Monday, January 21, 2013

K-Fiqh Wanita & Islam : Day 1 (episode 2)

Kedudukan Wanita Di Dalam Islam : Antara Liberal & Ekstrim by Dr Zahazan & Dr Mohd Sukki

*Lelaki & wanita, Allah cipta dengan tujuan yang sama iaitu untuk mencari kerdhaan Allah dengan menjadi hamba Allah yang taat dan khalifah yang memberi manfaat kepada orang lain alam alam sejagat.

*Bukti jelas yang Islam mengangkat martabat wanita ialah dengan menggunakan nama-nama seperti surah An-Nisa', Maryam sebagai tittle surah dalam Al Quran

Kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam :

*Yunani
-sama rendahnya dengan barang dagangan di pasar
-dirampas hak, tiada harta pusaka
-tidak berhak mengunakan harta

*Rom
-wanita itu dianggap tidak mempunyai "roh" (perasaan etc)
-mengalami seksaan & kekejaman

*Cina
-berhak menjual isteri
-keluarga mendiang suami berhak keatas dirinya
-wanita seperti barang peninggalan yang boleh diwarisi

*Hindu
-tidak berhak hidup setelah kematian suami
-wanita dilebel seperti kematian, neraka, racun, ular

*Parsi
-boleh menikahi ibu, saudara perempuannya yang lain serta mahramnya
-diasingkan keluar kota ketika haid

*Yahudi
-martabat wanita ialah pelayan
-wanita sebagai laknat kerana meyesatkan Adam
-dikuarantin ketika haid

*Nasrani
-wanita sumber kejahatan
-pada tahun 586 dibahas : apakah wanita boleh dianggap sebagai manusia? punyai roh atau tidak? roh haiwan atau manusia? sama roh dengan lelaki atau lebih rendah?
-wanita dicipta hanya untuk melayani lelaki sahaja.

*Jahiliah
-tidak memiliki hak waris
-barang dangangan
-simbol kepada kesialan

*dasyat kan??? geram je masa slot penghuraian point2 di atas. penting untuk kita tahu agar kita hargai agama kita sendiri iaitu Islam di mana memuliakan wanita semulia-mulia kedudukan. rasa izzah (bangga) kerana kita ini dipilih oleh Allah sebagai wanita Islam! alhamdulillah :,)

*kedudukan wanita dalam Islam antaranya sebagai ISTERI, IBU, ANGGOTA MASYARAKAT, GURU dan banyak lagi yang berperanan besar dalam perkembangan manusia.

*ada sesetengah pihak (liberal) menuntut hak sama rata lelaki dan wanita, ianya mustahil kerana masing-masing punyai peranan yg berbeza. dalam isu wanita melakukan kerjaya lelaki contohnya army. army memerlukan aktiviti yang lasak, uniform yg hanya sesuai untuk lelaki. bila wanita ceburinya, mula rasakan Islam itu tidak terbuka sebab aurat nak kena jaga, pergaulan etc. mulalah menyalahkan agama kolot la apa la.

*sama rata dan adil adalah 2 perkara yang berbeza. ya, pernanan berbeza tetapi tujuan yang sama iaitu redha Allah.

*peranan wanita yang digariskan Islam cukup jelas dan menepati fitrah seorang wanita itu. tempat wanita di 'rumah' which means itu tugasan hakiki wanita to serve husband & child. nak berkerjaya ke apa, silakan. ramai serikandi Islam terdahulu berkerjaya dan berjaya dalam soal rumah tangga mereka. contoh terfemes, Siti Khadijah r.ah.

nota tambahan :
*lakukan ibadah bukan sekadar mengisi kewajipan tetapi faham akan kenapa kita lakukan ibadah tersebut.
*sifir cari pasangan soleh : malu + harga diri = pasangan soleh :)






K-Fiqh Wanita & Islam : Day 1 (episode 1)


Alhamdulillah...sesungguhnya saya amat percaya dengan keajaiban Allah tetapi keajaiban ini hanya akan datang bila kita niat terdetik mahu melakukannya dengan niat baik. Tahun lepas bila awal diwar-warkan mengenai K-Fiqh ini saya nak pergi sangat tapiii.... tak dak duit yang cukup. pastu tak tau kat mana MAEPS tu. lama lepas tu, soh seh soh seh mengatakan "eh, weekends ni ramai tak dapat join program sebab ada K Fiqh" what? K-Fiqh around the corner? huhu *nanges laju-laju* sebab tak mampu nak gi. lewat petang Jumaat 18 Januari, sedang ku tengah sekerol2 fb K-Fiqh terharu mengenang tak dapat pegi program esoknya tu; "malina, ini kalau akak terlebih terkurang minta halalkan". alhamdulillah! yeay! thank you Allah, dapat payment keja part time di Dzul Iman Smart Khalifah. so, I decided to walk-in register! magic kan Allah? I love You so!

