Sampai2 je kat mid,terus menuju ke GSC,ayoo... mmg beratur panjang la kan.alhamdulillah dapat gak tiket utk movie 2012 ngan A Christmas Carol (3D).em...weekend ni tiket kena bayar lebih ar skit kan. 2012 ni,pada pandangan aku cite ni boleh membuatkan kita sedar yang kita sebenarnya adalah makhluk yang lemah dan tak berdaya melawan kehendak Tuhan kita.sebijak mana pun kita,seterer mana pun kita,sekuasa mana pun kita...kita tetap hamba Nya yang akan kembali kepadanya.filem ni juga mengingatkan kita bahawa kiamat itu pasti dan melalui filem inilah gambaran dipaparkan bagaimana kemusnahan dunia akan berlaku TETAPI,kita tidak pernah akan boleh membayangkan bagaimana maha dasyatnya kiamat yang sebenarnya itu akan berlaku!
Op kos,filem ini amatlah banyak ketidaklogikan nya.yang membantu kekuatan filem ini adalah CGI,VFX dan DFX nya yang canggih manggih membuatkan kemusnahan tu nampak real.(real ke?boley la..)yang paling,paling,paling x leh blah nya,kemusnahan dah teruk tp coverage talefon elok je.time duk gegar2 tu bleh lagi brcakap telefon.gamaknya antena atas bukit tu still kot.pastu,yang aku tak faham tu asal la family Curtis je yg boleh selamat kan diri ngan limosin tu,mmg la diorg watak utama tp supposed director perlu mengimbangi jalan cerita dengan menunjukan orang lain pun berusaha untuk salamat kan diri sebelum naik bahtera;selain org2 kuat govermen tu.satu lagi,director memudahkan kerja dengan mengambil footage asal umat Islam tengah beribadah di Mekkah (kaabah) dan Roland Emmerich ni tak buat scene kemusnahan lambang agama Islam sedangkan dia buat kemusnahan utk agama lain.(eleh,takut kena gam drpd tayangan di ngra Islam la tu..booo..)
Apapun yg paling pasti,penulis skrip ngan director menjadikan Al Quran adalah sumber rujukan utama...x yah bohong la ckp saintis kaji la ape la.terang-terang dengan pengakhiran cerita yg beberapa ribu manusia berjaya menyelamatkan diri naik bahtera.idea dr kisah bahtera nabi nuh la tu dan banyak lagi dialog2 yg copy paste dari al quran...aku harap dgn wujudnya movie ni boleh bukak mata kita-kita semua supaya mengexplore al quran itu yang banyak khazanah yg tidak ternilai di dalamnya...subhanallah Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi.
Jam 3.30 petang ist time to flying with my paberet actor,Jim Carrey.Buat first time nya,aku berpeluang untuk menonton movie melalui kaca mata 3D.suatu pengalaman yang sangat menarik!Over all, A Chrismast Carol ni cite pasal pakcik tua Scoorage yang x suka sambut Krismas.dah dia x suka sambut sangat malam krismas tu ade 3 hantu datang kat pakcik Scoorage ni tunjuk kat dia zaman2 kecik Scoorage dulu yg sambut krismas dgn happynya,then hantu yg last tu tunjuk kat dia masa depan hidup dia kalau dia terus memusuhi krismas.last2 bila dah nak pg tu dia sedar yg perayaan Kristmas adalah perkara terindah dlm hidup yg perlu dihargai dan dirai.semua org kat pekan tu pelik bila tgk Scoorage beria sambut krismas.sama juga macam Aidilfitri dan Aidiladha la.
Yang best filem ni opkos hasil kartun nya yg mmg real habis la..kesan 3Dnya..fiuuhh,tak yah ckp la mmg berbaloi bayar rm17 tu.suka sangat sebab Jim Carrey boleh mengunakan suara yg pelbagai intonansi dlm membawa watak Scoorage pd penonton.Penggunaan warna gelap membawa mood yg berkesan kpd penonton.proud juga sebab terdapat 2 anak jati Malaysia yg bekerja disebalik tabir animasi ini.good2...
Yang tak best pasal filem ni...apa ya...em,em....best!
So,the next movie stakat ni x de lg...New Moon?oh,itu bkn filem yg aku nantikan.so,nak sambung buat keja.(sempat hapdet blog nih..wieuuu)
No comments:
Post a Comment