Thursday, May 8, 2014

Kembara Tarbiah Ilahi : Kota Haramain

Bismillahirahmanirahim
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala ali Muhammad

"Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu. Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi Mu. Hamba datang menyahut panggilan Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi Mu".

Membawa kembali lembaran kenangan angin Haramain hampir 4 bulan yang lalu... bas melalui jalan-jalan sibuk Mekah, mata ini sudah dari tadi basah tak henti-henti disulam laungan talbiah yang meruntun. Dari jauh mutawwif menujukkan menara jam namun bukan menara jam itu yang saya benar-benar mahu lihat. saya tidak gembira dengan As-Sa'aah itu. sedikit demi sedikit kelihatan tiang-tiang menara Masjidil Haram yang bercahaya. mimpi, ya saya sedang bermimpi & saya benar berharap yang saya tak akan bangun dari mimpi indah ini. sesampai kami di Tanah Haram, jam di lobi hotel Baity Khomsa 12.20 tengah malam. Selesai check-in, abah genggam erat tangan saya meredah lautan manusia yang masing-masing sibuk ke sana sini, bunyi honk yang memenuhi ruang udara sudah tenggelam dek cucuran air mata menuju Baitullah. Angin sejuk mendakap saya tanda ucapan ahlan wasahlan ke bumi mulia ini. Saya hanya mengikut abah, abah tidak sekali melepaskan genggaman nya dan kami masuk melalui babun King Abdul Aziz.


Allahuakbar, melihat Baitullah dengan mata kepala ini sendiri, rindu yang selama ini terpendam... terasa sahaja mahu terduduk. rasa diri ini tidak punyai apa-apa, terasa sehina diri ini tetapi Allah sudi menghadiahkan jemputan mulia ini menjadi tetamu di rumahNya yang paling mulia ini. teringat 'pertemuan bersama' baginda Rasulullah salallahu alaihi wasallam seperti suatu semangat untuk saya sapu seketika air mata yang berderai dari tadi & melangkah fokus untuk memulakan Umrah pertama saya. abah banyak membiarkan saya dengan perasaan saya. abah hanya berbisik untuk step by step ibadah ini. Abahlah mutawif saya, dia tak suka rushing, lebih suka keadaan yang rileks dan tak tergesa. di kiri bahu saya... Kaabah. Sekali lagi saya tak mampu tahan air mata. Saya hanya mampu berzikirullah & berselawat. saya gunakan nombor yang telah ditulis dibuku bagi kiraan pusingan tawaf. hamba-hamba Allah ketika itu ramai namun tidak sesak memandangkan awal dini hari.


Selesai tawaf, saya bersama abah menunaikan solat sunat tawaf... pertama kali dahi cecah lantai Baitullah. Allah... Maha Suci Mu ya Allah, telah membawa saya ke sini, sejuk yang amat membuatkan saya sedar saya ini, kalau Allah tak memelihara saya... I'm nothing. saya akui diri ini, banyak benar dosanya tetapi dengan rahmat Allah hari itu saya duduk di hadapan Kaabah dan di atas saya ialah Arasy Allah. duduk berteleku melihat Kaabah di depan mata... arah yang mana selama ini saya sujud, "Allah hamba Mu datang ni... ku datang kepada Mu ya Allah". rasa sungguh tidak layak mengenang diri yang langsung tak punyai apa-apa malah membawa berbondong dosa. Abah pimpin tanggan saya untuk menuju Safa Marwah. Kami berhenti meminum air zam-zam demi mengikut jejak baginda salallahu alaihi wasallam melakukannya selepas baginda selesai tawaf. sejuknya air zam-zam membasahi, terasa diri ini sebagai tetamu Allah, Allah muliakan dengan 'hidangan' air terbaik dunia ini.