Wanita Solehah Pendamai Dunia by Dr Zaharuddin

* martabat wanita sebelum kedatangan Islam sangat-sangat rendah contohnya, dihalau keluar (ada yg keluar negeri) apabila datang haid, tidak layak mendapat perwarisan, tidak layak memberi pandangan, pemuas nafsu dan lain-lain lagi yang sungguh dasyat!

*Islam datang memuliakan wanita dan memperlakukannya secara adil serta melindungi kedudukannya. sekarang, terpulang kepada wanita mahu memuliakan dirinya atau tidak.

*Antara cara moden merendahkan martabat wanita ialah : (yang lebih sadis, wanita tidak sedar yg dia sedang dihina dengan cara sebegini)
-diperkuda tanpa akad yang sah
-diperalat untuk laris barang dagangan
-terperangkap mengejar kejayaan mengikut standard lelaki
-kecantikkan diri untuk tatapan umum
-'hamba' kepada fesyen & kecantikan luaran
-feminist tak bertempat
-keluarga menjadi prioriti kedua
-fahaman "mesti bekerja/pegang duit sendiri, senang kalau perlu bercerai nanti"

*Emosi hakikatnya kekuatan kepada wanita tetapi it depends how we handle our emotions berlandaskan apa yang Allah mahukan. jika bertindak, fikirkankan samada mahu mendahulukan emosi atau redha Allah. sangat penting kita amalkan 'pause button' supaya bila kita marah atau perasaan yang sukar dikawal kita mampu berfikir & bertindak dengan waras bukan melulu sahaja. sesungguhnya, mukmin mukminah itu 'menelan' kemarahan, memaafkannya dan tidak langsung meninggalkan parut terkesan di hati.

*Solehahkan diri. selalu sedari yang diri tidak sempurna lalu menlazimi taubat & muhasabah diri.

*mendahulukan pandangan berasaskan nas & aqal bukan emosi semata. tahu & faham dengan jelas halal & haram, hak & batil, dosa & pahala.

*mengutamakan soal kualiti iman & aurat berbanding kecantikan luaran.

*redha & sabar dengan cabara kehidupan sebagai muslimah. bantu suami, parents, family supaya tidak dihumban ke neraka dek kerana kita. perlu diberi perhatian di sini, hukuman berdasarkan dosa masing-masing, lelaki yg dimasukkan ke dalam api neraka kerana tidak mendidik isteri/saudara perempuan mereka untuk mengikut syariat Islam. dosa tidak menutup aurat adalah ditangung oleh diri sendiri.

*menyedari target bahagia buka semata pada kebendaan, pangkat, pencapaian duniawi tetapi pada keredhaan Allah di dalam hati.

*tidak mengorek kesalahan suami sebaliknya mendoakan dan hanya menasihati tatkala kesalahan terzahir jelas & kesalahan tersebut mula terserlah. meyedari suami juga tidak sempurna lalu mendoakan suami & memaafkannya dengan berlapang dada.

*mewujudkan tumpuan waktu untuk memahami minat & kesukaan suami lalu mendalaminya agar saling memahami.

*dalam konteks anak-anak, seorang wanita mesti mengutamakan anak-anak daripada kerjaya, pangkat & harta. mendidik anak dengan perancangan bukannya ia berlaku secara spontan.

*utamakan ilmu agama kepada anak-anak berbanding ilmu yang lain. bakal ibu, spend masa & duit untuk update ilmu bukan update fesyen.

*bagi wanita yang berkerja, aurat dan ikhtilat (pergaulan) wajib dijaga, izin suami untuk bekerja. bekerja bukan untuk bersaing dan menyanang kehebatan tetapi mahu mencari wang tambahan dan wang itu tidak diniatkan 'protection' jika diceraikan. tidak mengabaikan tanggungjawab hakiki pada suami & anak-anak. kalau suami mampu memberi kewangan yang cukup, isteri berhenti kerja lagi bagus.

*jadikan diri kita pemutus kepada kemungkaran. contoh; sekumpulan orang tengah mengumpat, kita datang je diorang terus diam sebab segan dengan kita.




Friday, December 14, 2012

We Will Not Go Down


We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


Saat ini, dunia sedang menyaksikan sebuah 'persembahan' keberanian sekelompok manusia yang secara kasarnya ia dilihat sebagai sekelompok yang kecil & lemah. Namun, mereka telah membuktikan kepada seisi dunia ini mereka akan gagah mempertahankan tanah yang diberkati itu sehingga hembusan nyawa yang terakhir sehingga pihak lawan yang dilihat perkasa itu pun hakikatnya takut gerun dengan mujahid-mujahid Palestin ini. sesungguhnya, tanah & penghuni Palestin ini disebut khas di dalam surah Al-Israa sebagai penghormatan khas kepada mereka. 


