Monday, August 8, 2011

Andainya Rasulullah Masih Ada...ingin sekali mendengar gurauannya

Anas bin Malik r.a berkata : "suatu hari, Zahir-seorang lelaki kampung (Badwi), memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain, 'Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan menyayanginya'. Rasulullah sendiri sangat menyenangi Zahir, walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.

Suatu ketika, Rasulullah menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zahir tidak dapat melihat orang yang mendakap pun berkata, 'siapa ini? Lepaskan aku!' Setelah itu, Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Dengan itu, Zahir membiarkan agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih, Rasulullah salallahu alaihi wasallam. Kemudian secara bergurau, Rasulullah berkata, 'Siapakah yang hendak membeli budak ini?' "

|Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad|



*awesome credit to Majalah GenQ vol. 1

Saturday, July 30, 2011

masha Allah, it just teaser!


what can I say is...masha Allah, wow! i never expect music video like this come out from brother maher & team...make me so speechless. can't wait for fully Ya Nabi Salam Alayka's music video...soon in Ramadhan...

Sunday, July 17, 2011

Didikan Allah...oh, sungguh menakjubkan!

Assalamualaikum & peace be upon you,
owh, belog bermuka baru yang lebih simple. alhamdulillah, segala puji hanya hak milik Allah...aku ekceli rasa sangat-sangat gumbira & suka hati kerana Allah mendidik aku dengan cara haluuusss sangat. terharu dengan Allah bercampur segan dengan Allah & yang paling utama perasaan takut yang semakin menebal dengan Allah.tapi Allah selalu tenangkan rasa takut dengan sifat Pengasih & Penyayang yang ada pada Allah. hari ni aku attend ESP session 2 yang diadakan kat wisma PKPS shah alam ni. Allah sentiasa arahkan aku pada majlis-majlis ilmu yang sangat mulia seperti ini. Allah halakan aku kepada good peoples seperti ini.

Demi Allah yang memiliki hati ini, biar apa sahaja ujian Allah nak bagi pada aku tetapi aku tidak mahu sedikit pun untuk kembali ke dark ages aku dahulu.kalau nak difikirkan, dengan perangai aku dengan Allah macam ni, sifat-sifat mazmumah yang masih ada dalam diri aku ni sememangnya kau tak layak langsung diberi kasihan oleh Allah...tapi benarlah! percaya & yakinlah... Allah memang Maha Memahami, Maha Penyabar, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pendengar yang paling hebat. Allah bagi kat aku tepat pada waktuNya. pastinya Allah jugak bagi apa yang aku tak jangka pun...tiada hari yang aku lalui tanpa bimbingan Allah & ingatan yang sangat kuat kepada Muhammad Rasulullah salallahu alaihi wasallam.

yang paling gempak Allah bagi ilham kat aku is aku tetiba seakan dapat memahami perasaan Rasulullah salallahu alaihi wasallam sebagai seorang Muallim teragung kat dunia ni. bila aku ajar anak-anak kat Dzul Iman such as menulis dengan cantik, menulis atas garisan, baca qiraati dengan betul & macam2 lagi even ajar doa masuk & keluar tandas...bila diorg tahu,pandai & apply apa yang aku ajar, sesungguhnya perasaan aku waktu tu sungguh menakjubkan.rasa gembira & bahagia kat qalb tu...aku sendiri tak leh describe. after that, Allah bagi ilham kat aku yang mesti Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam lagi happy bila dia tahu & lihat aku tahu,pandai & apply apa yang baginda ajar. dan macam tu jugak la kalau anak-anak tak dapat-dapat apa yang aku ajar mesti ada rasa kecewa tp tak boleh give up.sama jugak la dengan Rasulullah salallahu alaihi wasallam kan...mesti baginda sedih habis la kalau umat-umat dia tak buat apa yang dia ajar.

memang cara Allah didik aku cukup menakjubkan. memang aku selalu tak sangka cara-cara Allah nak tarbiahkan aku...apa yang aku kena konsisten ialah nak mengkualitikan solat, kurangkan keutamaan diri sendiri & dunia dan pentingkan kepentingan ummah & akhirat...first time aku rasa excited habis nak celebrate Ramadhan! wohooooo!


Saturday, July 2, 2011

Saya percaya. anda percaya tak?


