Thursday, May 8, 2014

Kembara Tarbiah Ilahi : Kota Haramain

Bismillahirahmanirahim
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala ali Muhammad

"Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu. Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi Mu. Hamba datang menyahut panggilan Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi Mu".

Membawa kembali lembaran kenangan angin Haramain hampir 4 bulan yang lalu... bas melalui jalan-jalan sibuk Mekah, mata ini sudah dari tadi basah tak henti-henti disulam laungan talbiah yang meruntun. Dari jauh mutawwif menujukkan menara jam namun bukan menara jam itu yang saya benar-benar mahu lihat. saya tidak gembira dengan As-Sa'aah itu. sedikit demi sedikit kelihatan tiang-tiang menara Masjidil Haram yang bercahaya. mimpi, ya saya sedang bermimpi & saya benar berharap yang saya tak akan bangun dari mimpi indah ini. sesampai kami di Tanah Haram, jam di lobi hotel Baity Khomsa 12.20 tengah malam. Selesai check-in, abah genggam erat tangan saya meredah lautan manusia yang masing-masing sibuk ke sana sini, bunyi honk yang memenuhi ruang udara sudah tenggelam dek cucuran air mata menuju Baitullah. Angin sejuk mendakap saya tanda ucapan ahlan wasahlan ke bumi mulia ini. Saya hanya mengikut abah, abah tidak sekali melepaskan genggaman nya dan kami masuk melalui babun King Abdul Aziz.


Allahuakbar, melihat Baitullah dengan mata kepala ini sendiri, rindu yang selama ini terpendam... terasa sahaja mahu terduduk. rasa diri ini tidak punyai apa-apa, terasa sehina diri ini tetapi Allah sudi menghadiahkan jemputan mulia ini menjadi tetamu di rumahNya yang paling mulia ini. teringat 'pertemuan bersama' baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam seperti suatu semangat untuk saya sapu seketika air mata yang berderai dari tadi & melangkah fokus untuk memulakan Umrah pertama saya. abah banyak membiarkan saya dengan perasaan saya. abah hanya berbisik untuk step by step ibadah ini. Abahlah mutawif saya, dia tak suka rushing, lebih suka keadaan yang rileks dan tak tergesa. di kiri bahu saya... Kaabah. Sekali lagi saya tak mampu tahan air mata. Saya hanya mampu berzikirullah & berselawat. saya gunakan nombor yang telah ditulis dibuku bagi kiraan pusingan tawaf. hamba-hamba Allah ketika itu ramai namun tidak sesak memandangkan awal dini hari.


Selesai tawaf, saya bersama abah menunaikan solat sunat tawaf... pertama kali dahi cecah lantai Baitullah. Allah... Maha Suci Mu ya Allah, telah membawa saya ke sini, sejuk yang amat membuatkan saya sedar saya ini, kalau Allah tak memelihara saya... I'm nothing. saya akui diri ini, banyak benar dosanya tetapi dengan rahmat Allah hari itu saya duduk di hadapan Kaabah dan di atas saya ialah Arasy Allah. duduk berteleku melihat Kaabah di depan mata... arah yang mana selama ini saya sujud, "Allah hamba Mu datang ni... ku datang kepada Mu ya Allah". rasa sungguh tidak layak mengenang diri yang langsung tak punyai apa-apa malah membawa berbondong dosa. Abah pimpin tanggan saya untuk menuju Safa Marwah. Kami berhenti meminum air zam-zam demi mengikut jejak baginda salallahu alaihi wasallam melakukannya selepas baginda selesai tawaf. sejuknya air zam-zam membasahi, terasa diri ini sebagai tetamu Allah, Allah muliakan dengan 'hidangan' air terbaik dunia ini.



Ibadah sa'ie Safaa-Marwah saya anggap satu penghormatan Islam kepada yang bergelar wanita. Keliru juga mencari tempat Sa'ie sebab kata abah keadaan dah berubah sebab construction maka jalan dulu dah tutup. Alhamdulillah, kami Sa'ie di bawah sekali. Teruja tengok bukit Safa & Marwah. Semasa ibadah ini saya berpeluang untuk belek buku panduan Umrah untuk saya baca doa sepanjang 7 kali ulang alik ini. masa mula-mula kami ingin memulakan perjalanan menjejak tapak Saidatina Siti Hajar ini, sempat saya berkata pada abah:

Dikna : Abah, kita minum air zam-zam tu dulu boleh tak?
Abah : Siti Hajar dulu dia lari-lari dulu baru jumpa air.

