Sunday, August 23, 2009

Allah Maha Kuasa

Assalamualaikum dan salam kemuliaan Ramadhan,
Syukur alhamdulillah,aku masih diberi peluang sekali lagi untuk menjalani Ramadhan untuk tahun ni.aku benar2 berdoa supaya ini bukan Ramadhan terakhir aku...best bulan puasa ni,bleh rehat perut dan yang paling utama boleh format balik otak yang dah jem ni.macam mana nak format,kena basuh dengan ibadah selain puasa seperti tarawih,baca quran,solat tengah malam...sape yg belum cuba,try2 la buat...best wei bila dah rasa connection dengan Allah...

hurm,semoga Allah memberi kekuatan kepada aku dalam menjalani Ramadhan kali ni.

actually...2,3 menjak ni ada sesuatu yg berlaku (kuch kuch hota hei kata shahrukh) pada aku.kenangan tahun 2005 & 2006 kembali bermain dalam benak kenangan aku ni.situasi yang lebih kurang sama berlaku...DAQ vs PFK.masa tahun 2005 & 2006 tu,Allah tak bagi apa yang aku doa dan impikan.rupa-rupanya,maha suci Allah,Dia bagi semua yang aku minta pada 3 tahun yang lalu tu,pada tahun ni...2009.malah Allah bagi berganda-ganda lagi daripada apa yang aku minta tu.memang langsung aku tak jangka semua ni berlaku.

Maka dengan apa yang berlaku pada aku ini,ia membuatkan aku semakin teguh keyakinan dan kepercayaan kepada kebesaran dan kekuatan Allah...apapun,aku sayang kepada mereka berdua yang banyak berbakti kepada aku terutama PFK tu.aku sentiasa mendoakan agar dia dirahmati Allah,diampunkan segala dosa lalu dan yg akan datang,semoga dipanjangkan umur,teguh iman nya,dipermudahkan urusannya dan bahagia bersama keluarga tercinta...amin.

Thursday, August 13, 2009

yang dinamakan kolej...

Assalamualaikum,
post kali ni memang agak2 macam emo skit yea.barangkali ni lah antara masalah,dugaan dan cabaran bila dah jadi pelajar universiti ni iaitu termasuklah berhadapan dengan masalah birokrasi yang sangat menyampah.sekarang kecoh dengan macam2 hal seperti uitm nak cuti la,isu saman menyaman la,isu subsidi makanan la,isu tak leh buat open activity la apa la dan macam2 isu lagi.seyes,memang aku menyampah ngan semua ni.sangat menganggu proses pembelajaran dan fokus utk sem ni.

aku memang doa sangat yg cite pasal cuti menyuti ni sangatlah tak benar.gile ke apa nak xtend sem?umur 23 baru nak grad?nak sambung degree,master bagai lagi...kalau dah kritikal sangat mesti x de sape pun berani keluar tanpa pakai mask.ni aku tengok rilex mcm x de pape je.kita yg pkai mask ni dilihat mcm pelik plak.pastu yang pasal saman2 ni,bab ni aku memang geram sangat.bukan aku nak kritik ke apa,yang pihak kolej ni pun satu hal...kenapa dah nak pertengahan sem baru sibuk nak bukak fail saman2 kat student ni?kenapa tak updatekan segala kesalahan2 yg dilakukan oleh student masa cuti sem 2 bulan tu,then sebelum student dapat rumah utk sem ni,kasi diorang setel dulu kesalahan sem lpas tu,nak bayar saman ke apa ke,baru kasi rumah untuk sem ni.yang buat aku macam menyampah lagi,keslahan yang dibangkitkan...alasan x buat clearance la,rumah kotor la.ingat asrama sekolah teknik ke ni?

yang tak leh blah lagi,dah terang2 kat undang-undang kolej yang ditampal di setiap pintu dalam rumah yang bayaran saman adalah RM 20,tapi dan2 minta RM 50.apa kes???pastu bila disoal, kata ni adalah peraturan baru...banyak la ko peraturan baru.dah peraturan baru,pi koyak semua yg ditampal tu..taip yg baru gi tampal lain.baguslah,collect duit saman tu,pastu buat jubin baru depan opis,bilik snoker la,karoke la,bilik seminar la (pastu bila dak TEKA nak guna byk mslahnya)...bgus2...korang adalah yang terbaik lah!suara student?sape nak dengar?bila komplen masa perjumpaan ke apa,atack student balik.tau sangat la...