"When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him "

"Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings"

Peace be upon you guys...
for the first time aku dengar lagu ni, aku teruja pada kehebatan ciptaan Allah yang ditampilkan dalam MV kat atas ni.aku rasa liriknya sedikit berat...then aku dengar,dengar & dengar lagi then go through with the lyrics...masha Allah, is beautiful! liriknya tidaklah too hard, very nice words & sentence. then, bila faham apa yg disampaikan melalui lagu I Beleive ni then tengok balik MV ni, nak2 dlm 1080pHD memang hati & perasaan kita akan terbawa juga sehingga MV ni habis. yang mendirect MV ni ialah director yang sama untuk MV The Chosen One, Lina Khan.nampak la kespesenan hasil kerja ni...memang superb!

sesungguhnya, aku percaya & yakin pertemuan dengan Allah dan Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam. percaya inilah yang akan membuat kita rasa kewujudan Allah itu...believe is really important in Islam. kita tak nampak Allah, tak penah jumpa Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam, tak nampak dosa & pahala, tak nampak syurga & neraka dan banyak lagi la...sesungguhnya, seseorang Mukmin yang masuk syurga itu bukan kerana pahalanya tetapi kerana rahmat & belas Allah.kenapa kita solat & beribadah serta melakukan kebaikan dengan penuh yakin & konsisiten? sebab kita ini hakikatnya hamba & hamba ini percaya dengan segala janji-janji Allah. kat mana boleh tahu janji-janji Allah ni? the one & only miracles book, Al Quran...believe it!

menyentuh isu maher zain nampak lutut dalam MV ni, pada aku...aku tak pasti maher zain berpegang kepada mazhab imam yang mana di antara ke empat2 imam yang ada. aku yakin maher zain tahu bab2 benda ni semua.x yah pajang2 isu lagi pun maher zain bukan tanggal seluar pun kan ;p

p/s : seperti biasa, aku lebih tertarik & mengutamakan isi & pengajaran sesebuah lagu tersebut.

Saturday, June 18, 2011

Terima Kasih Allah ku =,)

Assalamualaikum & salam sejahtera ke atas mu,
syukur alhamdulillah khas buat Allah yang membenarkan segala-galanya berlaku. aku tak expect pun cuti sem aku hebat macam ni sekali.alhamdulillah aku semakin selesa di Dzul Iman even anak-anak di sana sentiasa menguji kesabaran ustazah ni...but i need to be patient because i'm strong Khalifah. kejap je masa berlalu dah pertengahan bulan Jun dan segala puji bagi Allah pada 6 jun lalu, genaplah umur aku 23 tahun.bagi aku...umur hanya sekadar angka menunjukkan berapa lama dah kita bernafas dengan udara Allah ni.apa yang utama ialah amalan aku ni. tiada apa sambutan hari lahir diperlukan tapi cukuplah sujud syukur atas segala nikmat & rahmat Allah beri kepada aku tanpa putus-putus.

insan yang hebat dalam hayat ini, ibu.

tiada satu pun nikmat Allah yang dapat dinafikan...manusia yang 'buta' sahaja yang tak nampak tuhannya.maka aku faham lah dengan apa yang dimaksudkan oleh Allah "Aku lebih dekat dengan hamba Ku yang bertaqwa berbandang urat nadinya sendiri" lebih kurang macam tu la bunyinya. Allah is every way...every breath...pastinya aku berdoa agar aku dipanjang umur terutama untuk sekali lagi merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini.tambah-tambah lagi ini kali pertama aku berpuasa selama sebulan penuh di hometown tercinta, kota bharu kelantan. iya la, dah 5 tahun aku x berpuasa penuh bersama keluarga tersayang. ouh, I really excited for Ramadhan!

Sunday, May 22, 2011

Hidup Tenang Bersama Allah

Tenang...
Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,
Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.

Tenangnya bersama Allah,
Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.

Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.

Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.

Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...

 credit to : iluvislam.com

Tuesday, May 17, 2011

Hadiah-hadiah daripadaNya yang penuh cinta & kasih sayang

Peace be upon you brothers & sisters,
alhamdulillah, 10 mei yang lalu aku berjaya habiskan final exam aku dengan paper terakhir iaitu Art Law. bermula bulan mei  ni juga aku berada di Dzul Iman Putra Indah yang terletak di Putra Heights. aku berada di sini sebagai... ustazah.gulp! take time jugak aku nak menerima gelaran ni.nampak cam senang mengajar anak2 kindergarten ni, tapi pengalaman hampir 3 minggu ni membuktikan apa yg disangkaan ternyata mencabar.pertamanya, di Dzul Iman ini bukan mcm tadika lain, kat sini mengunakan Khalifah method dalam didikan anak2 di sini. bila aku mengajar anak-anak KAFA & mereka menggunakan istilah 'ya muallimah', aku rasa aku sedang bermimpi... ya,itulah doa & cita-cita aku agar suatu hari nanti Allah mengizinkan aku untuk menjadi seorang Muallimah & sekarang...Allah sedang memakbulkan doa-doa yang ditadah dengan tangan-tangan yang penuh dosa ini. oh Allah, benar Engkau sememangnya Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Suci, Engkaulah segala-gala kebesaran & keagungan Mu =,)

Smart Khalifah Awesome Adventure Day
Alhamdulillah, all praises only to Allah. aku rasa diri ni kerdil untuk berada bersama mereka...oh, ketahuilah aku yang bernama Idmalina Mohamad Ideris ini baru sahaja berpatah balik ke jalan Allah, aku masih banyak lagi perlu belajar. namun, kekuatan aku adalah Allah & semangat aku adalah Rasulullah sallahu alaihi wasallam yang menjadikan aku terus membina semangat agar aku tak akan pernah jemu dengan semua ni. aku sedang menyesuaikan diri aku dengan semua ni.

