yg mempunyai anak,Sam.klimak cite stat selepas berlakunya 9/11 & time tu muslim dipulau,dibenci,dihina dan mmg mmg betul2 x suka siapa sahaja yang nama Khan & seangkatan dgnnya,yg memakai tudung,kopiah dn apa shj yg melambangkan dia tu Islam krn Islam dianggap penganas.

kematian Sam angkara kebencian org terhadap Islam membuatkan Mandira ni hilang arah & paksa Khan tinggalkan dia.perjalanan Khan utk menyatakan dia bukannya pengganas tu mmg penuh cabaran.di sinilah Khan membuktikan bhwa x kira agama,kalau orang tu baik,dia tetap baik dan kalau org tu jahat,maka jahatlah dia dan ia bukan berdasarkan agama yg dianut.susah la nak cite,korang mmg kena g tgk sendiri & aku jamin korang tak akan rasa rugi...gelak ketawa,rasa kemanusiaan,proudness,rasa disayangi,rasa berharga,enjoy,air mata...itulah perasaan aku sepanjang menonton filem hebat ini.cuma sygnya,banyak juga scene2 best yg dipotong.ggrrr...

watak sbg Rizvan Khan tu mmg cukup mencabar & shahrukh membuktikan dirinya bukan skadar statik kpd satu jenis watak sahaja.bagi aku bukan mudah untuk seorang actor untuk mendalami & menjelmakan seorang Rizvan Khan itu.bila aku tgk Rizvan Khan,aku tertanya sendiri "this is shahrukh?"seyes,super amazing!aku doa untuk best actor utk shahrukh x kira zeecine awards ke,filmfare awards ke,star screen awards ke dan apa2 je la awards yg ada kan...dengan begitu berjayanya membawa watak Rizvan Khan itu juga,ia juga dibantu dgn background Shahrukh Khan itu sendiri.


Day 2 (13 februari 2010)

hari ni plak aku,mia,zaza,mira,yus,alin,yie,as,abg adik,ayed,abg la,aby & zarul g mandi air terjun kat hutan lipur kanching.lepas mandi manda,g umah alin utk hantar dia.lepas habis makan2 kitoran decide nak g tgk My Name is Khan.maka menuju lah kami ke sunway pyramid.que punya que,mmg tiket sold out!aku tanya org kat kaunter tu,orang dah ada tanya nak book tiket kat kaunter,tp x leh coze book tiket online je.mmg ramai muka frust x leh tgk my name is khan ni.em,alih2 kitorang gi main bowling...


aku memang nak sgt kita semua tgk movie ni dan nilai lah sendiri.aku selalu tanya pada diri aku sendiri dgn perasaan sedih & terharunya,kenapa selalunya filem negara lain yang selalu membuatkan aku sedar untuk menyayangi & menghargai agama sendiri,keluarga,masyarakat di sekeliling,diri sendiri dan rasa cinta terhadap negara,Malaysia.maaf,aku bukan nak merendah2kan hasil filem kita,tapi pada aku,itu kenyataannya.rasa seni dan kreatif itu lahir dari hati,ilham itu kurniaan Allah...manusia mengeluarkan rasa itu dan filem,muzik,lukisan dan sbgnya menjadi medium utk menyampaikan rasa itu.penghasilan karya bkn je untuk duit dan femes.bila dh hasil seni itu bagus & ada keikhlasan di dalamnya,maka keuntungan dan kemahsyuran tu akan datang dengan sendirinya.


jutaan tahniah buat Karan Johar,Shahrukh,Kajol & seluruh team My Name is Khan kerana berjaya menghasilkan sebuah filem yg hebat ini.semoga sesiapa shj yg menonton filem ini sedar yg bertapa pentingnya untuk kita memilih menjadi baik dalam hidup ini,that is Khalifah Method too.



"My name is Khan and im not terorrist"-Rizvan Khan.

Monday, February 8, 2010

Nama saya Khan & saya bukan penganas

Assalamualaikum & a very good day to all,
maka,tibalah masanya aku nak mempromote (kononnya...) buah tangan terbaru Karan Johar & team.Karan juga adalah pengarah kepada kuch kuch hota hei,kabhi khushi kabhie gham,kabhi alvida naa kehna,kal ho naa ho dan yang terbaru kat bawah ni yg bakal release di seleruh dunia pada 12 februari ni.kiranya filem ni memng ditunggu x kira la peminat shahrukh ke,kajol ke tp seleruh pengemar filem hindustan. bak kata shahrukh kat tweets dia kat sebelah kanan ni,filem ni bukan filem suka-suka & hnya utk market shj tetapi filem ni membawa penonton utk berfikir mengenai kenyataan hidup ini.kata karan plak filem ni bukan filem yg berfantasi dan filem ini logik yg berlaku di persekitaran kita,cuma kita je yg x sedar tapi of course filem hindustan x boleh lari dari muzik,tarian & warna.memang bila aku dgr runut bunyi filem ni,mmg best habis la.gandingan trio shankar,ehsan & loy mmg telah berjaya menghasilkan kolabrasi susunan lagu yg membawa mood filem ini.

sangat teruja untuk menantikan kejutan watak Rizwan Khan & Mandira melalui filem ini.shahrukh,with this film you prove to people that you can acting any character very super awesome!jom serbu TGV sunway pyramid untuk tonton filem ni...this is the next masterpeace from karan,shahrukh,kajol and the team!

Nama saya Khan dan saya bukan pengganas.