Wednesday, April 1, 2009

MIMPI kah aku?

Assalamualaikum semua...hari ni baru aku berkesempatan utk duduk dpan laptop dan sambung sgala asgmnt aku yg x pernah habis.2,3,4 minggu yg lalu aku sibuk sangat dengan set dan props utk diploma showcase kali ni iaitu Mimpi.sangat memenatkan dan aku semamngnya kehilangan masa utk diri sendiri.aku hanya sempat uruskan diri 1 jam pd tghari dan 1 jam pd waktu maghrib then aku akan buat keja2 asgmnt lpas hbis bengkel dlm kul 12 mlm atau pkul 1 pagi...tidur aku yang paling lama,4 jam. gambar kat atas ni masa bump-in hari pertama kat Lambang Sari.hari tu bnyak prkara x best berlaku yg sememangnya mnguji ksbaran ni.syukur cik zan,kak mimi dan abg daus sentiasa ada dgn kami dan mereka adalah semangat utk aku teruskan kerja.
yang ni plak acara loading barang atas lori utk dibawa ke IB...sempat lagi pose ngan kusi hasil kerja tangan kami.

yang ni antara sentuhan terakhir kat platfom tu.kadang-kadang bila fikir penat tapi sronok juga bila banyak dpt xperiance baru.tetiba berangan nak jadi koordinator set dan props 2.
kepada korang semua,jom tengok teater Mimpi kat Lambang Sari IB pada 3,4 dan 5 april ini.cite ni best..(aku thu la sb aku dh tgk rehersalnya...hehehheh).bila tgk smua hsil kerja kami kat pentas tu,memang rasa best sangat.itulah hasil usaha dan pengorbanan kami utk hasilkan yang terbaik.
(April...suatu bulan yang sangat stragle dan sibuk!)

Saturday, March 28, 2009

Mari Sokong Untuk Bantu Bumi Kita...


Lets countdown to 60 Earth Hour!aku sangat menyokong kempen untuk mengurangkan pemanasan global.aku menyeru kepada semua agar memandamkan lampu pada 8.30 mlm hingga 9.30 pada sabtu ni.mcm2 xtvt kita boleh buat slama sejam ni.aku ni duk brangan nak baring dan kira bintang...heheh...brangan je la.jom la korang,sokong utk bumi yang kita tinggal sekarang.


okeh,sekali lg..jom sokong utk bantu bumi kita...segala-galanya terserah kepada Allah,kita ini sbg khalifah cuba untuk berusaha bagi menyelamatkanbumi ini.aku tetiba teringat dengan maksud al quran.agak2 mcm ni bunyi nya "dan segala malapetaka di bumi ini adalah kerana tangan-tangan manusia..."

Sunday, March 22, 2009

Sirah Junjungan:Tahajud Cinta-Cinta Erma Fatima kepada Allah

Assalamualaikum...finaly,syukur alhamdulillah aku dapat juga menonton teater Sirah Junjungan walaupun byk halangannya.Sepatutnya,kena g tengok hari rabu yang lepas tapi ditunda hari ni iaitu hari sabtu.makanya,bermunge-munge lah hati aku sbab aku smmgnya ingat yang 21 mac mawi yang perform.terima kasih juga kat abg lan kerana ingatkan...
al keeesahnya,ramai yang sepatutnya g hari ni,tp krna ada mslah bas last-last minute tak smua boleh pergi.pihak yg urus ni boleh contact sorang uncle yang bawa mpv UiTM je.so 7 orang je yg boleh muat.tah mcm mna,hati aku mmg kuat mngatakan aku nak kena pegi.kwn2 aku ejas punya ejas,geng kitorang bleh g...bila sampai mpv UiTM Naza Ria,kitorang pun menuju la ke IB,time tu dah pukul 8.15 mlm dah.aku tanya la uncle yang drive tu sape selalunya naik keta ni,dia kta slalunya orang2 penting atau VIP luar jemputan UiTM je.keta ni jarang guna utk student.hahah,maka aku tergelak sorang2 dlm hati dan berkata apa nasib la kami naik keta ni malam ni.sampai2 je kat IB,turun depan2 tangga utk VVIP sahaja kat muka pintu IB tu.aduh la,siap org bukakan pintu keta lagi....
Masuk dalam Panggung Sari,aku ngan kawan2 duk kat Grand Circle,clear punya sit.cerita bermula dengan kisah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w,kemudian zaman kecil baginda,perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah,tentangan yang baginda hadapi,penghijrahan baginda ke Madinah sehinggalah saat kewafatan baginda yang sungguh memilukan.
sungguh,teater inilah teater pertama yang membuatkan aku menangis tersesak-esak.
semua pelakon memang memberikan impak dan emosinya yang sampai kpd penonton.yang paling penting naratornya,lecturer kebanggan aku en mazlan tahir.