senyum. maksudnya, bukan tak boleh tapi eloknya kita ikut sirah terdahulu agar lebih menghayati. abah banyak tekankan erti menghayati dan buat dengan hati. kata abah, hayati sirah yang menjadi titik ibadah-ibadah ini disyariatkan. insya Allah akan berbekas di hati. bukannya orang berumrah kita pun nak berumrah juga. mutawif kami tadi entah kemana, agaknya sudah selesai ibadah umrah. abah yang menjadi mutawif setia saya. melayan penat saya & macam-macam peel. abah gagah melangkah semangat dalam menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Allahuakbar. tergambar panas gering nya semasa Siti Hajar yang mencari-cari air buat anakanda tercinta Nabi Ismail AS & akhirnya kaki mulia yang menghentak lalu mengeluarkan air mulia yang tak pernah kering sehingga kiamat nanti, insya Allah. Zam-zam.



Hampir 3.00 pagi kami selesai ibadah Umrah; yang pertama buat saya. perasaan waktu itu... Allahuakbar, hanya Allah yang tahu. bahagianya rasa sedang berjalan-jalan di taman syurga firdausi. Pulang ke hotel, saya tidur-tidur ayam sebab lebih kurang sejam lebih lagi azan subuh pertama akan dilaungkan. mula-mula saya tak tahu yang di sini ada 2 azan subuh. tapi di sini, manusia tak kenal masa. jalan sibuk seperti biasa. pintu Masjid Haram terus dikunjung tetamu Allah.

Pagi yang indah. pulang sahaja daripada subuh di Masjidil Haram, saya dirai dengan beburung merpati berterbangan umpama mempersembahkan formasi terbangan khas kepada kami. oh, sungguh! perasaan waktu itu amat-amat bahagia.


Antara lokasi ziarah kami di sana, Muzium Mekah, ladang unta. ziarah ke Padang Arafah, perkara pertama yang saya bayangkan ialah kesibukan lautan manusia semasa musim Haji, jenuh Abah melayan pertanyaan pot pet pot pet saya. berdiri di tanah Arafah, sayu teringatkan khutbah wida' yang disampaikan baginda salallahu alahi wasallam di sini. terngian pertanyaan baginda kepada mereka yang hadir ketika itu, "adakah saya telah sampaikan? adakah saya telah sampaikan? adakah saya telah sampaikan?" :,| lalu para sahabat menjawab, "ya, kamu telah sampaikan". berada di kaki Jabal Rahmah, teringat saya mereka pesan untuk doakan jodoh kat sini kerana di sinilah pertemuan Nabi Adam AS & Saidatina Hawa :) teringin menaiki jabal ini, tetapi masa suntuk.



panas okey, tapi nak senggeh jugak nak biarkan diri disiram mentari di bumi berkat. bila lagi kan. Bas menyelusuri jalan-jalan Arafah, Abah throw back ibadah hajinya hampir 23 tahun lalu. mengambarkan musim haji yang sangat amat ramai jemaah, berkumpul di sini... bertapa besarnya rahmat Allah. Sambil mata teruja melihat sekeliling, saya doa agar saya suatu hari dijemput untuk kembali ke sini sebagai jemaah haji, amin! Singgah niat ihram di Ja'raanah. pulang ke hotel, 'syahid' seketika, petang selepas zuhur baru kami memulakan ibadah umrah yang seterusnya.

Antara moment paling best ialah saya & abah bersama jemaah yang tak pernah jemu bertawaf lepak-lepak di lantai baitullah usai tawaf sunat selepas Isyak. saya tak plan pun, well Allah is the best Planner kan. duduk santai bersandar di tiang mataf, melihat ragam bermacam gaya. tersenyum melihat Kaabah depan mata, menghirup angin yang aman damai. ntah, sejak mula kembara ini segala hal isu dunia saya tinggalkan di KLIA. perjalanan ini hanya cerita saya dengan Allah. ajaib. sekian minit saya duduk di lantai Baitullah sambil senyum sorang-sorang... saya teringat susuk tubuh yang menjadi asbab kepada kembara ini... ibu. alangkah indahnya saat-saat bahagia ini andai ibu juga ada bersama kami. air mata untuk kesekian kalinya bercucuran lagi. saya hubungi ibu yang berada di nun 7000++ km di Malaysia. saya kejutkan ibu yang lena tidur pada jam 2.30 pagi waktu Malaysia. ibu pula yang turut sebak mohon agar didoakan agar one fine day soon, Allah will bring us together here again, with ibu.