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di PALESTIN), yang Kami BERKATI SEKELILINGNYA, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Al Israa' | 1

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam kitab itu : 'Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakkan di bumi (di PALESTIN) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau' "
Al Israa | 4

"Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan itu) Kami datangkan kepada kamu HAMBA-HAMBA KAMI yang KUAT DAN GAGAH dan amat ganas seranggannya lalu mereka seranganya lalu mereka lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh & membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku"
 Al Israa | 5

Tiga ayat di atas ini sememangnya membangunkan saya mengenai isu Palestin ini. Semua yang berlaku hari ini di bumi istimewa itu ada hikmah yang cukup besar di sebaliknya. Musuh Islam sebolehnya, mahu melenyapkan tanah Palestin dari peta dunia tetapi semakin mereka cuba melenyapkan dan melemahkan penduduk Palestin tetapi hakikatnya nama Palestin semakin popular & disebut-sebut oleh penduduk dunia dan para penduduknya semakin hari semakin kuat dan digeruni oleh musuh-musuh Islam. bumi Palestin yang pada fizikalnya pemandangan di penuhi dengan bangunan-bangunan runtuh, tanah-tanah gersang, darah-darah para Syuhada yang membasahi bumi Gaza itu. namun, sebenarnya bumi itu sangat-sangat harum dengan roh-roh para Mujahid & Syuhada yang wangi bertebaran. bumi itu indah kerana selalu diziarah para malaikat yang menjadi saksi kepada pengorbanan mereka. pengorbanan mereka demi mempertahankan agama Islam dan bumi Palestin mewakili umat Islam di seluruh dunia. 

Antara perkara yang membuat saya amat-amat tersentuh semasa mendengar perkongsian Afdholin Shauki (Gaza : Apa Cerita?) yang apabila mereka ke Gaza dan bertanya kepada pemimpin HAMAS, bolehkah 'kami' tinggal di Palestin. jawab mereka "dipersilakan, tinggallah di sini, kamu tidak perlukan kerakyatan kerana Palestin ini adalah milik kamu juga". Allahuakbar. terkedu sebentar. Tiga tempat yang amat-amat saya rindui walau saya tidak pernah pun ke sana iaitu Mekah, Madinah & Palestin. entah kenapa saya rasa sangat-sangat belonging dengan tempat-tempat ini. Saya dapat rasa yang Palestin ini juga negara saya, penduduk di sana adalah keluarga saya, adik-adik saya, kakak-kakak saya, abang-abang saya, ayah ibu saya. 

Maka, setelah apa yang telah kita tengok di media masa... saya soalkan pada diri saya, apa pula bahagian tanggungjawab saya dalam perjuangan ini? bagaimana untuk saya menjadi sebahagian umat Islam yang memenangkan Islam yang pasti menang ini? dengan syukurnya, hampir dua tahun lebih saya memboikot mc donalds walaupun pada awalnya ada sesekali hampir tergugat namun saya fikirkan darah-darah yang mengalir di bumi Palestin itu hasil dari tembakan peluru yang dibiayai salah satunya oleh restoran ini, saya kuatkan semangat untuk tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke dalamnya.Alhamdulillah. mari, kita terus peduli tentang perkembangan yang berlaku di sana, mari menyokong mereka dengan kewangan kita semampu yang mungkin. tolong jangan anggap atau katakan ini adalah derma kerana ia sudah menjadi peranan dan tanggungjawab kita di dalam misi membebaskan Palestin ini.

Alhamdulillah saya bersama sahabat-sahabat saya Farhana, Azura & Atiq berpeluang ke program Free Gaza, Save Syria yang diadakan di Stadium Melawati pada 20 Muharam 1434 dianjurkan oleh Muslim Care Malaysia. kami sebenarnya, tak pernah pergi ke tempat-tempat macam ni. so, bila kami sampai ke sana, kami dapat rasakan atmosphere yang sangat-sangat berbeza. semangat kami lebih memucak bila turut bersama kami is Syrians & Palestinians. serius rasa macam bukan kat Malaysia. mereka juga turut menjual kuih-kuih tradisi mereka dan berkongsi budaya dengan kami. takbir memenuhi ruang, doa-doa kami panjatkan khas untuk keluarga kami di Palestin & Syria. yang paling best ialah perkongsian wakil kerajaan HAMAS, Ahmad Ayesh Al Najjar dan K
etua Kesatuan Ulama' Syam, Sheikh Dr Muhammad Ali As Sobuni. antara part yang paling best ialah doa qunut nazilah, ucapan-ucapan semangat penuh inspirasi & persembahan membangun jiwa dari Mu'adz dan kumpulan New Rebornz. 




