pesanan tuk family aku,dik na sayang korang semua dan minta maaf sbb x sempat hedit gambar2 ni...
Monday, April 27, 2009
Inilah masa untuk bersama...
Assalamualaikum...kali ni pula aku nak kongsi ngan korang semua cite weekend aku bersama family ku yang tercinta...kat bawah ni adalah deretan gambar semasa majlis sempana besday pak alang aku yang ke 40 juga sedikit tahlil bagi mengingati yang sudah tiada...(mama tok..dik na rindu ka mama tok..)
ni aksi tengok bola kelantan vs selangor...mmg seronok tgk bola ngan family nih.even klantan kalah,kami tetap puas hati sbb diorg main mmg terbaieek la...



actualy majlis ni juga untuk kumpul ahli keluarga.kalau x de majlis gini susah juga nak jumpa even duk kat KL ni je pun.maka,aku pun datang juga walaupun yang teramat bz nya sebab aku pengurus produksi untuk persembahan teater Epic of Ramayana & Sitadewi yang bakal berlangsung di Taman Budaya KL pada 8 & 9 Mei ni...meh la korang,best ni...





"ku hamparkan kasih...ku sulami doa...dari hati yang bersih...ku hamparkan cinta,ku rentas gelora dan cabaran dunia..eratkan,satukan berpadu demi kebahgiaan...gemilanglah...mengapai berkat Mu...usaha kami....usaha kami..." 









okeh,gambar2 ni aku hanya benarkan ahli keluarga aku shj mengcopy pastekan nya ya.maaf x leh kasi saiz asal sbb ia terlalu besar utk upload kat sini.korang jangan lupa tau datang kat Taman Budaya Kuala Lumpur 8 & 9 Mei ni,lokasi Taman Budaya,dekat ngan Pasar Seni KL...
Friday, April 24, 2009
Inilah Yang Dikatakan Nikmat Allah
Assalamualaikum...sekarang aku melalui minggu exam.even aku ada 2 paper je tp sangat banyak kerja yang aku perlu langsaikan (mcm langsai hutang plak..).terutamanya persediaan show last minute Dramatari Epic of Ramayana & Sitadewi yang akan diadakana di Taman Budaya KL 8 & 9 Mei ini.tp apapun,aku nak kongsi keesah aku sepanjang study week aku yang lepas...
ini 3 dari 7 orang anak buah aku.kesemua anak2 buah aku mmg suka bila diamik gambar wlaupun yg baby pun.em..muka diorang kat atas ni comot skit..em,budak la katakan.
ni dekat pantai irama bachok kelantan.lama dah aku aku tak g sini...sayangnya,dh tak seindah dulu.biasalah bila dah ada manusia tak betanggungjawab kepada alam sekitar..tapi benarlah,ciptaan Allah ini tiada tolak bandingnya...sungguh tenang dan penuh dengan keunikan.
ini pula kakak ke dua aku...kak wa bersama babynya iman nurhadif...(kakak aku ni,ada baby kecik pun g jalan ke sana kemari)
sharing is caring...ni antara makanan tradisional yg aku suka,satar.satar ni campuran isi ikan,kelapa dan rempah2...pastu ia dibakar dlm daun pisang.best...
ni muke kanak-kanak riang tak dapat mandi pantai...heheh..tp steady je diorang nih...lbih suka mandi kolam dr mandi pantai.

dan yang ini,masa aku,zaza dan sandy berlepas dr airport sultan ismail petra ke airport LCCT.bersama ibu dan abah tercinta yang sentiasa ada dalam setiap penjuru hati aku ini...
sempat lagi pose before nek flait...(tiket ni klau x murah aku tak naik...)

salah satu sebab kenapa aku suka nek flait ialah aku dapat melihat keajaiban ciptaan Allah yang langsung tiada tolok bandingnya ini...subhanallah..mata rasa tak mahu berkelip melihat awan-awan yang terapun di bawah dan atas...ianya seperti sebuah lukisan di atas satu kanvas yang sangat besar...Allahuakbar.

