Friday, August 27, 2010

tulis saja!

Situasi ini mengingatkan kembali tentang kejadian 2003-2004 yang lalu.situasi itu sungguh menjengjelkan...namun,sekali lagi Allah menguji aku dengan situasi yang lebih kurang sama pada Ramadhan 2010 ini.pada aku aku 100 kali lebih rela berhadapan dengan projek,asingmen dan segala bagai tugasan yang taff daripada aku menghadapi dan melawan perasaan aku sekarang.terpana dengan satu fizikal seorang lelaki ini...dan tidak semena-mena dia mula menganggu fikiran dan perasaan ini.
sungguh!aku benar-benar tidak suka situasi ini kerana aku tahu,ianya hanya penilaian secara luaran sahaja.dah la setiap minggu ada 3 kelas yang aku mesti tengok muka dia...benci!sungguh aku tak suka semua ni!dia tak bersalah dalam keadaan ini...bukan dia yang aku bencikan,bukan.tetapi perasaan yg tah pape ni yang aku tak suka.ke mana-mana aku gi mostly aku jumpa muka dia,ye la puncak perdana ni tak de la besar mana.aku rasa,kalau aku ada mejik aku nak buat dia tu invisble di mata aku.plak tu yg lagi merimaskan aku,kawan-kawan dia tu macam tahu something je...termasuk la dengan dia skali!ya,sememangnya situasi ni macam jaman sekolah.aku harap one of the clasmate dia yg dulunya satu sekolah teknik ngan aku tidak akan pernah bercerita mengenai background aku ke apa ke.
Sungguh,dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang & Maha Memahami hati aku...aku benar2 berdoa supaya dia dipersilakan keluar dari benak fikiran,hati dan rasa ini...keluar!kau bukan untuk aku dan aku bukan untuk kau.

1 comment:

aten said...
This comment has been removed by the author.