Wednesday, February 27, 2013

Baitul Muslim 2.0

Bismillah.

Bukak je blog, tepuk dahi. Allah! nota K-Fiqh separuh jalan! Astaghfirullah. asif! Alhamdulillah, segala puji-pujian khas untuk Allah, walaupun pelbagai kekangan terutama kekangan kewangan namun Allah takdirkan juga saya unuk menyertai majlis-majlis ilmu berbayar termasuk lah yang terbaru seminar baitul muslim 2.0. semuanya saya daftar bukan pada early bird tetapi mendapat harga early bird. alhamdulillah Allah permudahkan. kata salah seorang panel #SBM2.0, datang majlis ilmu ini ibarat kita menanam benih-benih keimanan. untuk mengembang biakkan benih ini haruslah dengan amal dan menyebarkan apa yang diperolehi. itu dipanggil amanah & amanah ialah perkara yang harus ditunaikan. peluh besar.

Seperti biasa #SBM2.0 juga saya pergi seorang diri tapi saya yakin bila dah ke sana pasti ada yang dikenali & alhamdulillah ahli keluarga MZMfc saya turut di sana. #SBM2.0 ini selama 2 hari, hari pertama lebih kurang sama dengan last year punya dan second is about pembinaan rumah tangga, pengurusan konflik rumah tangga, mendidik anak-anak dan lain-lain. so, saya attend hari kedua & kalau nak diikutkan nak je gi keduanya tapi al fonso del al fulus kureng sebab dah gi k fiqh, terpaksa lah saya pilih hari kedua. "hey, kamu pergi baitul muslim ni kamu dah nak kawen ya?". oh, ya saya memang nak kawen tapi tidaklah sekarang. tak akan lah saya nak kawen sorang-sorang. pada saya, pengkukuhan ilmu itu sangat penting kerana telah terbukti dengan ilmu, hidup saya menjadi lebih bermakna.

Slot pertama, bersama abhi saya Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengalirkan ilmunya dalam tajuk Oh!Mertuaku.Antara yang dikongsikan beliau ialah :
  • Rasulullah (SAW) bersabda sebaik-baik manusia ialah dia baik dengan ahli keluarganya, jika dia hanya baik dengan orang luar dia hanya bermuka-muka.
  • Kita perlu ubah mind set hunbungan mertua-menantu yang dilihat oleh masyarakat umpama filem Ibu Mertuaku by P Ramlee. Untuk menyelesaikan hubungan dengan manusia kita mesti menyelesaikan hubungan dengan Allah terlebih dahulu.
  • Kedudukan mertua ialah setaraf dengan ibu bapa kita juga setaraf dengan ibu susuan dan penjaga. oleh itu, mertua berhak mendapat ketaatan kita dan berhak mendapat layanan yang baik dari kita.
  • Cari untuk memenangi hati pasangan kita antara lainnya ialah menyanyangi orang yang disayangi,menyukai apa yang dia sukai.
  • Jika kita punyai masaah dengan pasangan, jangan mengadu kepada ibu bapa sendiri tetapi adulah kepada mertua kita agar mereka rasa mereka dihargai.
  • Menyintai Allah ialah sumber untuk kita mencintai semua orang / makhluk di sekeliling kita. no space and time limit.
  • Menantu (terutama lelaki) hadir dalam hidup mertua sebagai pelengkap & pembantu untuk membawa keluarganya ke Syurga Allah.
  • Memilih keutamaan antara ibu bapa & mertua, perlu tengok keadaan & situasi mana yang lebih utama.
  • Dalam kebanyakkan kitab Feqah memang tidak menyarankan untuk mertua tinggal sebumbung kecuali atas sebab terlalu uzur dan lain-lain yang boleh dipertimbangkan.

Slot seterusnya bersama Ustaz Dr Zaharuddin yang kurang sihat hari itu, tapi entah kenapa ustaz zaharuddin agak kelakar kali ni. tajuk pebentangan beliau Rumahku Syurgaku :
  • Elemen penting rumahku syurgaku ialah tenang, cinta / kasih sayang & belas kasihan (sakinah, mawaddah, rahmah)
  • Btw, waktu kawin lelaki dilarang sama sekali memakai inai 3 jari ke, 1 jari ke. keempat-empat mazhab sepakat ke atasnya.
  • Tanda-tanda konflik ialah hubungan dingin, tidak aktif, tanggungjawab dilaksanakan separuh hati, perasaan marah, emosi, marah, cepat terasa sukar dikawal, interaksi yang minima dan yang paling kritikal mudah lafaz cerai atau minta cerai.
  • Punca konflik : diri sendiri, konflik manusia seperti duit tak cukup, rumah tak selesa etc, perbezaan pendapat yg menebal.
  • masalah iman -> ego -> cemburu buta -> komitmen luar -> harapan terlalu tinggi -> campur tanggan parents / mertua / 3rd parties -> perilaku/kebiasaan buruk yg masih dilakukan -> kewangan -> keyakinan diri
  • BERKAT DATANG DENGAN KEIMANAN.  
hakikatnya, nota #SBM memang panjang. apapun usaha One Heart Creative Solutions memang sangat baik. lebih mengkagumkan OHCS akan melancarkan Akademi Baitul Muslim. memang patut pun. institusi keluarga mutakhir ini memang parah. saya mahukan anak yang ramai namun ia adalah cabaran yang besar dalam mendidik mereka. pastinya, harga langsung tak berpatutan dengan limpahan ilmu yang terlalu banyak. Allahu Razak!  begitulah percaturan Allah, sungguh ajaib. kita memohon limpahan rezeki tetapi ramai yg melihat rezeki itu hanya pada duit. umur, kesihatan, peluang beramal, peluang belajar dan macam-macam lagi yang tak mampu kita kira juga adalah limpahan rezeki yang Allah telah makbulkan doa kita.