Ibadah sa'ie Safaa-Marwah saya anggap satu penghormatan Islam kepada yang bergelar wanita. Keliru juga mencari tempat Sa'ie sebab kata abah keadaan dah berubah sebab construction maka jalan dulu dah tutup. Alhamdulillah, kami Sa'ie di bawah sekali. Teruja tengok bukit Safa & Marwah. Semasa ibadah ini saya berpeluang untuk belek buku panduan Umrah untuk saya baca doa sepanjang 7 kali ulang alik ini. masa mula-mula kami ingin memulakan perjalanan menjejak tapak Saidatina Siti Hajar ini, sempat saya berkata pada abah:

Dikna : Abah, kita minum air zam-zam tu dulu boleh tak?
Abah : Siti Hajar dulu dia lari-lari dulu baru jumpa air.

senyum. maksudnya, bukan tak boleh tapi eloknya kita ikut sirah terdahulu agar lebih menghayati. abah banyak tekankan erti menghayati dan buat dengan hati. kata abah, hayati sirah yang menjadi titik ibadah-ibadah ini disyariatkan. insya Allah akan berbekas di hati. bukannya orang berumrah kita pun nak berumrah juga. mutawif kami tadi entah kemana, agaknya sudah selesai ibadah umrah. abah yang menjadi mutawif setia saya. melayan penat saya & macam-macam peel. abah gagah melangkah semangat dalam menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Allahuakbar. tergambar panas gering nya semasa Siti Hajar yang mencari-cari air buat anakanda tercinta Nabi Ismail AS & akhirnya kaki mulia yang menghentak lalu mengeluarkan air mulia yang tak pernah kering sehingga kiamat nanti, insya Allah. Zam-zam.



Hampir 3.00 pagi kami selesai ibadah Umrah; yang pertama buat saya. perasaan waktu itu... Allahuakbar, hanya Allah yang tahu. bahagianya rasa sedang berjalan-jalan di taman syurga firdausi. Pulang ke hotel, saya tidur-tidur ayam sebab lebih kurang sejam lebih lagi azan subuh pertama akan dilaungkan. mula-mula saya tak tahu yang di sini ada 2 azan subuh. tapi di sini, manusia tak kenal masa. jalan sibuk seperti biasa. pintu Masjid Haram terus dikunjung tetamu Allah.

Pagi yang indah. pulang sahaja daripada subuh di Masjidil Haram, saya dirai dengan beburung merpati berterbangan umpama mempersembahkan formasi terbangan khas kepada kami. oh, sungguh! perasaan waktu itu amat-amat bahagia.


Antara lokasi ziarah kami di sana, Muzium Mekah, ladang unta. ziarah ke Padang Arafah, perkara pertama yang saya bayangkan ialah kesibukan lautan manusia semasa musim Haji, jenuh Abah melayan pertanyaan pot pet pot pet saya. berdiri di tanah Arafah, sayu teringatkan khutbah wida' yang disampaikan baginda salallahu alahi wasallam di sini. terngian pertanyaan baginda kepada mereka yang hadir ketika itu, "adakah saya telah sampaikan? adakah saya telah sampaikan? adakah saya telah sampaikan?" :,| lalu para sahabat menjawab, "ya, kamu telah sampaikan". berada di kaki Jabal Rahmah, teringat saya mereka pesan untuk doakan jodoh kat sini kerana di sinilah pertemuan Nabi Adam AS & Saidatina Hawa :) teringin menaiki jabal ini, tetapi masa suntuk.



panas okey, tapi nak senggeh jugak nak biarkan diri disiram mentari di bumi berkat. bila lagi kan. Bas menyelusuri jalan-jalan Arafah, Abah throw back ibadah hajinya hampir 23 tahun lalu. mengambarkan musim haji yang sangat amat ramai jemaah, berkumpul di sini... bertapa besarnya rahmat Allah. Sambil mata teruja melihat sekeliling, saya doa agar saya suatu hari dijemput untuk kembali ke sini sebagai jemaah haji, amin! Singgah niat ihram di Ja'raanah. pulang ke hotel, 'syahid' seketika, petang selepas zuhur baru kami memulakan ibadah umrah yang seterusnya.

