Monday, November 22, 2010

Hadis-hadis Pilihan vol 1 : Beza Mukmin dengan Munafik

Assalamualaikum brothers & sisters,
Syukur alhamdulillah...pada 14 Zulhijjah 1431 / 21 nov 2010 lalu aku diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri Kuliah Hadith Sahih Bukhari Pengajian Thibbun Nabawi yang diadakan di HPA International Center, Shah Alam. kuliah sehari itu mengupas hadis-hadis yang terdapat di dalam buku "106 Hadis Pengubatan nabi Dari Soleh Imam al-Bukhari (Terjemahan & Ulasan)" oleh Ustaz Ahmad Adnan B. Fadzil iaitu Mudir MANHAL-HPA.

Kali ini aku nak share 2 hadis terpilih melalui buku ini untuk kita fikir-fikirkan bersama sabda mulia Rasulullah salallahu 'alaihi wassallam ini...insha Allah.

Dari Ka'ab -radhiyallahu 'anhu menceritakan Nabi -sallallahu 'alaihi wassallam bersabda: "Perumpaan seorang mukmin adalah seperti batang pohon yang baru tumbuh (yang masih liut-pent.). Apabila ia ditiup angin kencang, sekali ia condong dan sekali ia kembali tegak. Adapun orang munafik, ia umpama ia seperti batang poko arzah yang awalnya tetap tegak apabila dipukul angin kencang, namun akhirnya tercabut sekaligus". (soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)



Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu menceritakan Rasulullah -sallallahu 'alaihi wassallam bersabda: "Perumpaan seorang mukmin adalah batang pohon yang baru tumbuh (yang masih liut-pent.) di mana bila dipukul angin, ia condong, namun bila angin reda, ia kembali tegak. Begitulah seorang mukmin yang condong ketika diuji (namun setelah reda ujian, ia kembali teguh-pent.). Adapun orang berdosa, ia seperti batang pokok arzah yang keras dan tetap lurus (bila dipukul angin-pent.) hinggalah ia dipatahkan Allah apabila Ia mengkehendakinya". (soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)

*pent.-penterjemah.

Ulasan kedua hadis ini:

  1. Maksud perumpamaan hadis di atas ialah, orang yang beriman kehidupannya berlegar anatara suka dan duka, kesenangan dan ujian, sihat dan sakit di mana ia meyakini semuanya adalah takdir Allah dan ia hadapinya dengan syukur dan sabar dan tidak pernah putus asa, ibarat pokok yang batangnya liut apabila dipukul ribut ia melentur mengikut arah angin, namun tidak patah sama sekali. Bila angin reda, ia kembali tegak lurus.
  2. Berbeza dengan orang kafir di mana hidupnya penuh dengan kesenangan dan jarang ia diuji oleh Allah hinggalah bila sekali diuji terus ia tersungkur. Semasa hayatnya dia tidak pernah susah kerana kesusahan untuknya dihimpun oleh Allah bagi ia rasai sekaligus ketika hendak mati. (Rujuk: al-Karmani)
Picture credit to : http://www.boston.com/bigpicture/2010/11/hajj_2010.html?ref=nf

Thursday, November 18, 2010

The Chosen One - Yang Satu-satunya Terpilih

Salam bothers & sisters,
for this entry I want to share with you one of the my most favourite song from Maher's album,Thank You Allah. The song is 'The Chosen One' or in Malay, 'Yang Terpilih'. This song was in track no 7. Before I share with you the lyrics that I have translated to Bahasa Melayu, I want to share a few pictures the making of this video music.



you can watch this video music at youtube.com or go trough to maher zain's official facebook.i'm sure you will love it.

The Chosen One

Di dalam waktu kegelapan dan kerakusan
Inilah cahaya mu yang kami perlukan
Kau datang mengajar bagaiman untuk hidup
محمد يا رسول اله

Kau sungguh prihatin dan baik
Jiwa mu penuh dengan cahaya
Kaulah ciptaan yang terbaik
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Salam ke atas Utusan
Yang satu-satunya terpilih

Dari kemewahan kau berpaling jauh
Dan sepanjang malam kau akan beribadah
Kebenaran dalam setiap kata-kata mu
محمد يا رسول الله

Wajah mu lebih bercahaya daripada matahari
Kecantikan mu tiada tandingannya
Kaulah yang terpilih dari Allah
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Salam ke atas Utusan
Yang satu-satunya terpilih

Aku cuba untuk mengikuti jalan mu
Dan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik
untuk menjalani hidup ku
Seperti mana yang telah kau ajarkan
Aku berdoa agar dekat dengan mu
Dan hari itu dan melihat kau senyum
Apabila kau melihat ku

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Salam ke atas Utusan
Yang satu-satunya terpilih


Lyrics : Bara Kherigi
Melody & Arrangement : Maher Zain
Awakening Records 2009
Translator : Eidmalina Ideris
*pictures credit to http://www.anneclairebrun.com/

Tuesday, November 16, 2010

Eiduladha dan cerita ini.


