Monday, September 5, 2011

Ramadhan yang pergi bersama memori yg tiada gantinya

Ramadhan dah pergi meninggalkan kita sejak 7 hari yang lalu. segala puji bagi Allah kerana sepanjang umur aku ni, inilah aku melalui Ramadhan buat kali pertamanya dengan pemahaman yang cukup-cukup berbeza.aku dapat rasakan Ramdhan kali ni memang berbeza & aku yakin ini adalah hadiah Allah subhanah wa taala sempena hijrah aku ni.aku berdoa semoga Allah taala menerima segala amalan kita semua & Allah membantu kita untuk terus istiqamah dgn apa yang kita dah lakukan last Ramadhan.

Pastinya aku merindui Ramadhan & orang-orang yang menghargai Ramadhan mengharapkan agar Ramadhan berpatah balik & kembali ke pangkuan kita.namun Ramadhan itu adalah masa & bak kata imam al-ghazali sesuatu yg sangat jauh dengan kita dan kita tak mampu untuk sampai kepadanya ialah bukan bulan,bintang tetapi masa yang telah berlalu.merindui Ramadhan bukan bermaksud aku longlai menghadapi bulan Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab dan Syaaban namun Allah taala menyediakan Ramadhan itu seumpama R&R setelah jauh perjalanan sukar yang kita tempuhi.

Ihya Ramadhan 1432 di Serambi Mekah (Dataran Stadium Sultan Muhammad IV)
Ustaz yang menyampai kuliah subuh di Masjid Kota pernah berkata pada suatu pagi Ramadhan lalu, Ramadhan ini ialah penyelesaian kepada banyak masalah kita.kalau bukan bulan Ramadhan, masih ramai yg berpeleseran di Maghrib hari tapi kalau Ramadhan, semua orang berada dalam rumah atau masjid untuk iftar,kalau bukan bulan Ramadhan, jaranglah orang berpusu-pusu memenuhi rumah Allah tapi kalau Ramadhan, solat subuh di masjid pun saf boleh mencecah ke hujung dinding belakang masjid. kalau bukan bulan Ramadhan kuranglah derma-derma yang diberi kepada yang berhak tapi kalau Ramadhan hampir semua orang berlumba nak menginfak walau hanya 1 ringgit & pelbagai lagi perkara berbeza yg kita dpt lihat di Madrasah Ramadhan atau aku lebih gemar gelarkan Ramadhan dengan University of Tarbiyyah.

Kiri : Iftar di Ihya Ramadhan 1432 di Serambi Mekah (Dataran Stadium Sultan Muhammad IV)
kanan : Iftar di Radix Fried Chicken (Kubang Kerian)
Memori Ramadhan bermain di hadapan mata & fikiran aku.sekarang, aku ke masjid...saf tidak lagi semeriah Ramadhan yang diisi dengan jemaah pelbagai peringkat umur, lampu masjid akan dipadamkan sesudah solat Isyak.jalan raya ketika bilal melaungkan azan subuh tidak lagi sesibuk Ramadhan, bila mana aku melalui masjid atau surau di tepi jalan tiada lagi jemaah-jemaah yang berteleku bertadarus Al-Quran.pagi-pagi tiada lagi terisi dengan halwa kuliah selepas subuh. petang-petang pula tiada lagi pemandangan emak atau ayah yang memimpin tanggan anak-anak untuk mendapatkan juadah berbuka di gerai makcik itu.bila mana sampai pada 10 hari terkahir, aku dapat rasakan 'karnival & pesta' ibadah berlangsung dengan semakin meriah.apatah lagi kalau aku ke dataran Stadium Muhammad IV aku terbayang khemah besar yang didirikan bagi menghidupkan Ramadhan (Ihya Ramadhan) & gema suara imam-imam pak Arab itu.

Ihya Ramadhan 1432 di Serambi Mekah (Dataran Stadium Sultan Muhammad IV)
Oh, terlalu banyak untuk aku senaraikan nikmat sebuah Ramadhan itu. benarlah, Ramadhan ini bulan berkat, rahmat, pengampunan Allah & ya! ia merupakan hadiah Allah kepada hamba-hambanya yang 'tidak pekak & tuli' dengan isyarat-isyarat Allah. aku bimbang kalau-kalau ini Ramadhan terakhir sepanjang hayat aku yang aku lalui ini. sebab aku sedar walaupun aku cuba mempertingkat prestasi aku tapi masa banyak masa yang aku lempar dengan sia-sia begitu sahaja. aku tidak tahu samada Allah taala menerima atau tidak segala usaha aku & tetapi aku yakinkan iman aku dengan segala janji-janji Allah dan Allah tidak akan memungkiri janjiNya.

after Isya' & Taraweh prayer (Masjid Muhammadi Kota Bharu)
Aku impikan hari raya di syurga yang diraikan bersama Allah subhanah wa taala, Rasulullah salallahu alaihi wasallam, para anbiya, para sahabat salafusoleh & orang-orang mukmin.namun aku sedar dengan perangai aku sekarang masih belum layak untuk aku walaupun untuk mengintai pintu syurga dari jauh. tapi sesungguhnya aku tak sanggup untuk diheret & dihumban ke dalam neraka. layakkah mata yang banyak berbuat dosa menatap zat Allah yang Maha Suci itu? layakkah untuk mulut yang berdosa ini senyum & berbual mesra dengan baginda Muhammad salallahu alaihi wasallam? layakkah badan yang berlumuran dosa ini merasai sejuknya angin di dalam syurga itu...oh Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka kepada kemaafan maka maafkan daku ya Allah.

"i wanna thank You for bringing me home...alhamdulillah"
Ramadhan yang pergi bersama memori yang tiada gantinya namun aku berdoa agar aku & insan-insan yang menghargai Ramadhan terus istiqamah dengan apa yang dipelajari & diamalkan di University of Tarbiyyah ini. kita beramal bukan menyembah Ramadhan tetapi kita menyembah & mengagungkan Yang Mengurniakan Ramadhan ini kepada kita.semoga Allah membantu kita untuk menjaga Islam, menjaga solat, menjaga hati, menjaga akhlak & membantu kita untuk melalui dunia yang sudah hampir kepada kemusnahannya ini.jika rindukan Ramadhan, jom kita puasa sunat seperti puasa 6 hari pada bulan syawal & seterusnya puasa pada hari isnin, khamis serta puasa-puasa sunat yang lain. percayalah, puasa mampu untuk mengajar subjek taqwa kepada kita.Fasting...is great shaping process.


No comments: