Thursday, January 1, 2009

Sesungguhnya,hidup dan mati ini kerana Mu

Assalamualaikum...beberapa hari lalu dah masuk tahun baru 1430h dan hari ni 2009.skali fikir dah 2009 ya?cepat benar masa ni berlalu.ini bermakna umur aku dah makin meningkat dan aku sekarang berada di semester 4.banyak benda yang aku nak buat,tahun sudah aku dah usahakannya tapi sikit je yg berkesannya.aku fowardkan lagi perkara tu ke tahun ni.

Semalam...aku,mira,zsazsa dan miea g Bukit Raja Mega Mall.kitorang g tengok wayang.so,kitorang layan la Bedtime Stories yg ala2 fantasi komedi.cite ni memang best dan kelakar sangat,tapi pastinya x boleh disamakan dengan Ratatouille aku.

ingat nak tengok Yes Men lakonan jim carrey,tapi dah lama tak tgk lakonan adam sandler.lpas habis tgk movie tu,terus balik dan rehat.memang skrg bosan sgt,tp bila dh stat kelas nnti...tahu lah macam mna kan.

berbalik kpd diri aku,apapun yg aku buat aku harus ingat yg hidup ni hanya berpaksi kepada kebenaranNya,itu suatu hal yg paling mustahak dan penting.ya,hidup ni kena enjoy tapi aku tak boleh sesekali ingkar dengan suruhan Allah.umur aku yang muda bukan menjadi sebab kenapa aku harus pentingkan dunia dari kubur dan akhirat.

untuk tahun ni,sesuatu yang mencabar menanti aku.ya,aku sedia untuk bersabar dengannya.actually,aku memang banyak belajar di AUG yg lepas.syukur...

Maha Suci Allah segala puji bagi Allah dengan banyaknya
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit & bumi
Dengan suasana yang lurus dan berserah diri
Dan aku bukan dari golongan orang musyrik
Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku & matiku...
adalah untuk Allah Pencipta sekelian alam
Tidak ada sekutu bagiNya & kepada ku diperintahkan
untuk tidak menyekutu bagiNya
dan aku dari golongan orang Islam




1 comment:

uglybeautyme said...

saya suke ngn doa tu...
slmt taon baru.