saya lebih gembira bersembang dengan jemaah-jemaah lain yang dari serata ceruk dunia yang datang ke bumi Haramain ini. saya lebih suka memilih untuk duduk dalam saf yang bukan rumpun sendiri. walau jarang untuk saya berjumpa yang boleh speaking English. saya pun pelik, walau macam cakap macam bahasa T-Rex vs cipanzi, tapi masing-masing faham. seronok sembang terutama yang tua suka bercerita. anguk-anguk sahaja lah tanda meraikan kesudian bersembang dengan saya kan. ada yang beria cari saf untuk kita, ada yang berkongsi zam-zam & makanan, ada yang tolong sambutkan Quran. Allahuakbar... Rahamatan lil alamin. allahumma solli ala Muhammad. ini adalah salah satu nikmat besar dalam agama ini. Akhlak & persaudaraan. sebelum ini, saya pernah dengar yang cerita jemaah kat Mekah ni lain sikit, itu lah ini lah. tapi saya pejam mata sahaja. pernah kepala disiku tapi tak apa lah. moment bermakna juga tu. pernah beberapa kali saya tawaf semasa mentari terik di atas kepala. advanture kata abah. ada seorang makcik yang sudah agak berumur, jalan pun agak terhenjut. tangan kanan nya memegang buku doa & kirinya memegang kotak tisu sambil diangkat sedikit kotak itu. I wonder why? sekali, seorang demi seorang datang tarik helaian tisu itu menyapu dahi masing-masing yang dibasahi dek terik mentari. saya terkejut...masha Allah, tabarakallah. walau apa sahaja cara, ada manusia yang cuba sedaya mengambil peluang untuk berbuat kebajikan yang kadang tak pernah terfikir pun.  

Sayugia, tibalah saat yang saya tak mahu laluinya. tawaf wida. sering kali saya terngiang pesan Ustaz Don "jangan bergambar, shooping atau apa sahaja benda yang melengahkan kita untuk berangkat meninggakan Mekah selepas tawaf wida." saya menuju Masjidil Haram untuk iktikaf & solat Subuh terakhir. perasaan sangat lain, sedihnya lain macam. longlai sahaja ruas-ruas tulang ini melangkah. pusingan demi pusingan dirantai dengan perasaan yang sedih lain macam. sambil merayu agar ini bukan yang terakhir. Allah, jemputlah kami kembali ke sini dengan keadaan yang lebih baik. sujud terakhir, seperti tak mahu bangun-bangun lagi.

 

Berakhirnya percutian indah ini. hujan turun membasahi bumi berkat semasa menunggu jemaah lain manaiki bas. air mata masih belum reti untuk berhenti. Allah, tolong kembalikan kami ke sini lagi. hantarkanlah jemputan mulia Mu kepada saudara-saudara kami yang belum ke sini. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. 
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad. 


Thursday, March 27, 2014

Kembara Tarbiah Ilahi : Kota Cahaya

Assalamualaikum,

Allahu Allah, ni bukan setakat berhabuk tapi dah tumbuh lalang dah kat sini. lama sungguh tak menghadap blog yang tak berapa nak blog ni. blog merapu. hoho. doa ditadahkan kepada Allah Pemilik sekian alam ini agar merahmati para pejuang Islam khasnya Ikhwanul Muslimin yang sudah selamat siap disyurga masuk secara berbondong seramai 529, insya Allah. juga kepada  239 insan terpilih memperoleh rahmat Allah atas ujian MH370, insya Allah.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Empunya empayar seisi langit dan bumi ini atas jemputan mulia sebagai tetamu di Kota Cahaya dan Bumi Haramain pada 6 Rabiul Akhir 1435 bersamaan 6 Februari 2014 yang lalu. Tak pernah saya sangka mimpi air mata ini akhirnya mengecap realiti di hadapan mata. pernah saya katakan kepada Allah, "Allah...bawalah saya ke Mekah & Madinah sebelum saya meninggalkan dunia ini". sesampai di KLIA pun saya tak percaya betulkkah saya menuju Madinah ini? orang bersalaman, mengucapkan selamat, mengirimkan doa... semua tu saya terkebil-kebil seperti mimpi. pergi bersama wali saya, abah tersayang menjadikan saya lebih teruja walau sedih ibu tak dapat bersama.