antara external action yang aku kagumi ialah bila scene golongan jahiliah yang nak bunuh Rasululluh s.a.w pastu masa tarian arab yang ditarikan oleh penari lelaki yang pusing-pusing...hehe,aku tak tau nama tarian tu.mmg best la...
mawi...pastinya memberikan persembahan yang semamangnya tidak mengecewakan.dia muncul kat pentas 5 kali termasuk closing.pembawakan moodnya,suara gempaknya yang diperkemaskan lagi dengan iringan muzik yang berkesan serta penampilan yang berserban tu memang menterujakan aku.heheh....nyayian mawi yang "labaikallah humma labaikh..." membuat aku menangis kerana hasrat aku yang sgt besar untuk aku berdiri di hadapan khabah.
mawi plak time tu memang mengeluarkan emosi yang sepenuhnya.
pastu aku nangis sampai la habis cite,dgr plak cik mazlan baca doa...aduh,rasa carthasis tu semamgnya berkumpul dlm hati ni.sememangnya usaha murni Erma Fatima untuk mengangkat pementasan ni sangat mulia.bila dia keluar untuk yang closing tu,rasa mcm nak g peluk je dia.aku rasa inilah teater terbaik yang pernah aku tonton kat Panggung Sari.

set dan props dia...memang gempak habis.tak terfikir pun yang set dan props boleh dihasilkan dengan sebegitu rupa.keluar masuk set props smooth je.lighting nya pun memang kena dengan mood jalan cerita tu,simple but nice.pada aku,aku suka lighting mcm tu sebab tak menganggu tumpuan audiens.

que pun memang sharp dan tak de nampak cacat cela.itu hanya pada pandangan aku la.dari segi custom,em...hasil buah tangan dr cik fifi,simple,sweet and nice.
aku harap Sirah Junjungan season 3 akan uncul lagi next year.tak rugi utk memntaskan naskah yang berbentuk islamik ni.percayalah,pembacaan dr kitab dan buku dengan menonton sendiri cerita yang dilakonkan semula berlainan dr segi kefahaman,penjiwaan dan keberkesanan kepada diri kita.

sesunggunya,Sirah Junjungan ini membuktikan cinta Erma Fatima kepada jalan kebenaran menuju Allah yang Esa.biar apapun rintangan yang dihadapi namun semangatnya kental...semoga Allah menggandakan pahala kepada setiap yang terlibat dengan jujur dan ikhlas utk berdakwah ke jalan yang benar di dalam pementasan ini.
*gambar2 kat atas ni,sekitar suasana di dalam Panggung Sari dan sesi autograf bersama artis.tak sempat ngan suaminya,ngan isterinya yang peramah tu pun ok jugeek.(aku tak mnta autograf sbb x de buku program...hehe...)

Tuesday, March 17, 2009

Yang sementara ini

Assalamualaikum & selamat sejahtera,
ceeh...mcm dalam perhimpunan pagi plak kan.kali ni,aku ingin cite pasal pandangan manusia kpd manusia yang lain.bila aku lalui hidup aku dengan begini,aku akui manusia ni memang tak adil dalam menilai manusia yang lain,tapi tak semua mcm tu.

