Saturday, June 18, 2011

Terima Kasih Allah ku =,)

Assalamualaikum & salam sejahtera ke atas mu,
syukur alhamdulillah khas buat Allah yang membenarkan segala-galanya berlaku. aku tak expect pun cuti sem aku hebat macam ni sekali.alhamdulillah aku semakin selesa di Dzul Iman even anak-anak di sana sentiasa menguji kesabaran ustazah ni...but i need to be patient because i'm strong Khalifah. kejap je masa berlalu dah pertengahan bulan Jun dan segala puji bagi Allah pada 6 jun lalu, genaplah umur aku 23 tahun.bagi aku...umur hanya sekadar angka menunjukkan berapa lama dah kita bernafas dengan udara Allah ni.apa yang utama ialah amalan aku ni. tiada apa sambutan hari lahir diperlukan tapi cukuplah sujud syukur atas segala nikmat & rahmat Allah beri kepada aku tanpa putus-putus.

insan yang hebat dalam hayat ini, ibu.

tiada satu pun nikmat Allah yang dapat dinafikan...manusia yang 'buta' sahaja yang tak nampak tuhannya.maka aku faham lah dengan apa yang dimaksudkan oleh Allah "Aku lebih dekat dengan hamba Ku yang bertaqwa berbandang urat nadinya sendiri" lebih kurang macam tu la bunyinya. Allah is every way...every breath...pastinya aku berdoa agar aku dipanjang umur terutama untuk sekali lagi merasai nikmat Ramadhan pada tahun ini.tambah-tambah lagi ini kali pertama aku berpuasa selama sebulan penuh di hometown tercinta, kota bharu kelantan. iya la, dah 5 tahun aku x berpuasa penuh bersama keluarga tersayang. ouh, I really excited for Ramadhan!