Day 1 (12 februari 2010) :
syukur alhamdulillah kerana Allah dah mengabulkan impian untuk aku menonton filem yg memang dinanti-nantikan tahun ini iaitu My Name is Khan.panjang cite perjalanannya untuk aku dan kawan2 menonton filem ini.mula-mula dengan terpaksa menyiapkan proposalnya, meredah hujan yg bersama dengan ributnya...sampai je nak parking kat sunway pyramid tu,dgn penuhnya,que utk beli tiket plak,MNIK semua full house.alhamdulillah masih ada rezeki untuk aku,mia dan mira...ada ngam2 3 seat.zsazsa,yus dan anne terpaksa tgk movie lain...aiseeh.
aku dapat seat line kedua dr hadapan skrin.sykur x sakit tengkuk aku kan.cite ni....aku tak tahu nak cakap mcm mana untuk mengambarkan filem ni.yang paling2 pasti filem sebegini tidak pernah ada dalam sejarah perfileman bollywood.filem ini mengabungkan segala sifat-sifat semulajadi yang ada dalam diri manusia & sekeliling.mengisahkan seorang yang mempunyai sindrom autisme yang hidup dlm dunianya sendiri.Rizvan Khan yang pastinya dilakonkan dgn hebatnya oleh Shahrukh Khan,seorang lelaki yang mencintai & khawin dgn Mandira lakonan superb oleh Kajol,seorang janda yg mempunyai anak,Sam.klimak cite stat selepas berlakunya 9/11 & time tu muslim dipulau,dibenci,dihina dan mmg mmg betul2 x suka siapa sahaja yang nama Khan & seangkatan dgnnya,yg memakai tudung,kopiah dn apa shj yg melambangkan dia tu Islam krn Islam dianggap penganas.
kematian Sam angkara kebencian org terhadap Islam membuatkan Mandira ni hilang arah & paksa Khan tinggalkan dia.perjalanan Khan utk menyatakan dia bukannya pengganas tu mmg penuh cabaran.di sinilah Khan membuktikan bhwa x kira agama,kalau orang tu baik,dia tetap baik dan kalau org tu jahat,maka jahatlah dia dan ia bukan berdasarkan agama yg dianut.susah la nak cite,korang mmg kena g tgk sendiri & aku jamin korang tak akan rasa rugi...gelak ketawa,rasa kemanusiaan,proudness,rasa disayangi,rasa berharga,enjoy,air mata...itulah perasaan aku sepanjang menonton filem hebat ini.cuma sygnya,banyak juga scene2 best yg dipotong.ggrrr...
watak sbg Rizvan Khan tu mmg cukup mencabar & shahrukh membuktikan dirinya bukan skadar statik kpd satu jenis watak sahaja.bagi aku bukan mudah untuk seorang actor untuk mendalami & menjelmakan seorang Rizvan Khan itu.bila aku tgk Rizvan Khan,aku tertanya sendiri "this is shahrukh?"seyes,super amazing!aku doa untuk best actor utk shahrukh x kira zeecine awards ke,filmfare awards ke,star screen awards ke dan apa2 je la awards yg ada kan...dengan begitu berjayanya membawa watak Rizvan Khan itu juga,ia juga dibantu dgn background Shahrukh Khan itu sendiri.
Day 2 (13 februari 2010)
hari ni plak aku,mia,zaza,mira,yus,alin,yie,as,abg adik,ayed,abg la,aby & zarul g mandi air terjun kat hutan lipur kanching.lepas mandi manda,g umah alin utk hantar dia.lepas habis makan2 kitoran decide nak g tgk My Name is Khan.maka menuju lah kami ke sunway pyramid.que punya que,mmg tiket sold out!aku tanya org kat kaunter tu,orang dah ada tanya nak book tiket kat kaunter,tp x leh coze book tiket online je.mmg ramai muka frust x leh tgk my name is khan ni.em,alih2 kitorang gi main bowling...
aku memang nak sgt kita semua tgk movie ni dan nilai lah sendiri.aku selalu tanya pada diri aku sendiri dgn perasaan sedih & terharunya,kenapa selalunya filem negara lain yang selalu membuatkan aku sedar untuk menyayangi & menghargai agama sendiri,keluarga,masyarakat di sekeliling,diri sendiri dan rasa cinta terhadap negara,Malaysia.maaf,aku bukan nak merendah2kan hasil filem kita,tapi pada aku,itu kenyataannya.rasa seni dan kreatif itu lahir dari hati,ilham itu kurniaan Allah...manusia mengeluarkan rasa itu dan filem,muzik,lukisan dan sbgnya menjadi medium utk menyampaikan rasa itu.penghasilan karya bkn je untuk duit dan femes.bila dh hasil seni itu bagus & ada keikhlasan di dalamnya,maka keuntungan dan kemahsyuran tu akan datang dengan sendirinya.
jutaan tahniah buat Karan Johar,Shahrukh,Kajol & seluruh team My Name is Khan kerana berjaya menghasilkan sebuah filem yg hebat ini.semoga sesiapa shj yg menonton filem ini sedar yg bertapa pentingnya untuk kita memilih menjadi baik dalam hidup ini,that is Khalifah Method too.
"My name is Khan and im not terorrist"-Rizvan Khan.
2 comments:
saya maw tgk jgk tp tadop pangung cni...huhu
huhu...mmg rugi x tgk mvie ni...
x pe tgu vcd/dvd nya kuar...
Post a Comment