Transit di bumi Yaman beberapa jam seperti mengambil berkat bumi yang melahirkan ribuan ulama' terbilang. Petang Jumaat, menyelusuri jalan-jalan Kota Cahaya, mencari-cari kubah hijau dalam debar dan tangis. pertama kali saya melihat bumbung Nabawi, dada saya ibarat mahu pecah. debar, malu, gembira, sedih, sebak, nak meraung ah...! semua ada. saya kawal dengan hati & mulut kumat kamit terus laju menyampaikan salam buat Penghulu Nabi, Muhammad Rasulullah salallahu alaihi wasallam. pertama kali kaki ini berpijak di tanah mulia itu, yang mana di bawahnya ada jasad manusia agung saya pilih untuk menanggalkan kasut saya tanda hormat atas jemputan ziarah mulia ini.

tak terjangka saya akhirnya jasad ini berdiri menghirup udara sejuk nan nyaman Kota Madinah. ibarat terdengar-dengar "Tho laa all badru alayna...". Pertama kali ziarah makam baginda, saya jalani seperti mimpi. perasaan bercampur dan sungguh! hampir ke Ruadhah, perasaan malu lah yang paling menebal. sampai di Raudhah, i dont know what to say. saya hanya mampu tergagap-gagap memberi salam pada baginda dan memberi tahu baginda "ya Rasulullah, saya datang ni...". di dalam masjid inilah baginda menyampaikan tutur bicaranya yang mulia. di sinilah para sahabat duduk mendengar baginda dan di sinilah pernah menyaksikan senyum tawa tangis baginda. saya banyak terkedu. hanya mampu saya katakan, saya memohon maaf kepada Rasulullah atas segala kelemahan saya yang jauh tak setanding apa yang baginda harapkan. saya seperti dapat rasakan baginda ada di dalam itu sedang mendengar.


Hari-hari yang saya lalui di Kota Madinah, membawa kembali saya kepada lipatan sirah yang pernah berada di bumi itu. seperti tergambar jejak-jejak para sahabat di situ sedang berjuang menyebarkan Islam. Terasa rahmat tersebar di seluruh pelusuk kota, nyamannya... sukar digambarkan. kami menziarahi Masjid Qiblatain di mana baginda rasulullah salallahu alaihi wasallam ketika solatnya diturunkan wahyu untuk menukar qiblat daribada Masjid Aqsa kepada Baitullah.


Ziarah di Jabbal Uhud, membuatkan hati ini meruntun sedih tergambar sorakkan jihad di situ di mana Rasulullah luka berdarah terpatah giginya dek kaum kafir musyrikin yang menyerang. Demi membawa Islam kepada saya hari ini. untuk saya! rasa kejamnya diri ini sedikit sekali menyahut seruan baginda. Saya menginsafi diri ini...tegarnya tidak menyambung kerja dakwah baginda dan para sahabat dengan bersungguh-sungguh.


"Dan ketika engkau (Muhammad) keluar pada pagi hari dari rumah ahlinya (di Madinah) dengan tujuan menempatkan orang yang beriman pada posisi masing-masing untuk berperang (di medan Uhud). Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tatkala dua kumpulan dari kamu terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka. Kepada Allah sahajalah hendaknya orang beriman itu bertawakal."
Ali Imran | 121 122


Ziarah wida' adalah yang paling mengharukan. Waktu Dhuha itu mahu saja saya hentikan agar masa itu tak akan berakhir. Sementara menunggu giliran kumpulan Malaysia-Indonesia, doa saya agar ini bukanlah ziarah yang terakhir dalam hayat ini. Sedih bukan kepalangan, saya ingat dengan ziarah ini maka terubatlah rindu sekian lama tapi sebaliknya. rindu ini sudah tak tertanggung lagi. air mata pun tak mampu untuk gambarkan segalanya. saya sujud di saf pertama di karpet hijau itu tanda syukur kepada Allah yang mengatur pertemuan ini. lambaian itu tanda ucap selamat tinggal untuk ziarah kali ini. saya melangkah keluar Masjid Nabawi dengan hati yang berat. Allah, kalau saya diberi peluang walaupun sebagai tukang jaga air zam-zam dalam Nabawi pun tak mengapalah.

Kami menuju Kota Haramain. Sebak dada ini meninggalkan maqam Rasul & para sahabat. namun mereka kekal dalam hati ini, mudah-mudahan. Debar menuju Baitullah makin memuncak. Niat Ihram di Bir Ali jam 10.30 malam dan laungan talbiah membuatkan pipi ini terus dibasahi.