bergambar bersama Ahmad Ayesh Al Najjar 
Semoga usaha-usaha ini menjadi saksi kami di hadapan Allah nanti, amin. jom, teruskan menyokong, memboikot produk Israel & membantu Palestin, Syria, Rohingya & saudara-saudara Islam kita. keep dua :)



Monday, December 3, 2012

Kembali kepada fitrah? hey! itu cool! (Sneak Peek : HAI-Bicara Selebriti siri 6)

Assalamualaikum, hey uolls!

Hidup ini memang begini kan. sibuk memanjang...kadang ntah hape-hapela yang disibukkannya. bangun subuh tup tap dah nak pejam mata tido balik. hokey,kali ni saya nak share sedikit pandangan tentang fenomena yang semakin hangat berlaku di sekeliling kita sekarang. PRU? ha ah,itu salah satu kehangatan di Malaysia sekarang tapi saya tak mau cite pasal tu lagi. kehangatan yang saya maksudkan ialah fenomena di mana 'kebangkitan' golongan ustaz/h, ulama', majlis ilmu, ceramah dan sehangkatan dengannya.

suatu malam, sebelum saya keluar untuk shooting short film, Allah gerakkan hati saya untuk ke surau kolej xxx.ada ceramah sempena maal hijrah ke kalau tak silap. speakers terdiri dari wakil pelajar (WP) dan salah dua orangnya ahli sebuah persatuan islam university. bagus, saya suka pengisian penghuraian kesedaran dakwah di kalangan golongan muda sekarang yang semakin memberangsangkan. berpindah pula kepada komen wakil pelajar ini mengenai fenomena populariti ustaz yang berjaya menarik puluhan ribu orang untuk mendengar ceramahnya. jemput sahaja beliau, pasti masjid atau tempat itu umpama pesta besar-besaran. jalan komfem jem dan jemaah melimpah keluar. ya, anda terer dapat teka sape yang saya maksudkan, Ustaz Azhar Idrus.maka WP ni pun mengatakan bahawa kurang mengemari akan hal ini sebab orang g tu bukan nak ilmu sangat tapi disebabkan benda tu popular so that people wanna be part of crowd. pegi pegi pun gelak2 then kalau orang tanya "apa ko dapat daripada ustaz azhar ckp tadi?" maka jawapannya, "ntah!". baiklah. sebenarnya, banyak lagi kritikan WP kepada fenomena ini tapi biar itu sahajalah yang saya taip.

pasti ada antara yag membaca ini mengatakan saya fanatik UAI. "pengikut UAI ni memang, tak boleh ditegur. bajet diorang tu alim macam UAI, UAI tu pun satu, bahasa kasar". peluh kecil. saya pernah baca orang komen macam ni di FB & YouTube. memang, saya fanatik. kalau boleh hampir semua tempat UAI pegi saya nak gi. saya fanatik dengan gaya dakwahnya, ilmu-ilmunya, gaya penyampaiannya & kreativiti dia menarik begitu ramai golongan muda yang dulu tak kenal agama tetapi kini sudah kembali sujud kepada Allah. ya, saya memang tak nafikan ada yang pergi tu sebab orang lain pun pegi BUT AT LEAST dia pergi ke tempat baik, taman syurga, majlis ilmu berbanding perhimpunan yang ntah hape-hape tu kan. bukan kah kita femes dengan kata-kata ini kalau berkawan dengan si penjual perfume, sedikit sebanyak pun bau lekat kat kita. biarlah mungkin awal-awalnya dia pergi sebab orang lain pun pergi, lama-lama bila telinganya mendengar pesanan-pesanan yang baik insya Allah dia sedar juga. mungkin orang yang melihat usaha ini hanya semudah kacang cap  ibu jari tapi saya yakin kita sedang berusaha to create generations towards Al-Fateh dan contoh pemuda Islam yang lain.

dulu, awal 2010 kalau tak silap, abang ipar saya bawa balik VCD UAI ni ke rumahnya dan waktu tu, saya masih tak biasa dengan ceramah2 apa semua ini. saya pun waktu tu memang ntah hape-hape mengarut lagi. saya dengar hujung telinga macam tu je, pastu lama-lama abang ipar saya asyik duk pasang VCD tu saya jadi tertarik. waktu tu UAI tak femes lagi. pastu saya cari kat YouTube. dalam duk tengok dalam YouTube tu la saya jumpa ustaz-ustaz lain. liked page UAI kat FB, liked page JKKK & lain-lain lagi. lepas tu barulah UAI mula femes. gitu la sikit sebanyak cerita bagaimana saya kenal UAI ni.

