cucu dia pun pernah cerita yang dia mempunyai dahi yang luas, alisnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah. Di antara kedua-dua alisnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah. Hidungnya mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang tidak melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung beliau lebih mancung (daripada yang sebenarnya). Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi, bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegak dan kuat'
masa aku tahu cerita pasal fizikal dia, aku membayangkan bertapa dia mempunyai ciri-ciri fizikal lelaki idaman aku atau mungkin juga idaman setiap orang. tapi, apa yg pasti aku gagal imagine dengan tepatnya bagaimana fizikal sebenarnya. aku juga tahu budi pekerti dia...huh, x yah cakap la memang perfect! aku pelik, setiap kali orang cite pasal dia aku sebak, setiap kali aku tengok gambar/video tempat2 yang dia pernah g aku nangis
rindu aku padanya mula memuncak sejak lebih kurang setahun yang lalu. dulu, aku pernah tak hiraukan dia tapi bila Allah bagi aku cahaya aku mula kembali mengenali dia...sayangnya, aku tak pernah jumpa dia tapi cinta dan kasih aku untuknya melebihi segala-galanya.aku nak jadi kekasih dia tapi aku rasa aku tak layak. mana nak layaknya, banyak lagi benda yang dia suka aku tak buat dan ada perkara yang dia tak suka aku buat. macam mana dia nak accept aku jadi kekasih dia? macam mana aku nak dapatkan pertolongan dia nanti hari itu? kalau pun aku masuk syurga sekali pun, layakkah aku duduk bersama dia? [masuk syurga apa...nak mengintai pintu syurga dari jauh pun masih tak layak.huhu]
tapi... aku benar-benar yakin yang dia sayangkan aku.dia sebut aku masa dia sedang menghembuskan nafas-nafasnya yang terakhir.dia pernah mention depan kawan-kawan dia yang dia sayang aku lebih *blushing* sebab even aku tak pernah tengok dia, aku sayangkan dia dan cuba mengikut apa yang dia ajar dan didik. dunia ni tak pernah berhenti cakap pasal dia. pengorbanan dia terlalu besar dan banyak...ya, pengorbanannya istimewa untuk aku. dia yang mengajar & introduce kan aku kepada Islam, Allah, solat, Quran, berakhlak baik, pakaian yang mengikut syariat, ibadah2 lain dan bagaimana cara untuk melalui kehidupan ni daripada kemarahan Allah. dia ada promise nak jumpa aku nanti...tapi sumpah aku malu nak jumpa dia. pasti aku terkedu tak tao nak kata apa bila jumpa dia nanti. haa...mana nak sorok muka ni? pastu nak minta tolong dia lagi...tapi x pe, selagi ada masa ni, aku cuba memenangi hati dia dengan banyak-banyak sebut nama dia, ikut apa yang dia suka semampu aku.aku sayang dia tao. seyes jatuh cinta dengan dia.
setiap detak jantung ini, setiap hembus nafas ini hanya dia...dia yang tersayang baginda habibina Muhammad Rasulullah salallahu alaihi wasallam. sollu alla' nabi... I love you my dear Muallim :,)
credit : buku Syamail Muhammad keanggunan mu ya Rasulullah (PTS) <--- korang tlg dapatkan buku osem ni.nescaya semasa korang baca buku ni, korang akan rasa seperti sedang melalui terowong masa 'bertemu' baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam. harga around RM35 klao tak silap.
2 comments:
MasyaAllah...
MasyaAllah...
Post a Comment