Antara moment paling best ialah saya & abah bersama jemaah yang tak pernah jemu bertawaf lepak-lepak di lantai baitullah usai tawaf sunat selepas Isyak. saya tak plan pun, well Allah is the best Planner kan. duduk santai bersandar di tiang mataf, melihat ragam bermacam gaya. tersenyum melihat Kaabah depan mata, menghirup angin yang aman damai. ntah, sejak mula kembara ini segala hal isu dunia saya tinggalkan di KLIA. perjalanan ini hanya cerita saya dengan Allah. ajaib. sekian minit saya duduk di lantai Baitullah sambil senyum sorang-sorang... saya teringat susuk tubuh yang menjadi asbab kepada kembara ini... ibu. alangkah indahnya saat-saat bahagia ini andai ibu juga ada bersama kami. air mata untuk kesekian kalinya bercucuran lagi. saya hubungi ibu yang berada di nun 7000++ km di Malaysia. saya kejutkan ibu yang lena tidur pada jam 2.30 pagi waktu Malaysia. ibu pula yang turut sebak mohon agar didoakan agar one fine day soon, Allah will bring us together here again, with ibu.



saya lebih gembira bersembang dengan jemaah-jemaah lain yang dari serata ceruk dunia yang datang ke bumi Haramain ini. saya lebih suka memilih untuk duduk dalam saf yang bukan rumpun sendiri. walau jarang untuk saya berjumpa yang boleh speaking English. saya pun pelik, walau macam cakap macam bahasa T-Rex vs cipanzi, tapi masing-masing faham. seronok sembang terutama yang tua suka bercerita. anguk-anguk sahaja lah tanda meraikan kesudian bersembang dengan saya kan. ada yang beria cari saf untuk kita, ada yang berkongsi zam-zam & makanan, ada yang tolong sambutkan Quran. Allahuakbar... Rahamatan lil alamin. allahumma solli ala Muhammad. ini adalah salah satu nikmat besar dalam agama ini. Akhlak & persaudaraan. sebelum ini, saya pernah dengar yang cerita jemaah kat Mekah ni lain sikit, itu lah ini lah. tapi saya pejam mata sahaja. pernah kepala disiku tapi tak apa lah. moment bermakna juga tu. pernah beberapa kali saya tawaf semasa mentari terik di atas kepala. advanture kata abah. ada seorang makcik yang sudah agak berumur, jalan pun agak terhenjut. tangan kanan nya memegang buku doa & kirinya memegang kotak tisu sambil diangkat sedikit kotak itu. I wonder why? sekali, seorang demi seorang datang tarik helaian tisu itu menyapu dahi masing-masing yang dibasahi dek terik mentari. saya terkejut...masha Allah, tabarakallah. walau apa sahaja cara, ada manusia yang cuba sedaya mengambil peluang untuk berbuat kebajikan yang kadang tak pernah terfikir pun.  

Sayugia, tibalah saat yang saya tak mahu laluinya. tawaf wida. sering kali saya terngiang pesan Ustaz Don "jangan bergambar, shooping atau apa sahaja benda yang melengahkan kita untuk berangkat meninggakan Mekah selepas tawaf wida." saya menuju Masjidil Haram untuk iktikaf & solat Subuh terakhir. perasaan sangat lain, sedihnya lain macam. longlai sahaja ruas-ruas tulang ini melangkah. pusingan demi pusingan dirantai dengan perasaan yang sedih lain macam. sambil merayu agar ini bukan yang terakhir. Allah, jemputlah kami kembali ke sini dengan keadaan yang lebih baik. sujud terakhir, seperti tak mahu bangun-bangun lagi.

 

Berakhirnya percutian indah ini. hujan turun membasahi bumi berkat semasa menunggu jemaah lain manaiki bas. air mata masih belum reti untuk berhenti. Allah, tolong kembalikan kami ke sini lagi. hantarkanlah jemputan mulia Mu kepada saudara-saudara kami yang belum ke sini. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. 
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.