curi-curi cerita sikit. 1 Dec 2012, saya bersama sahabat saya dari KL ke Hari Hiburan Islam : Bicara Selebriti bersama UAI, Meyda Sefira, Heliza Helmi & Amin Idris di Stadium Muhammad IV Kota Bharu. sukar digambarkan perasaan saya ketika itu. seluas-luas padang itu, saya tak nampak satu ruang kosong pun tanpa diduduki oleh manusia. penuh. terharu juga dengan kisah Amin Idris yang ketinggalan penerbangan ke Kota Bharu dek tugasan membuat liputan sebuah perhimpunan merah. sanggup beliau, membeli tiket flight yang lain dan sampai ke pentas jam 10.30 malam. memang saya lihat pada jadual beliau di FBnya memang pack dari awal pagi. malam itu hujan,mula-mula tu saya beralih juga ke tempat teduh.pastu hujan berhenti hampir semua kembali ke padang. melihat di dada langit, subhanallah! bulan yang sangat bercahaya dan cantik. angin sejuk mendakap kami semua. sedang hangat panel berbicara hujan lagi dan kali ini saya memilih untuk kuyup bersama lebih 15k jemaah lain. yang lebih mengagumkan saya, walau hujan lebat semua panel & moderator tidak berganjak dari pentas sehinggalah datang krew untuk memayungi mereka. takbir ALLAHUAKBAR berkali-kali dilaungkan. semangat Palestin dan kebangkitan Islam semakin laju mengalir dalam diri ini.

picture credit to FB Amin Idris
antara apa yang saya dapat dari panel-panel yang hebat ini ialah menjalankan dakwah kena luruskan niat, ikhlas, lihat dengan siapa kita berkawan dan bergaul.apa yang paling utama ialah ilmu kerana dengan ilmu itulah menentukan bagaimana kita melihat & menilai dunia ini dan dengan ilmu lah kita nampak jalan ke akhirat. bak kata UAI, popular itu tak perlu pun dicari kalau dia nak datang dia akan datang tanpa dipaksa. ya, malam itu UAI tidak menghurai kitab Anak Kunci Syurga tetapi lebih kepada perkongsian bagaimana dia bermula daripada diminta mengajar di tangga pondok yang bermula dengan seorang murid, 5 orang dan berpindah kepada 10 orang di surau. kini, tak perlu saya calculate kat sini beramai ramai orang yang ke ceramahnya tanpa ada pengangkutan percuma, kain pelikat percuma, duit sagu hati dan apa-apa sahaja lah kecuali dengan kerelaan diri sendiri walaupun menempuh jalan yang sukar. benar, dia daie sejuta umat.

pernah demo tengok talk lagu nih? ;)

saya kuyup dan saya suka!
ternyata, yang dinamakan updated dan cool itu ialah mereka yang memilih untuk kembali berpegang kepada agama Islam. mereka yang memilih bersama majlis ilmu. kata UAI lagi, manusia ini punyai hobi. buat lah hobi apapun hobi suka tangkap gambar ke, naik basikal ke, motor ke asalkan tidak melanggar syariat dan kita buat semua tu dengan berpandukan Islam. as simple as that. world view kita wajib gunakan Islam sebagai kaca mata kita melihat dunia ini. jangan terlalu menjadi leteralis agama yang hanya melihat Islam hanya pada perkara tertentu sahaja.



 Dari kiri Kak Aisya, Aryani, Dik Husna & Kak Hidayah

Khalas :)

Wednesday, November 14, 2012

Travelog Iman episod I

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti ;)

Ewah! sila baca dengan nada lagu Opick ya. selain daripada tajuk Travelog Iman saya juga berkira-kira untuk menajukkan post ini sebagai 'Di Hamparan Machinchang Ku Seru Nama MU", aha! anda seakan dapat menebak idea dari manakah saya dapat dengan itu. Alhamdulillah wa syukurillah, kali ini kami berempat geng bagpakers beriman ini diberi peluang sekali lagi untuk meneroka satu lagi ruang alam milik Allah Al Khaliq (Allah Maha Mencipta) ini iaitu Langkawi pada 17-18 Zulkaedah 1433 bersamaan 3-5 Oktober 2012.