Ujian yang berat

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"

(Ash-Saffat: 102)


Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar." Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."
Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

*credit to iluvislam.com.

maka,dengan cerita panjang lebar (walaupun sudah diringkaskan) ini, peristiwa ini cukup menggambarkan kepada kita bahawa Allah memberi nikmat kepada setiap hambaNya dengan pelbagai cara & situasi. Cerita penggorbanan Nabi Ibrahim ini membuktikan kasih sayang Allah sungguh besar kpd hamba Nya & jika diukur dengan keluasan alam semesta ini pun tidak mencukupi.sesiapa sahaja yang singgah di blog aku ini, aku menyeru terutama pada diri aku dan semua saudara seummah aku...mari,mari,mari kita kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya. ingatlah,Islam bukan hanya pada nama, bukan pada surau/masjid, bukan pada majlis doa selamat/tahlil & sbgnya, bukan hanya pada jilbab,kopiah & sejadah, bukan hanya ketika berlaku musibah tetapi PADA HATI, KEYAKINAN, IKHLAS, KEPERCAYAAN, WAKTU BERSENANG-SENANG DAN SEGENAP SUDUT HIDUP INI.

Salam Eiduladha buat semua Ummah. semoga kita menjadi tetamu Allah seterusnya dapat memijak tanah suci Mekkah sebelum kita bergelar jenazah/allahyarham/allahyarhamah...insha Allah :) amen...

Labbayka Allahumma labbayk, labbayka la sharika laka labbayk. Inna al-hamda wanni'mata laka wal-mulk, la sharika lak. (Here I am, O Allah, here I am. Here I am, You have no partner, here I am. Verily all praise and blessings are Yours, and all sovereignty, You have no partner)

Thursday, November 11, 2010

Kongsi Ilmu : Omega

Salam brothers & sisters,
post kali ni aku nak share ngan korang semua apa yang aku belajar dengan tn hj ismail di kuliah perubatan jawi (KPJ) beliau.sape tn hj ni...tgk belah kanan,'the amazing knowledgeable' tu la dia.KPJ ni kelas yg dikendalikan khas oleh tn hj dan beberapa org panel HPA ni.HPA ni apa pulak?HPA ni Herba Penawar Al-Wahida.kali ni aku nak share mengenai minyak ikan.let's go! btw,dulu ia dikenali sbg omega-3 tapi sekarang atas permintaan kementerian kesihatan malaysia, namanya ditukar kpd O3 Softgel.ok,minyak ikan adalah minyak yang diekstrak daripada tisu-tisu ikan. pengambilannya memang sangat disarankanlah untuk diet (pemakanan) yang sihat.kenapa?sebab ia mengandungi asid lemak Omega 3,EPA & DHA.EPA ni untuk jantung & DHA plak untuk otak.

Untuk pengetahuan korang,ikan ni tak menghasilkan asid lemak omega 3 secara terus tapi ia terhasil melalui pemakanan ikan-ikan yang mengandungi mikro-alga. omega 3 ni asid lemak yang sangat penting & ia tak boleh dijadikan secara semulajadi oleh tubuh manusia melainkan melalui diet (pemakanan) kita. nisbah O3 yang sepatutya kita ambil ialah 2:1 tapi kebanyakkan kita hari ni mempunyai kurang O3, kita x leh bergantung pada pemakanan harian je, that's why kita kena mengambil suplement yg mempunyai O3 yg mampu beri manfaat yg besar.

Untuk pengetahuan korang lagi, O3, DHA & EPA ni ada dalam minyak ikan. memang ia menjadi peranan penting untuk jantung, mata,sistem saraf, buah pinggang dan hati.mari kita lihat apa yang best mengenai O3 ni :

  • membantu mendapatkan jantung yang lebih sihat dan paras kolestrol yang lebih baik.
  • membantu dalam menjana minda yang tangkas, cerdas dan tuntas :) , menaikkan mood, daya tumpuan & memori.
  • meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap demam, selsema dan mcm2 lagi
  • meningkatkan kekuatan sendi, mengurangkan ketidakselesaan & sakit akibat arthritis
  • mengurangkan sindrom pra haid iaitu sengugut
  • meningkatkan kualiti kesihatan kuku, rambut & kulit
  • baik untuk kanak-kanak yg hyper active, tension & anti-sosial.

untuk produk O3 keluaran HPA halal lagi suci daripada tangan2 orang yg berwudhuk ini, pegambilan harian 1-3 kapsul selepas makan dan untuk kanak-kanak 1 kapsul selepas makan.memetik kata-kata tn hj,apa sahaja suplement yg berbentuk minyak memang kena makan selepas makan okeh....ingat pengambilan suplement tak tunggu sakit atau tua ya, mencegah lagi better dari berubat.ok,selamat menjaga kesihatan...