... to be continue. insya Allah.


Friday, August 23, 2013

Aku Sudah Tidak Sanggup Lagi!

Mesir.
Syria.
Palestin.

mereka ingat dengan mengulingkan Presiden Sah Dr Mursi sebelum Ramadhan, ia akan mematahkan semangat juang para penyokong Ikhwanul Muslim malah sewaktu Ramadhan, semangat pro Dr Mursi lain macam. mereka berkumpul tanda protes atas pengulingan presiden yg sah ini. kini, nyawa yang sudah bergelar syahid tak perlu untuk saya tulis angkanya di sini. tentera membunuh rakyat sendiri, nyawa sudah tidak lagi bermakna asal nafsu iblis mereka dipenuhi.

serangan bom kimia pula dilancar keatas rakyat Syria. saya langsung tak mampu untuk 'play' video2 anak kecil yang sedang sesak nafas itu. melihat gambar pun saya sudah tak sanggup utk menatap lebih lama. saya seakan tidak langsung percaya semua ini berlaku ketika ini. dulu, pernah mendengar cerita akhir zaman yang umat Islam ditindas oleh golongan kufar, nyawa umat Islam langsung tiada harga. selepas kejatuhan Islam ini, maka turunlah Imam Mahdi bagi menyelamatkan keadaan yg kucar kacir dan Islam pasti menang.

kini, dunia hanya menunggu turunnya Imam Mahdi untuk menyelamatkan semua ini. kerajaan firaun telah berjaya kembali bangkit di bumi mesir, fitnah semakin memuncak, akidah dipermainkan, yang benar menjadi terrorist, yg terrorist diangkat disanjung.

setahun lalu, bila mana majoriti rakyat mesir mengangkat Ikhwanul Muslimin dan Dr Mursi diangkat menjadi Presiden, ianya seakan menjadi petanda bahawa daulah Islamiah akan kembali bangkit. kalian pun sudah sedia maklum apa yg telah dilakukan oleh Dr Mursi sepanjang pemerintahan yg singkat itu. mana mungkin Barat akan membiarkan daulah Islamiah kembali bangkit dgn semudah dan secepat ini?

kehadiran pemimpin seperti Recep Tayyip Erdogan menyejuk hati yang remuk dan luka teruk ini. kempen R4BIA yang beliau lancarkan antara bukti beliau menyokong kepimpinan Dr Mursi. beruntung rakyat Turki mempunyai ketua sepertinya. beliau tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan diplomatik dgn kerajaan haram kudeta mesir. semoga Allah senantiasa memberi petunjuk & kekuatan kpd beliau.

namun, aturan Allah tak pernah silap. barangkali Allah amat merindui para syuhadah & memanggil mereka secara beramai-ramai. kita melihat fizikal mereka parah, ngeri tapi hakikatnya mereka sudah siap berada di syurga Allah. nyaman & bahagia menuntut janji2 Allah. kita ini yg masih diuji, tidak dengan perang senjata, diserang dengan perang mental. isu-isu diputar belit, fakta yg difitnah & kita kadang bingung mahu percaya mana satu.
p/s : Turki negara impian utk dilawati selepas Mekah, Madinah & Palestin =,)


Tuesday, July 23, 2013

Seperjalanan Kisah Ini


Pada suatu pagi
Mengangkat lapisan kabus waktu malam
Dari lurah dan puncak gunung
Matahari terbit dan nampak
Lembah dipenuhi dengan musim persahabatan
Dan cabang-cabang ingatan mula bertunas
Detik-detik lampau kembang dan tak terbilang
Rasa rindu yang tak terkata, tak terdengar 
Separa tidur, separa jaga
Merenung kehidupan dengan rasa lesu
Seperti ombak beralun satu demi satu
Kadangkala baru, kadangkala seperti biasa
Kehidupan inilah yang mengandungi 
Perasaan cinta dan keinginan
Pertemuan dan perpisahan dan suatu perasaan
Bahawa masa mengalir seperti arus di sungai
Berbisik sambil mengalir
Bahawa lembah dipenuhi musim persahabatan
Dan cabang-cabang ingatan mula bertunas
Detik-detik lampau kembang tak terbilang...