Setelah perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Perlis, kami sampai di perhentian bas yang berdekatan dengan jeti ini. maka jumpalah abang2 ejen 007.  tapi, ditakdirkan last2 kami dapati penggunaan ejen ni memang tak efektif sangat sebab harga yang diorang tawarkan mahal sedikit kalau nak compare harga yg kita dapat bila sampai kat langkawi nanti. contohnya la kan, island hopping ngan ejen ni kena bayar RM 30, tapi kalau kita gamble kat langkawi tu dapat RM 25. cumanya, kelebihannya bila kita dah setel siap2 ngan ejen senang bila sampai ke pulau nanti. tapi, PR ejen-ejen ni memang cair wa cakap lu. haha :p


ok, alhamdulillah. next kami dapatkan tiket feri ke ... ke mana lagi, Langkawi da! excited even muka tak mandi. harga tiket feri around RM 13. tak ramai sangat sebab kami memang sengaja pilih weekdays. tapi still juga penuh feri tu dengan rombongan cik kiah daripada organisasi apa ntah. heh.


alhamdulillah, setelah berlayar hampir sejam dari jeti Kuala Perlis, sampai la di Jeti Kuah. pastinya pemandangan alam yang sememangnya indah telah 'menyihir' kami untuk terus menyenep gambar. then, kami dapatkan kereta yang kami booked dengan ejen tadi, dan menuju ke lokasi chelet kai di area Pantai Chenang. dalam perjalanan tu, teringat pula masa kali pertama datang ke Langkawi ni masa darjah 4.


After lunch, solat and refresh our body maka kami menuju ke Machinchang Cambrian Geopark yang fofular dengan cable carnya. on the way nak sampai ke sana, kami singgah ke Telaga Harbour Park yang menjadi port kepada yachts. Subhanallah, view memang cantik & tenang je dikelilingi alam semulajadi. hey! apa lagi posing la even kami x de pun kamera yang berjenis DSLR. heh.


okeyh, alhamdulillah kami dah sampai. sumpah excited...ahaha. yang best orang tak ramai. memang bab ni, syok habis! so kami pun mula lah mendongak mana la puncak gunung machincang tu. kabus menyelimuti gunung yang bakal kami jejaki.


ohohoi, memang excited ya. nak2 saya ni pengayat orangnya dan ini merupakan kali ke 2 saya menaiki cable car selepas di Genting Highlands 2 tahun lalu. tapi yang ni memang tinggi, serius! i just take my breath deeply,  keep calm & start zikir. I saw around me with bird eye view... mesmerizing! Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar. Tafsir-tafsir Al Quran yang menceritakan tentang bukti kekuasaan dan penciptaan alam semesta oleh Yang Maha Pencipta mula bermain di fikiran saya. saya tak ingat full ayatnya tetapi saya pernah baca yang Allah berfirman mengenai gunung sebagai pasak bumi, kejadian langit yang tiada kecacatan padanya, alam sekitar dan banyak lagi. saya mula lebih sedar yang saya berkongsi bumi ini dengan baaayaaak lagi ciptaan Allah & kami saling melengkapi!


memang sangat-sangat menakjubkan! just speechless. hanya air mata bergenang melihat bukti & kasih sayang Allah subhanahu wataala. oh, awan itu seakan-akan sedang diam bertafakur kepada Allah. rasa gayang tadi hilang diganti dengan rasa takjub dengan penyempurnaan ciptaan Al Khaliq ini. Allah, semoga dengan vacation ini akan menambahkan lagi iman & taqwa kami kepada Mu.


"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan lalu lalang, supaya mereka dapat samapi kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani" Al-Anbiyaa' | 31


"Dan Kami telah jadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya" Al-Anbiyaa' | 32




Alhamdulillah, sampai di atas Gunung Machincang ini tapi bukan pada puncaknya lagi. cable car berhenti dulu untuk level ini. angin sejuk mula membungkus jasad kami. kekaguman terhadap kuasa Allah semakin memuncak.melihat alam sekeliling... Allahu Rabbi. Dan ini lah kami! dari kiri Ela, Zura, saya & Atiq yang memang gilo kamera.keh,keh.


Then, untuk sampai ke puncak gunung, kami sekali lagi menaiki cable car. angin semakin kencang dan pertengahan perjalanan tu memang cable car bergoyang-goyang. gulp! peluh besar. Alhamdulillah, dengan kebenaran Allah kami sampai ke puncak Gunung Machincang ini. T.E.R.U.J.A. perasaan bercampur baur, kabus agak tebal mendakap puncak gunung itu dan ya! kami berada di dalam awan sejuk! Allahu Allah...angin yang agak kuat menolak kabus-kabus itu mendakap jasad kami. saya sebak dengan rezeki Allah membawa saya ke puncak ini. kalau inilah nikmat dunia, syurga nanti lagi tidak mampu dibayangkan indahnya. lebih seronok lagi bila pengunjung tak terlalu ramai so this situation helped us to feel the nature.