Genggam tangan ku...banyak lagi jalan untuk melakukan kebaikan.Genggam tangan ku...mari lihat kembali apa yang kita sudah hilang.Genggam tangan ku wahai sahabat, kita akan bersatu memberi semangat kepada satu sama lain. Dan mari berdoa untuk kesejahteraan dunia... Dunia indah yang kita kongsi bersama (Bilal Hajji, 2009)


Thursday, November 4, 2010

Genggam Tangan Ku - Hold My Hands

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan,
Untuk kali ini aku akan berkongsi lagu-lagu daripada Maher Zain ini yang dialih bahasa ke bahasa melayu agar dapat difahami oleh semua.actually niat untuk translate lagu akhi maher ni dah lama,cuma kekangan masa yg menghalang.pastu bila beberapa orang termasuk ibu,kakak dan abg ipar aku beria-ia minta aku translatekan lagu akhi maher ni maka dengan kelapangan masa yang aku ada ni,aku translate mengikut kefahaman dan cara akulah.credit kepada Allah kerana diberi daya fikiran ini dan credit kpd dictionary oxford aku dan google translate ;D

maka,kali ni aku nak share lagu yg secara peribadinya aku sangat2 suka iaitu Hold My Hand.lagu ini berada di track ke 10 di dalam album akhi maher 'thank You Allah'.





Genggam Tangan Ku
Aku mendengar seperti bunga menangis dengan kuatnya
Udara ini kedengaran seperti sedih
Oh tidak
Beritahu ku bila kita wajar
Menjadi dingin dan kosong di dalam
Kehilangan arah sejak dulu lagi
Adakah kita benar-benar buta
Kita tidak dapat melihat dan tetap menyakiti sesama sendiri
Kita lakukan hanya bertengkar

Sekarang kita berkongsi matahari cerah yang sama
Bulan bulat yang sama
Kenapa tidak berkongsi kasih sayang yang sama
Beritahu ku kenapa tidak
Hidup ini pendek daripada kita sangkakan

Genggam tangan ku
Banyak lagi jalan untuk berbuat baik
Genggam tangan ku
Mari kembali melihat apa yang kita sudah tertinggal
Genggam tanganku wahai sahabat
Kita akan baik dan memberi semangat kepada satu sama lain
Dan mari bersama berdoa untuk kesejahteraan dunia
Dunia yang indah yang kita kongsi bersama

Anak-anak kelihatan seperti mereka telah kehilangan senyum mereka
Di taman permainan yang baru berdarah
Oh tidak
Bagaimana boleh kita mengabaikan, suara menyayat hati menangis
Dan kita masih meneruskan
Seperti tiada yang benar-benar peduli
Dan kita hanya berhenti merasa semua kesakitan ini kerana
Seperti itu tugasan seharian kita

Sekarang kita berkongsi matahari terang yang sama,
Bulan yang sama bulat
Mengapa kita tidak berkongsi cinta yang sama
Katakan padaku mengapa tidak
Hidup ini lebih pendek daripada kita sangkakan

Genggam tangan ku
Banyak lagi jalan untuk berbuat baik
Genggam tangan ku
Mari kembali melihat apa yang kita sudah tertinggal
Genggam tanganku wahai sahabat
Kita akan baik dan memberi semangat kepada satu sama lain
Dan mari bersama berdoa untuk kesejahteraan dunia
Dunia yang indah yang kita kongsi bersama

Tidak peduli seberapa mungkin jauhnya aku
Aku akan selalu menjadi tetangga mu
Hanya ada satu planet kecil di mana harus menjadi
Jadi aku selalu akan menjadi tetangga mu
Kita tidak boleh sembunyikan, kita tidak dapat menafikan
Bahawa kita selalu akan menjadi tetangga
Tetangga mu, tetangga saya
Kita tetangga

Jadi, genggam tangan ku
Banyak lagi jalan untuk berbuat baik
Genggam tangan ku
Mari kembali melihat apa yang kita sudah tertinggal
Genggam tanganku wahai sahabat
Kita akan baik dan memberi semangat kepada satu sama lain
Dan mari bersama berdoa untuk kesejahteraan dunia
Dunia yang indah yang kita kongsi bersama

Lyrics : Bilal Hajji
Melody & Arrangement : Maher Zain
Awakening Records 2009
Translator : Eidmalina Ideris