Puncak Perdana
12 Ramadhan 1434
4:55 am



Friday, July 5, 2013

Masa Suntuk yg Semakin Berakhir


2009

Jumuah Mubarak :)

merenung kembali 6 tahun kebelakangan ini...oh, rupanya sudah sampai pada garisan penamat. namun ia bukanlah penamat segalanya, pencarian ilmu tak akan terhenti sehinggalah nafas ini ditarik buat kali terakhirnya. begitulah hidup ini, Allah hamparinya dengan suka dan duka agar kita benar-benar menikmati hidup ini. saya jamin, hidup ini pasti langsung tak seronok andai hanya bahagia yang wujud.

sekali fikir macam tak percaya semua ni berlaku dalam hidup saya. berada di UiTM, Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik dan bertukar kepada nama Fakulti Filem, Teater & Animasi, pelajar jabatan Pengurusan Industri Kreatif. just go through with bermacam-macam pementasan teater, events, assignments and list go on. mengenali lecturers, kawan-kawan, sahabat-sahabat, staf-staf, cleaners, abang2 kakak2 guards. minggu orientasi diploma 2007 lalu rasa baru sahaja kelmarin berlalu. bermain hujan bersama sahabat-sahabat, basah itu masih terasa. gema gelak tawa dan esakan tangis seakan masih lagi berbunyi di telinga ini. terlalu banyak masa-masa yang diraikan bersama. sedih. sudah semestinya sedih untuk melepaskan semua ini.

namun, masa ini tetap akan bergerak tak pernah belas ehsan kepada sesiapa pun. malam dan siang tetap berganti walau apapun berlaku di bumi sehinggalah matahari terbit di nun barat. hidup perlu diteruskan, impian mesti terus bebas terlakar atas kanvas hayat yang masih ada. cita-cita mesti sentiasa meninggi untuk memacu kehidupan ini menuju redha Allah.

kerana itulah Allah mahu kita menjalinkan hubungan dengan manusia di dunia ini kerana Nya kerana Allah mahu temukan kita lagi dengan bahagia di akhirat. temukan dengan bahagia dan qalbun salim bukan saling menyalahkan akibat tidak saling pesan memesan kepada kebaikan semasa di dunia.

"Pada hari itu (akhirat) sahabat-sahabat karib; setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yg lain, kecuali orang2 yg persahabatannya berdasarkan taqwa (iman & amal soleh)." Az-Zukhruf | 67

2013
semoga Allah Maha Penyayang mengampuni semua dosa-dosa kita dan menerima usaha kita untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. semoga Allah merahmati orang-orang yang hadir membahagiakan hidup kita termasuk pegawai MBSA yang selalu menyaman kereta kita depan kolej. selamat menempuhi satu lagi fasa hidup yang degree keseriusan nya lebih tinggi. TAMAT.

Tak pernah terlewatkan
Dan tetap mengaguminya
Kesempatan seperti ini
Tak akan bisa di beli

Bersamamu kuhabiskan waktu
Senang bisa mengenal dirimu
Rasanya semua begitu sempurna
Sayang untuk mengakhirinya

Melawan keterbatasan
Walau sedikit kemungkinan
Tak akan menyerah untuk hadapi
Hingga sedih tak mahu datang lagi

Bersamamu ku habiskan waktu
Senang bisa mengenal dirimu
Rasanya semua begitu sempurna
Sayang untuk mengakhirinya

Janganlah berganti
Tetaplah seperti ini

Wednesday, May 22, 2013

Pilihan RAKYAT Umum

 Assalamualaikum & have a good day!

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar. 7 Mei saya & keluarga kakak saya selamat pulang ke tanah negeri perantauan, Selangor. sepanjang perjalanan pulang, banyak yang saya muhasabahkan bermula perjalanan pulang 18 jam Selangor-KB, berhadapan dengan macam-macam dugaan ideologi sehinggalah perjalan kembali yang mengambil masa 12 jam ini. 3 Mei, kami bertolak heading kota bharu jam 11.00 malam, sampai di Karak seperti yang dijangka jalan sesak tak hengat punya. memang 20km/jam. abang ipar saya berhenti di sebuah stesen minyak dek kerana penat mengharungi jammed yang diklasifikasi kan agak teruk. saya pun keluar kereta membetulkan urat sendi dalam keadaan mamai...masha Allah ramainya orang berhenti rehat dan suasana seperti meriah tapi tak tahu meriah tang mana. bendera-bendera parti berkibaran di kereta, ada yang memakai baju warna sedondon, semuanya muka penat tapi saling senyum kepada yang lain. kami tak berhenti lama, so co pilot amik alih stereng la, tak nak tunggu lama-lama wajah ibu abah dah ternampak-nampak ni. solat subuh di kampung Nong area Raub, masjid nya tidak lah sebesar mana tapi cukup untuk musafir yang berhenti solat pagi tu. ramai. ada yang berkereta, bermotor dan bas. melihat wajah-wajah mereka seakan mengambarkan kita balik kerana satu tujuan yang sama, ya kita balik untuk bantu agama Allah!

