Tuesday, August 31, 2010

Duta Allah

Ramadhan kareem...alhamdulillah,kita dah sampai ke fasa terakhir dalam bulan mulia ini iaitu fasa pengampunan dan pembebasan.well,time ni la nak grab markah2 pahala yang banyak yang Allah tawarkan untuk kita.aku nak bercerita sedikit mengenai perkara yang berlaku di sekeliling aku ni.aku bukanlah ustazah atau orang yang arif bijak pandai mengenai mentafsir sikap seseorang dalam perspektif Islam...namun,ada sesuatu yang aku perlu sampaikan di sini.aku mula memikirkan perkara ini secara mendalam terutama bila tibanya bulan mulia, Ramadhan ni.kalau aku gi surau,masjid,ceramah atau ke khalifah institute dan aku akan bagi tahu ibu dan kak,pasti diorg akan tanya aku "dik na gi dengan sapa?"jawapan aku sama, "pegi sorang2..." dan diorang tanya lagi "mana lain?yie,mia,zaza dan yang lain?".aku membalas "diorang ada keja la ibu,sibuk agaknya" soal diorang lagi "tak ajak diorg skali?" aku menjawab lagi "dah ajak,ntah..."

Ini merupakan soalan dan conversation yang sama kalau aku cakap aku pergi ke tempat-tempat tersebut.kenapa ya?sedangkan kalau aku g shoping mall,makan2,tgk wayang,karoke,g vacation diorang boleh ada sekali dengan aku tetapi kenapa tidak majlis2 seperti yang aku sebut di atas?soalan2 brain stroming mmg mengstromkan aku.kenapa aku sangat jarang melihat mereka sujud merendahkan diri pada Pemberi nikmat sehari-hari pada kita?adakah mereka merasakan mereka masih muda untuk menyapukan wudhuk di anggota tubuh mereka dan merendahkan diri sujud ke bumi Allah?pastinya jika aku tanya soalan2 kritikal begini pada mereka,mereka hanya dengar seketika dan tidak mengendahkannya.

pastinya niat besar aku menjalinkan hubungan persahabatan ini kerana Allah dan aku mahu ianya kekal sehingga ke hari akhirat.aku cuba bayangkan,aku berdiri di padang mahsyar dan aku melihat 'tayangan' apa yang aku jalani di dunia yang lalu.bila sampainya 'scene' aku bersama diorang pastinya aku sedih melihat situasi persahabatan ini yang tiada berkatnya.aku mahu bertemu mereka di padang mahsyar masing-masing dengan rupa yang baik.persoalan yang bermain dalam fikiran aku,andai kami bertemu di padang mahsyar itu,mereka akan datang bertanya dan mempersalahkan aku kenapa aku tak bimbing dan mengingatkan mereka tentang kebenaran sebuah Islam itu.aku pun tak tahu bagaimana rupa aku waktu itu...subhanallah.

mati itu pasti,alam kubur itu pasti,negeri akhirat itu pasti,neraka itu pasti,syurga itu pasti dan segala janji-janji Allah itu pun pasti.bila aku menjadi ahli keluarga Khalifah Institute & Khalifah Youth Circle,aku mulai sedar yang kita semua duta Allah...khalifah itu sendiri bermaksud wakil.pada aku perkataan wakil itu boleh juga disamaertikan dengan duta.mulianya kita telah terpilih menjadi duta Allah di bumi ini.aku selalu fikir,kenapa bumi tempat kita tinggal ini menjadi pilihan Allah untuk meletakkan wakil Nya di sini sedangkan di luar angkasa raya sana ada pelbagai plenet lagi malah ada yang lagi besar dari bumi.kenapa Allah mengangkat manusia dengan memberi akal untuk membangunkan planet bumi ini?

kenapa tak de sejenis makhluk lagi yang tinggal kat planet2 lain tu yang boleh membangunkan plenet mereka macam bumi ni?alien...aku tidak percaya mengenai kewujudan alien.bagi aku itu rekaan semata-mata.sama juga seperti kapal angkasa alien segala bagai tu,bagi aku itu hanya mitos sains.bertapa tingginya nilai kita yang layak menjadi duta Allah ini.sayangnya mereka tidak membuka mata,hati dan fikiran untuk memahami semua ini.Allah tidak pernah mengurangkan denyutan jantung atau bilangan nafas kita walau kita tegar melakukan apa yang Dia tak suka.Allah bagi macam2 lagi nikmat pada kita.Allah memberi kesihatan pada kita,deria2 kita masih berfungsi,tulang2 kita masih kuat untuk kita terus berjalan dan melakukan kerja2 kita.jari2 ni masih boleh bergerak untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut kita.kotak suara kita masih berfungsi untuk membantu kita bercakap dan berinteraksi.kelopak mata kita masih boleh berkelip dan melihat alam ini dan pastinya benar apa yang tercatat di dalam kitab Al Quran itu, air laut di bumi ini pun tidak cukup untuk menjadi tinta bagi kita menyenaraikan nikmat-nikmat Allah ini.