HPA merupakan salah satu anugerah Allah yang sangat2 bernilai lagi berharga untuk aku. kasih aku pada HPA adalah infiniti. melalui HPA, Allah banyak tunjukkan jalan untuk aku merasai kemanisan iman & Islam itu. hubungan aku, keluarga ku dengan  HPA sangat-sangat rapat & ketahuilah aku akan berhenti bercakap mengenai HPA hanya apabila aku mati. Alhamdulillah, 2 mei lalu aku bersama akak aku bersama-sama hampir 400+ keluarga HPA lain di program ESP (Esekutif,Staf,Pengedar) yang diadakan selama 14 jam di Hotel De Palma Ampang. pengisian program ini bukan mengajar cara bagaimana untuk menjadi jutawan, mcm mana nak dapatkan rumah bungalow besar2, kereta2 mewah & macam-macam lagi kemewahan dunia ni.program ESP ni bercerita tentang kemewahan akhirat & mengenai kita...kita yang bernama umat Islam akhir zaman ni.pemakanan yang kita telan hari-hari...perjuangan menegakkan syiar Islam melalui jalan perniagaan ini, untuk membangunkan ekonomi ummah agar kita semua berganding mahu menjunjung tauhid Allah. Pengisian ilmu-ilmu Allah yang sangat banyak sehinggakan aku sedar bahawa umat Islam sekarang berada di dalam kelesuan...2 ayat di antara kata2 Tn Hj Ismail Ahmad yang membuatkan aku merenung dinding ballroom tu ialah "Halal itu bukan pada logo & sijilnya, tapi pada syara' & hukumnya" dan satu lagi "kita memilih sabun,syampu yang halal untuk mewangi tubuh kita"


next story, alhamdulillah, aku juga dipilih oleh Allah untuk menyertai Training of Trainers Special Edition-Khalifah Youth Circle di Khalifah Institute. macam mana ya aku mahu mengekspresikan perasaan aku bila aku bersama mereka semua.kadang-kadang aku terfikir... di manakah istimewa KYC ini & bila aku jumpa, terlalu banyak untuk aku taip di sini. yang penting, hanya Allah yang tahu :) bro qayyum, bro syidi, bro azam, bro mokhtar, shahir amin, shahir ahmad, azim, najib, kak mun, dhee, mahfudzah, kak farah, kak huda, kak amirah, izyan & ramai lagi lah yang menjadi kekuatan kepada KYC ni. dengan izin Allah hati-hati ini terikat demi perjuangan menjunjung tauhid Allah ini. Allhamdulilal ToT SE ini sangat2 hebat...ia bukan training yg biasa2, ia bukan satu kem yang remeh2...ianya suatu moment penuh dengan manfaat, ilmu-ilmu yang sangat banyak kami timba bersama, aktiviti2 yang kami lakukan bersama mencambahkan lagi ikatan kasih kami...subhanallah.

ToT Special Edition Khalifah Youth Circle 2011
Dulu, brother maher zain pernah pesan "you must to surrounding with good people" dan aku sedih mendengarkan pesanan ini sebab aku sedar bagaimana surrounding aku. sekarang, aku melihat keajaiban Allah di depan mata aku.setiap hari aku bersama orang-orang yang sering bercakap mengenai Allah & Rasulullah salallahu alaihi wasallam. ilmu-ilmu yang aku belajar & mengajar pula kepada anak-anak di Dzul Iman. oh, Maha Suci Allah...Maha Suci Allah yang mendengar & memakbulkan permintaan ku. alhamdulillah...nah, inilah hadiah-hadiah daripada Allah yang Allah bungkus cantik dengan penuh cinta & harum bersama kasih sayang Allah khas untuk kau wahai Idmalina Mohamad Ideris.

Semoga Allah subhana wata'la tidak mengistidrajkan aku. semoga aku akan terus berusaha untuk kehidupan aku selepas dunia ini. apalah dunia ini hendak dibanggakan sangat...masa semakin suntuk, masa semakin suntuk, masa semakin suntuk....