satu lagi fakta menarik mengenai tempat ini ialah di sinilah lokasi pengambaran filem Don lakonan shah rukh khan. haha. nak jugak kan! ok, apa lagi time to posing guling-guling. sape photographer kami? camera tu la photographer kami! (self shoot) memang hari tu agak berkabus dan x nampak pulau2 di sekeliling dan pemandangannya. but its okay, peluang sampai ke sini sudah cukup membuatkan kami sangat2 teruja. well, ini merupakan puncak ke dua berjaya kami tawan selepas puncak Broga Hill. heh! (tak aci)


Power Muslimah Bagpackers Gurls! actually, gabungan kami berempat ini ada cerita di sebalik ukhuwah. in fact, kalau tengok di fakulti kami tak de close sangat-sangat pun. x de la berkepit sana sini kan tapi Allah satukan kami dengan hobi yang sama. puncak Broga Hill itu Allah pilih untuk kami realize persamaan kami iaitu kami suka berjalan-jalan ke tempat yang sama pesennya iaitu alam semulajadi yang mencabar. kami kurang berminat untuk bercuti di tempat-tempat seperti Universal Studio ke, Times Square ke & seangkatan dengannya.


so that, dengan kuasa Allah, itu antara salah satu faktornya. selain tu, kami ni jenis tak kesah sangat memilih makanan asalkan ianya halal & tak de unsur shubhah kan. senang cerita, citarasa kami hapir serupa lah. alhamdulillah ;)


Ini puncak tertinggi Gunung Machincang. memang kalau sunset memang cantik kan. seyes macam tak nak turun dari sini. kami kat atas ni lebih kuran sejam lebih. kami juga sempat buat little usrah kat atas ni reflected apa yang kami perolehi di sini.



okay, Travelog Iman ini insha Allah akan bersambung di post seterusnya :)


Friday, October 12, 2012

Garden of Knowledge

Assalamualaikum

Segala puji-pujian diserahkan khas untuk Allah. oh bertapa masa tersangatlah pantas alih-alih dah bulan zulkaedah/oktober dah. alhamdulillah, faktanya saya suka daily life yang sibuk diisi dengan perkara kebaikan dan kadang-kadang ada yang tak terkejar. aiseeh...post kali ini saya nak share sikit kutipan pengalaman saya sepanjang saya menjalani latihan industri atau lebih moden disebut internship :) alhamdulillah, saya menjalani intern di Nasyeed.com yang sebelum ni saya hanya mengenali company ini secara luaran sahaja memandangkan saya & kawan-kawan pernah interview diorang utk esemen, dan sekarang saya berpeluang to be part of team.


Majlis Iftar & MoU Nasyeed.Com-Ana Muslim
tak lama, just 2 bulan yang bersamaan 8 minggu sahaja. masa yang sangat-sangat singkat ya. tapi x pe, I just grab the all opportunity yang ada depan mata. antara kerja taff yang saya buat ialah memlakukan satu proposal event yang menelan belanja 100k. first time buat proposal seumpama itu dan lagi pula saya ini bukanlah golongan die hard fans math. saya memang bergaduh dgn math sejak sekolah rendah lagi, saya cuba berbaik-baik dengan math tapi akhirnya menemui jalan buntu.

Jalan-jalan open house raya

pada mulanya, memang saya tak suka. saya ulang sekali lagi, tak suka. finally lepas saya melalui saat getir tu akhirnya Allah mengilhamkam ibrah atas apa yang saya dah hadapi itu. suatu ilmu pengetahuan yg cukup besar manfaatnya. sesuatu yang saya tak belajar di dalam kelas. how to create a simple proposal yg padat dengan info & keperluan acara. alhamdulillah, proposal & bujet Festival Hijab itu diluluskan oleh client iaitu iaitu MARA. bakat firman Allah di dalam surah Al-Baqarah yang lebih kurang bermaksud 'boleh jadi sesuatu yg kamu tidak suka itu baik untuk kamu', dan ya! ia baik utk saya.

Saya juga dikelilingi oleh orang-orang sgt osem & best seperti kak areda, kak shira, kak lyn, abg zul, pian, aizat, farah, mimie, boss waie, boss azli & lain-lain yg sentiasa memberi bantuan kpd saya. 2 bulan x cukup untuk saya lebih get close ngan diorang tapi nak buat macam mana kan. saya cuba mengaudit diri & sebab kenapa Allah letakkan hanya saya berada di Nasyeed.com dan jawapan kepada keseluruhan audit saya ialah  knowledge. 


part of wall at Nasyeed.com's office. just love it!