bila aku berada di surau atau masjid aku melihat kiri dan kanan aku bukan orang-orang yang aku kenali,barisan lelaki di depan sana tiada yang aku kenali dan aku hanya mampu mengambarkan keadaan waktu itu andai mereka ada bersama.seronoknya andai kita bersama-sama ke masjid dan tempat sebegini bersama-sama...aku menangis sendiri.aku bukan,bukan,bukan nya sempurna mengenai ilmu agama dan amal ibadah ini tetapi alangkah sempurnanya persahabatan ini andai kita saling ingat mengingati,berkongsi pendapat dan pengetahuan dalam hal-hal begini.alangkah gembiranya kalau kita menyelitkan perkara-perkara begini dalam perbualan kita sambil2 kita lepak kat kandang dan kedai2 mamak itu.

aku benar-benar bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku keluarga Khalifah Youth Circle kepada aku.mereka meredakan rasa sedih aku...mereka mengisi rasa kekosongan ini.kasih sayang mereka tiada tandingannya.mereka bukan selalu dengan aku,kami jumpa bila Khalifah Institute mengadakan program,namun pautan hati di antara kami kukuh.kami tidak sabar untuk bertemu lagi.aku bukan,bukan,bukan tidak bersyukur dengan adanya mia,yie,zaza dan mereka di sekeliling aku,mereka banyak membantu aku,mengisi masa dan kenangan,bergembira bersama namun aku tidak rasa kerahmatan itu.3 tahun bersama mereka, aku cuba mengingati bilakah kali terakhir aku benar-benar rasa tenang menjalani persahabatan ini.sebenar-benar tenangnya...di lubuk hati nun sana.tapi bila bersama keluarga KYC yang baru aku kenali akhir 2009 dan jarang-jarang berjumpa tetapi aku rasa kerahmatan itu.it is miracles of Allah.aku percaya!

Khairie,mia,zaza dan anda semua...andai korang terbukak blog aku ni,janganlah terasa dengan tulisan aku ini.semua ini tulus dari hati aku.aku tak kuat untuk ungkapkan di depan korang...adalah menjadi impian besar aku untuk melihat korang kembali pada Pencipta kita semua.adalah menjadi impian aku untuk kita bersama-sama sujud kepada Dia.adalah menjadi impian aku untuk kita bersama-sama menadah tangan meminta keberkatan keatas persahabatan ini.adalah menjadi impian aku untuk korang semua berada bersama di dalam keluarga KYC.namun,bukan aku untuk mengatur semua ini.doa-doa aku agar korang dibukakan pintu hati tidak akan pernah berkurang.seandainya aku pergi dulu sebelum korang,sekurang-kurangnya aku berpuas hati meninggalkan korang dalam persahabatan yang kita bina ini...

semoga Allah menjadikan dunia ini tempat kita berusaha dalam mengerjakan kebaikan,menjadikan mati itu tempat kita berehat dari noda dunia ini dan menjadikan akhirat itu negeri untuk kita mengutip hasil-hasil usaha kita yang kita lakukan di dunia.Insya Allah...amin.

Turn to Allah,
He is never far away,
Put your trust to Him,
Raise you hands and pray,
Oh ya Allah,
Guide my steps don't le me go astry,
You are the only One that showed me the way,
Showed me the way...
: by Maher Zain-Insya Allah.

2 comments:

anakbulan said...

Assalamualaikum my dear Malina

Terharu rasanya bila baca apa yg malina tulis. sgt tulus hajat dan perasaan anda terhadap rakan2 karib anda. percayalah malina, dont stop praying for them. doakan yang terbaik utk diaorg. mungkin mereka belum bersedia atau mungkin mereka malu untuk menyatakan perkara2 begini kat malina. atau yg lebih tepat nya, Allah belum bukakan hati mereka utk sujud pada-Nya. Yes, kita mmg duta Allah. jadi apa yg bleh share kt sini, jadikanlah setiap dari diri kita ni duta yg terbaik. Mudah2an bila kita jadikan diri kita baik (ala qadrin), terpalit jugak kt diaorg rasa untuk jadikan diri yang terbaik i.e. jadi Khalifah Allah yg terbiak. InsyaAllah.
Benda yg sama jugak jadi kat akak tp akak ckp dgn diri akak, jgn putus asa utk jadikan diri terbaik dan jadikan diri org2 yg akak sayang terbaik. InsyaAllah, Allah will show us the way and give us guidance. Wallahu alam.

*hugs*

Idmalina Mohamad Ideris said...

thank you,thank you,thank you so much my dear sis...kita sama2 doakan yang terbaik.amin,amin... ;)
*hugs* *hugs* *hugs*