"eh,kau ni aku tengok makin tak cantik,makin tembam pulak tu...orang lain sbaya dgn kau elok je,cucu aku yg sbaya kau...kurus je"
"ala,tgk badan la...mkn banyak msti boleh angkat benda berat"
"mana boleh bw dia,x muat nnti"
"dia tak boleh la,mana sesuai utk ni.takat nak amik2 gambar tu ok la"
"la...kta duk kat sna kata x de duit,tapi aku tengok ko sama je"
"aku ni senang,smua baju muat dgn aku.lain la ko...jimat skit duit ko kan" Semua kata-kata tu dah biasa masuk dlm telinga aku ni.kawan-kawan,walau diorang baik dgn aku tapi aku tahu diorg juga pura-pura dengan aku.kadang2 aku dpt bc riak diorang bila diorg kluar dgn aku.aku faham itu semua...
usah kawan2...sdara mara pun sama juga.hurm,aku tak tau nak cakap apa lagi.penat dah aku nak take easy bila org ckp mcm tu kat aku.penat dh aku nak buat 'pekak' je bila orang perli2 aku.kadang2 aku kesian dengan diri aku.sedih?sape nak layan sedih aku selain diri aku yang pujuk diri aku sendiri.

Adakah dunia ini hanya memandang kepada kesempurnaan?kecantikan?keelokkan?sampaikan pernah stu tahap tu aku fikir,bila buat baik pun org bukan hargai kita klau kita ni x cantik.tp jujurnya,aku tak nak fikir mcm tu.hurm,org nak bg apa2 job pun,tgk kecantikan fizikal dulu...
Apapun yang berlaku,selagi aku msih diberi pinjaman nyawa ni...aku kena selalu pujuk hati aku spya aku kena juga sabar.bila aku dengar lagu Pandangan Mata dan Munajat Seorang Hamba nyanyian Hijjaz...kadang2 aku nangis sorang2...dan juga aku suka tgk filem Slumdog Millionare sbab filem tu jujur,tidak mnutup keburukan dgn kecantikan yg smentara.

Bukan bermakna aku ckp smua ni aku tak bersyukur dgn kurnia Allah.penciptaan diri aku ini lah yang membuktikan keajaiban Allah.hurm,aku minta maaf kepada korg yg mmbaca post aku kali ni jika apa yg aku taip ni ada yg menyinggung.

Friday, March 13, 2009

Sokongan Untuk Kita

Assalamualaikum...minggu ni plak,aku balik Ampang rumah kakak sulung aku yg tercinta.last week aku balik Kota Bharu.aku ni homesick betul daa...

Sebelum aku sampai Ampang,aku ngan member aku singgah mid valley jap.saje je,bkn sng nak jalan2 hr jumaat ni.actualy kelas script analysis aku batal...maka,dgn first timenya aku menikmati mid valley tanpa orang yang sgt ramai dan menyakitkan mata aku.heheh...aku laksanakan jugak hasrat aku nak tengok movie Geng:pengembaraan bermula even movie tu dh mmg lama kat cinema.nak buat mcm mna,klau shah alam tu cinema x pe la.bkn stakat 5 bintang aku nak kasi kat Les Copaque,tapi bejuta-juta bintang!aku mmg terharu bila tgk movie ni sebab aku bangga sangat kerana ini adalah hasil kita...bukan hasil pixar,sony pictures animation atau apa shj yang slalu dibanggakan tu.

Terlalu banyak usaha yg telah dibuat untuk mengangkat animasi ini ke layar perak.aku harap pengembaraan animasi malaysia bukan setakat ini,tapi lebih maju lagi insyaallah.bila tengok movie tu,memang menyentuh hati ni.kenapa?sbb aku sangat bangga dan aku rasa,kadar tiket yang aku byr lebih dari berbaloi.

em,skrg aku berangan nak g tengok Sirah Junjungan.tiket tu,mungkin tak de mslah tapi transpot,aku tak tau nak g ngan apa.tiket yg harga rm30 kira ok la utk seni yang berunsur dakwah yg sgt baik utk ditonton tu.g cinema tgk movie om putih boleh,kot la yg ni x boleh kan.aku nak g yang 21 mac,sebab...sebab...sebab ada mawi la.heheh....(antara sebabnya la.)

ok,thanks sbab luang masa bc blog aku...truskan mlyari internet korang ya.