Saya berdoa semoga sepanjang saya di Nasyeed.com Allah mengiranya sebahagian daripada kebaikan. em, saya dapat rasakan Allah sedang membawa saya ke satu lagi fasa yang lebih serius :)



Monday, September 3, 2012

En Ramadhan sudah pergi

Dikhabarkan kepada penduduk kampung nan permai itu, masa En Ramadhan semakin suntuk. semuanya semakin tergesa-gesa untuk mengisi kehadiran En Ramdhan dengan sebaik mungkin. ada yang sudah menutup pintu-pintu kedai mereka, ada yang sedang mengusung bantal busuk & kelengkapan untuk beriktikaf di masjid, cangkul di tangan di simpan kemas di dalam stor & mereka berlari terus membersihkan diri. "masa dah tak banyak! ini peluang kita semua rebut rewards yang En Ramadhan bawa. ingat! tiada siapa pun yang terlepas untuk merebut ganjaran ini!", teriak penghulu kampung yang beriman lagi hensem itu.

Kesekian kalinya, petang terakhir sebelum En Ramadhan benar-benar meninggalkan mereka semua. semuanya tunduk sendu sayu. daun palas yang masih berbaki dibiarkan sahaja di bucu dapur, api yang membakar lemang pun hanya tinggal arangnya yang berasap sepoi-sepoi bahasa. Angin sedih menghembus kampung itu, yang yang menyendiri sambil menyapu air mata. Tiada kematian yang mereka ratapi, tiada bencana yang menimpa mereka tetapi hanya satu, mereka berat untuk melepaskan En Ramadhan pergi. bilal yang tampan melaungkan azan maghrib tanda berakhirnya 30 Ramadhan. malam itu tiada lagi terawih 23 rakaat tetapi diganti dengan solat sunat tasbih.

Usai solat sunat tasbih & takbir Eid, imam mula berdiri di hadapan makmum yang kebanyakkan masih bermuram durjana. "Saudara saudari ku sekalian, janganlah kalian semua bermuram begini. esok, pagi Syawal akan menjelma, kita harus raikan kemenangan kita. andai kalian terus bersedih ini bermakna kita hanya menyembah Ramadhan bukan menyembah Allah yang Esa & saya yakin kita semua meraikan Ramadhan kerana cinta & taat kita kepada Allah yang Esa. marilah...kita raikan Eid Fitri dengan kesyukuran & kemeriahan. oh, saya pun tidak tahu kenapa ayat-ayat saya sesekema ini. so, moh le kita enjoy seadanya okeyh!". whosh! sungguh bersemangat imam ini demi memberi semangat kpd penghuni kampung itu.

maka, mereka masing menepuk-nepuk bahu rakan-rakan sebelah menyebelah untuk tidak lagi menangis dengan perginya En Ramadhan. akhir kalam abang imam itu dengan doa "ya Allah, terimalah amalan kami dan  pertemukan kami sekali lagi dengan Ramadhan akan datang. Allahumma balighna fi Ramadhan, amin". semua jemaah mengaminkan doa abang imam itu. Allahu akbar, Allahu akbar wa lillahilham

gitulah cerita hekayat penduduk kampung tersebut. so apa hekayat kita plak? Ramadhan dah berlalu hampir 2 minggu, bagaimana dengan amalan yang kita latih di Ramadhan lepas? adakah kita masih teruskan seperti biasa atau ianya sudah pergi bersama Ramadhan? yup, memang pada saya pun istiqomah a.k.a konsisten ni memang perlu mujahadah yang cukup tinggi. kalau setakat puasa 6 then tiba2 ada orang nak belanje makan & kita hancurkan puasa kita tu pun dah kalah dengan nafsu apatah lagi nak istiqomah qiam. kena step by step, baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam pun pernah cakap yang sebaik-baik amalan tu biar sedikit tapi berterusan.

saya juga menegur diri sendiri yang sometimes memang lalai dan dalam tak sedar kedekut dengan Allah sedangkan Allah tak pernah pun kedekut dengan kita kan. apapun, selagi nafas masih di badan selagi tu lah kita x pernah terlambat untuk berpatah balik ke jalan Allah. iman memang kena kebal & rahsia yang bukan lagi rahsia; untuk kebalkan iman ialah dengan jaga solat 5 waktu. kena selalu update ilmu mengenai solat, kadang ada benda2 yg remeh pasal solat kita x tau (saya la tu -_-'). so, all da best for us before Allah changed our tittle tu Allahyarham/ah. rumah bertiang 2 itu pasti milik kita, pasti!

p/s : pertengahan bulan 9 ni cadang nak create group usrah di alam nyata. sesape nak joen? ;)