perjalanan diteruskan. sampai di jalan gua musang-kuala krai, hati semakin berkobar-kobar. ada orang-orang kampung keluar umpama menyambut kepulangan kami dengan mengkibar-kibarkan bendera ala flashmob. oh terharu! sungguh. ada yang berganding ayah dan anak, sekeluarga, sekelompok. ada juga yang mengedarkan bendera, risalah, stiker, air minuman. kepenatan kami petang itu sungguh terubat dengan sambutan mereka. sehingga ada sekumpulan yang buat kenduri makan tengahari untuk anak perantau yang pulang cuma kami tak singgah teringatkan masakan ibu yang sedia menanti. perjalanan kuala krai-kota bharu walau jalan agak sesak hanya 40-60 km/jam dan ini first time saya bertegur sapa di jalan raya, masing-masing yang membawa bendera, dim lampu dan mengangkat tangan. sangat best okey! alhamdulillah, sampai di taman guru, kampung pintu geng lebih kurang jam 5 lebih. sedih, ibu ada kerja. tapi tak mengapa abah ada menyambut kami dengan pelukan kasih cintanya.

05052013 today is the day. tidaklah terlalu awal saya keluar mengundi, sekitar jam 10 pagi begitulah. sampai je di sekolah, wah! macam reunion plak kan. jumpa kawan-kawan lama, cikgu-cikgu lama. pengalaman pertama kali membuang undi sedikit menerveskan :p selesai memangkah mana patut keluar dari kawasan mengundi saya melawat khemah-khemah parti politik. meriah seperti biasa. malamnya, pasti semua tercongak depan tv mahu mengetahui keputusan undian. ntah kenapa dirasakan pengumuman kali ini begitu lambat. jam 12 tgh malam pun masih banyak kawasan tak diumumkan. alih-alih jam 2 pagi, tadaaa! BN menang. ok, masuk tidur.

pagi, penuh di dada facebook perkataan seperti bangla, blackout, recounting.malaysia masih 'bernafas' dengan nafas yang lama. banyak yang kecewa kerana merasakan election kali ini macam ada something wrong. Allahua'lam. kebenaran akan tetap menang jua. itu janji Allah. sekian sahaja laporan saya sebagai rakyat malaysia yang pertama kali mengundi, panjang umur insya Allah umur 30 nanti pula akan mengundi :)


Thursday, April 11, 2013

Saya Sayang Kamo!

Assalamualaikum.

"haih, pasni UiTM jadi UIA la, semua dah berhijrah pakai tudung..."
-Anonymous
.

kata-kata tu terus berdesup masuk dalam telinga saya takala saya melalui gazebo tu. ya, Alhamdulillah, sem ni melihatkan ramai gadis-gadis mulia yang sudah mengenakan hijab. syukur khas untuk Allah. namun, saya melihat fenomena ini dalam banyak sudut. mungkin good influence from surrounding, mungkin juga sokongan dari orang-orang tersayang dan mungkin juga kesedaran dalam diri sendiri tanpa siapa yang menyuruh. cuma apa yang saya perhatikan, ada di kalangan kita yang cuma berhijrah pada jilbabnya. akhlak, pergaulan & lain-lain masih lagi di takuk lama. bila keadaan memerlukan, jilbab itu akan ditanggalkan atas dasar tuntutan manusiawi. saya menerimanya dan berhusnuzhon yang mereka ini dalam proses untuk berubah. saya akui 100%  yang berubah ini bukan senang terutama untuk meninggalkan tabiat lama kita menukarnya kepada tabiat baru. dalam sekelip mata sahaja seseorang tu boleh sahaja memakai jilbab, niqab & lain-lain tetapi mujahadah yang besar untuk menjilbabkan hati. oleh kerana itulah, kenapa Rasulullah salallahu alaihi wasallam tekankan sangat soal hati ini. ops! bukan hati lever ya, tapi hati soul itu. baik seketul daging ini, maka baiklah keseluruhannya.