Friday, February 20, 2009

Lets Chill Out with Nature...

Assalamualaikum...minggu ni sgt sibuk dalam menghadapi mcm2 kerja dan cabaran...alih2 hr ni dah hari jumaat.ni aku nak kongsi dengan kamu semua trip kitorg weekend yang lalu ke Kalumpang,Hulu Selangor.Kitorg g ke resort Sg Inki.kat sana juga rumah member kitorg zu.Melalui highway yg lengang di pagi hari...sungguh mendamaikan.best sgt tgk bukit bukau ciptaan Allah yang Maha Perkasa.suasana pun masih ada kabus2 lagi...sungguh menyejukkan hati kami. Kitorg sampai kat sana dalam pukul 8.40 pagi.rehat rumah zu kejap,then terus ke Resort Sg Inki...sungguh nyaman sekali ciptaan Allah yang sangat menyegarkan mata.resort ni sgt terjaga kebersihannya.rasa selesa nak tukar pakaian ke apa ke...chelet2 pun cam nampak selesa jek.
hehehe...siap bw 2 plastik sandwich telur buatan miea neh...semangat,semangat.korang kena g tempat ni,memang nice and sweet sgt...dari pintu masuk lagi terdengar bunyi air sungai dan ada la antara kami yang dh mmg x saber2 nak terjun sungai kan...

syukurlah miea ada kamera digital olympus water proof,apa lagi selam je la kmera tu dlm air...sronok..sronok...airnya..subhanallah,sejj...sejuu....sejuuukkkk....tp memang best.tenang sgt bila dengar deruan angin bergabung dengan bunyi air sungai yang mengalir di celah2 batu yang sgt unik tu.back to the nature...

seronok ler duk posing dalam air kan...bila lagi.kui,kui...nsib je D60 aku x leh masuk air,kalau tak...habis la.

BBQ time...dh bila duk mandi sungai tu,opkos la perut dh lapar...syukurlah mak zu sediakan kami nasik.kitorg bakar ayam,udang dan sosej...maka melantaklah kitorg dengan bestnya.

dah nak balik dah...rasa nak dtg lagi kat sini.nak bawa family kat sini,mesti best punya.on da way nak balik shah alam,semua tebongkang dlm keta.maka drive la aku sorg2...
apapun piknik kitorg mmg best.duk plan nak genting highlands...heheh,berangan je lebih.

yg ikut trip ni...dari kiri yana,miea,zaza,sandy,aku...kat blakang dr kiri zu dan mira.

Monday, February 9, 2009

Me,My self and I

Assalamualaikum...kali ni nak share gambar2 yang aku snap di sana-sini.yang kat bawah ni kitorg g kenduri dekat umah as kat sunway,tah sape kitorang main terjah je,ala..kot laorg nak halau plak kan.yang x leh blah tu,sampai2 je terus jd fotografer,x de sape2 yang amik gbr guna kmera elok skit,yie pun guna kmera lama naim punya, yg kureng skit kualitinya. apa lagi, blasah je la kan.hasilnya,orieet la jugak.aduh klakar betul,tah sape2 pengantin tu aku main blasah je kan.orang semua duk tengok,aku slamber je ngan member2 aku yang vogue ni. ..(vogue ke?)
gitulah...macam2 betul.yang kat bawah ni plak,aksi santai yang mungkin korang tahu kat mana lokasi 'shooting' kitorang ni..heheh...


yang kat bawah ni,di suatu petang yang indah,kami main basket ball..(aku tak main la,tukang snap gmbar)..ni kira aksi terbaik anas la kan..cayalah kau!
em,makin hari bz menghambat kami agar kesuntukan masa utk rehat.sbab tu klau dpt tdur tu..fuh nikmat Allah yang tak terkira besarnya..yang pasti,aku nak kelik...nk tgk anak buah ke tujuh aku,iman nurhadif...cik su merindui kamu semua...