bila tengok bumi di bawah sana,pelbagai bentuk yang dapat aku tengok...masyaallah,inilah antara bukti kebesaran Mu ya Allah.melihat sungai-sungai yang mengalir ke laut melalui kuala,bukit bukau,gunung ganang...melihat tumbuhan spt padi,kelapa sawit dan mcm2 lagi...
aku kalau nek flait slalu duk tp kokpit...tp best juga sbb rasa aku yang depa tangan untuk terbangkan flait ini.perjalanan ni mengambil masa 50 minit dan perjalanan sanagt lancar sbb hari baik...
ok,apa yg aku fikir...sangat seronok bila kita menghargai ciptaan Allah ini dan menjadikan kita bersyukur setiap sekelumit nikmat yang diberikan oleh Nya.
Friday, April 10, 2009
M.I.M.P.I yang diingati
Assalamualaikum semua,akhirnya sem ni sedang menyelak muka surat-muka surat terakhirnya...aku nak kongsi ngan korang smua masa-masa terindah kami sepanjang pembikinan set & props utk diploma showcase kali ni,MIMPI...di atas ni barisan 'panel' teratas untuk department kami,dari kiri mohd khairi,en hafshizan dan sharmimi...(ceh..mcm nak perknalkan juri plak)Wednesday, April 8, 2009
I object! (no objection please!)
jam kat laptop aku ni mnunjukan jam 3.22 am...hari ni,hari yang kecewa+x de energy+asgmnt pn ken dh hntar=kerja tak hbis2.pagi td,aku msuk kelas gallery mngmnt...dan aku mndapat tmparan hebat sbb aku tak boleh balik hari khamis ni.before ni pun aku ada prstation tp aku mnta anjakan kpd hari rabu.kali ni,aku dah tak boleh nak cakap apa2 dah.keputusannya : "kamu tak boleh balik,tiket flight tu kamu punya pasal la,apa kena mengena dgn saya?".terasa spt semua orang sdg mentertawakan aku.
abah,ibu,kak wa...dik na minta maaf.dik na sdah tiada hak utk membuat keputusan sendiri dan masa-masa dalam hidup dik na sudah dikuasai oleh orang lain.abe hakim,abe hanif,adik hadif,amir,amirah...maafkan cik su kerana memungkiri janji lagi.biar hati ini cuba berkeras utk tdak mngis...tp aku gagal.mgkin org fikir ini adalah prkara remeh tp bagi aku,klau berkait dgn keluarga ia tiada perkara remeh.
apa yang aku dapat diatas segala pngorbanan ini?spt yg lepas2...aku berkorban dan berusaha tp apa yg aku dpt selain drpd kekecewaan.aku yg buat org lain yg dapat.aku bukan nak mngungkit...ya,aku benar2 ikhlas ttp inner aku selalu membentak aku.ya Allah....subhanallah.
"Laillah hailla wah dahu la syarikallah...lahul mul kuwahul hamduyuh yi wa yumi tu wahuwaala kulli syaiinn khadir"
abah,ibu,kak wa...dik na minta maaf.dik na sdah tiada hak utk membuat keputusan sendiri dan masa-masa dalam hidup dik na sudah dikuasai oleh orang lain.abe hakim,abe hanif,adik hadif,amir,amirah...maafkan cik su kerana memungkiri janji lagi.biar hati ini cuba berkeras utk tdak mngis...tp aku gagal.mgkin org fikir ini adalah prkara remeh tp bagi aku,klau berkait dgn keluarga ia tiada perkara remeh.
apa yang aku dapat diatas segala pngorbanan ini?spt yg lepas2...aku berkorban dan berusaha tp apa yg aku dpt selain drpd kekecewaan.aku yg buat org lain yg dapat.aku bukan nak mngungkit...ya,aku benar2 ikhlas ttp inner aku selalu membentak aku.ya Allah....subhanallah.
"Laillah hailla wah dahu la syarikallah...lahul mul kuwahul hamduyuh yi wa yumi tu wahuwaala kulli syaiinn khadir"
Wednesday, April 1, 2009
MIMPI kah aku?
Assalamualaikum semua...hari ni baru aku berkesempatan utk duduk dpan laptop dan sambung sgala asgmnt aku yg x pernah habis.2,3,4 minggu yg lalu aku sibuk sangat dengan set dan props utk diploma showcase kali ni iaitu Mimpi.sangat memenatkan dan aku semamngnya kehilangan masa utk diri sendiri.aku hanya sempat uruskan diri 1 jam pd tghari dan 1 jam pd waktu maghrib then aku akan buat keja2 asgmnt lpas hbis bengkel dlm kul 12 mlm atau pkul 1 pagi...tidur aku yang paling lama,4 jam.
gambar kat atas ni masa bump-in hari pertama kat Lambang Sari.hari tu bnyak prkara x best berlaku yg sememangnya mnguji ksbaran ni.syukur cik zan,kak mimi dan abg daus sentiasa ada dgn kami dan mereka adalah semangat utk aku teruskan kerja.
yang ni plak acara loading barang atas lori utk dibawa ke IB...sempat lagi pose ngan kusi hasil kerja tangan kami.
yang ni antara sentuhan terakhir kat platfom tu.kadang-kadang bila fikir penat tapi sronok juga bila banyak dpt xperiance baru.tetiba berangan nak jadi koordinator set dan props 2.
kepada korang semua,jom tengok teater Mimpi kat Lambang Sari IB pada 3,4 dan 5 april ini.cite ni best..(aku thu la sb aku dh tgk rehersalnya...hehehheh).bila tgk smua hsil kerja kami kat pentas tu,memang rasa best sangat.itulah hasil usaha dan pengorbanan kami utk hasilkan yang terbaik.
(April...suatu bulan yang sangat stragle dan sibuk!)
Subscribe to:
Posts (Atom)