Wednesday, July 21, 2010

Meniti Masa Hadapan

Well,almost 3 minggu menjalani perjalanan degree aku plak.alhamdulillah stakat ni aku sangat enjoy dengan pembelajaran aku sebab aku berpeluang untuk explore lebih banyak perkara baru.pastinya suasana belajar sudah berbeza berbanding diploma.setiap kuliah semua bercampur dengan student kursus lain...tapi ia nya menarik.setakat ini,kelas yg sememangnya tak sabar nak attend adalah kelas bahasa italy.em,yang lain pun menarik jugak.
so,sambil aku melalui 3 tahun degree ada beberapa perancangan yang aku rangka.sesetengahnya sudah dan sedang dijalankan...yang utamanya aku bersama teman baik aku khairie telah mendapatkan sebuah kedai a.k.a ofis di alam budiman...first floor atas kedai telco&post tu.sekarang dalam proses renovate dan masukkan barang-barang mana yang patut.ia menyediakan perkhidmatan tempahan baju...apa sahaja jenis baju rekaan yie atau rekaan anda sendiri.terutama untuk raya ni,tempahan sedang hangat dibuka.
selain itu,perkhidmatan yang bakal dibuka ialah butik perkahwinan termasuklah perancangan perkahwinan seperti baju,hantaran,make-up,photografi dan lain-lain lagi.kedengaranya seperti iklan...hehe.semoga Allah sentiasa merahmati dan membantu usaha aku dan yie ini...amin.semoga Dia sentiasa berada di fikiran dan hati kami...Allah,janganlah tinggalkan kami.

2 comments:

anakbulan said...

Amiin. May Allah ease you and your friends' path. =). All the best dear!

Idmalina Mohamad Ideris said...

amin....amin.....;D