pastinya saya berpesan kepada mata saya yang paling hampir membaca tulisan ini. berhijrah dengan mengenakan tudung, berbaju lengan panjang and so on adalah langkah pertama yang sangat betul. betul dah tu... so, kena tahu hala tuju kita iaitu untuk mendapat redha Allah dan satu-satunya cara untuk mendapat redha Allah dengan mematuhi segala syariat yang telah ditetapkan. kena plan next kita nak buat apa. percayalah sahabat, semua ini DATANG DENGAN ILMU. tanpa ilmu, kita akan stuck tak tau nak buat apa untuk perbaiki diri selepas berhijab atau mula solat dan bila dah stuck, syaitan mula membisik yang "ala, ok la tu. at least ko dah pakai tudung" (contoh). maka, sebab itulah pergaulan kita masih tak jaga. bertepuk tampar, bercuit-cuit dengan lelaki/perempuan tu pun kita tak kesah sebab dah jadi kebiasaan kita sebelum berhijrah. saya suka guna teori ikut suka hati ni, "baik pegang anjing, at least boleh samak. kalau pegang bukan mahram? boleh samak?". solat pun acuh tak acuh. mungkin lebih utamakan make up daripada wudhuk, wallahu 'alam. tak pe, kan make up boleh taouch up lagi. lagi pula, yakinlah wajah akan tempak lebih jelita dengan wudhuk mu yang ikhlas & mengharap keampunan Allah itu.


maka, BERUSAHALAH MENCARI ILMU. tak salah untuk kembali study dan fahami rukun Islam. fahami asasnya dahulu, kembali kenali sifat-sifat Allah, hafal 1,2 nama-nama Allah selain Ar-Rahman Ar-Rahim. kenali nabi & rasul kita. kalau rasa berat, tahu sikit mengenai sirah Rasulullah salallahu alaihi wasallam at least perjalanan hidup baginda dari sebelum lahir, detik kelahiran zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa, zaman kerasulan sehinggalah wafatnya baginda. just tahu yang general dulu pun tak pe.

"hello cik idmalina, I mana tahu nak cari kat mana semua tu? I tak dek masa lah."

krik. krik. krik.

mulalah menukar sedikit demi sedikir world view kita. masa depan kita adalah Akhirat nan abadi. cuba perlahan-lahan tukar channel TV & Radio yang biasa kita dengar kepada yang lebih baik. tengok kat website ikim.fm apa slot-slot yang best. kat web tu pun ada yang audio recording yang lepas-lepas. boleh download. mula menonton rancangan di slot Raudhah tv9 dan channel al hijrah, stream online pun boleh. pilih yang santai-santai supaya kita tak cepat boring. geledah je kat YouTube tu, memang banyak pilih sajo! tukar bahan bacaan kita, untuk permulaan beli buku-buku yang ringan penyampaiannya seperti Majalah GenQ, Majalah Jom. slowly.



"pastu cik idmalina, kiranya I dah tak boleh layan retis2 yang I adore? borink la kalau ceng gituew!"

krik. krik. krik.

senyum. Allah Maha Pencipta pasti tahu fitrah kita. nak minat apa pun, dipersilakan dengan bahagianya. cuma, jangan terlalu berlebih-lebih contohnya sanggup tak tidur malam layan drama ke apa tapi tak sanggup untuk tahajud. biarlah berpada. saya buat analogi begini, saya umpamakan Islam tu seberti sebuah bungalow besar, yang mempunyai taman yang cantek. kita nak main kat taman tu, mainlah. tapi jangan lepasi pagar rumah bungalow itu. hey, saya peminat maher zain wal hindustang!

perubahan itu bukan sesimple membalikkan roti canai, ia memerlukan proses. andai kita meninggal dunia di dalam proses itu insya Allah, Allah menerima hasil usaha kita walau target kita tak tercapai. saya selalu ingat kata-kata ini 'Allah tak melihat di mana kita bermula, tapi Allah melihat di mana kita berakhir'. mari, kita saling sokong menyokong untuk kita kutip pahala sebagai mana kita excited kutip points dalam game yang kita main. mari kita 'tembak' syaitan sesungguhnya kita lastik burung dan hapuskan babi dalam game engri berd tu (hellow cik idmalina! game tu dah outdated hokay!).saya nak kawan dengan anda semua bukan setakat di dunia, tapi I ols nak jumpa you ols dengan qalbun salim (hati yang sejahtera) di akhirat kelak, sembang2 gelak sakan dalam sorga (tu pun kalau layak -_- ). sungguh saya menyayangi mu dan tidak mahu melihat kamu di dalam kegelapan. kita cuba usaha okey!

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
-M Fetullah Gulen.