isu subsidi makanan plak,ni satu lagi hal.mula2 aku masuk sini,memang x de masalah pasal subsidi.memang kerajaan Malaysia kasi RM 4 sehari untuk student.aku bersyukur sangat,kurang2 ringan sikit beban kan.pastu,kena aply dalam eHEP.aply2,dapat la tanpa banyak masalah birokrasi.maka duit tu masuk ikut akaun bank islam.alih2 sem ni,dah aply online,permohonan gagal,pastu buat rayuan pun tak dapat jugak.syarat2 nya,gaji parents tak leh lebih dari RM 2K.em,bagus2...aku sangat setujulah!bijak bestari sungguh punya rules.ye lah,beban hidup sekarang mana ada tinggi,harga barang tak naik,semua urus niaga pakai daun sireh.pastu yang kalau lebih RM 2k pun ade 5 orang anak yg nak kena tanggung pun x leh,dikira tak masuk syarat dah.aku kan,minta maaf la kat korang kalau korang yg baca ni terasa dengan post aku kali ni.bukan maksud aku nak hentam ke apa,tapi ni la yg sebenarnya.sepatutnya,kalau benar itu peruntukan kerajaan Malaysia,bahagi dengan saksama,kalau ada akta baru,sila war2 kan.jangan biarkan student buat andaian sendiri.

ini lah perkara yang berlaku,kebenaran disebaliknya?tah sape yang tahu.by the way,thanks to UiTM sebab kasi tanah lapang untuk parking keta kat blok tu.kitorang ni bukan nak kesenangan sangat,cuma please la dilayan elok2,adil dan saksama.tak de layan lebih sebab student tu MPP ke,JPK ke,dari fakulti yg dirasakan bagus ke.wei,dont judge a food by its smell la.rasanya,semua baca piagam pelanggan UiTM kan...aku sememangnya proud to be UiTM'nese.aku syukur sangat ditempatkan kat sini.rasa degree pun nak lagi sambung kat sini.aku sayang UiTM...setiap kali aku dengar lagu UiTM di hati ku dan wawasan setia pelajar memang aku sebak sangat sebab aku tahu besar cita-cita aku kat sini.

Saturday, August 1, 2009

tahun 2009

Assalamualaikum and happy good day,
selalunya orang biasa recap pasal perkara yg berlaku sepanjang tahun bila dah penghujung tahun,tapi aku rasakan 2009 ni,adalah tahun yang panjang untuk aku.bertapa banyak perkara yang besar berlaku pada aku dan dunia ini.namun,nak tak nak aku kena melalui hidup ni dengan penuh rasa syukur kerana aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah...Maha Suci Allah yang banyak memberi nikmat kepada hambaNya.
sepanjang 2009 ni,hari sedih aku lebih banyak dari hari gembira aku.banyak perkara berlaku terutama melibatkan keluarga aku.sekali fikir macam drama plak,episod demi episod yang tak habis-habis...kalau kecelaruan tu,datang dari ahli keluarga aku sendiri,boleh la nak diselesaikan dengan rundingan dan berbincang.ni bila dah melibatkan perkara mistik ni,susah la sikit.tah la,susah aku nak terangkan...hasad dengki dan benci yang tak habis-habis terhadap keluarga aku.kalau family aku ni mmg family gengster tak pe la nak benci2,ni x de buat pape pun dimandrem gak...subhanalah Maha Suci Allah yang mengetahui segala-galanya.
even masa aku tak banyak kat umah,bila berjauhan aku tetap dapat sense dan rasa yang family aku terutama ibu abah yang menghadapi semua ni.namun aku yakin ini adalah ujian Allah dan aku yakin bahawa Allah tak akan bagi ujian kalau hambaNya tidak mampu untuk menhadapinya.
memang sekarang aku sangat risau mengenai keselamatan family aku.doa merupakan senjata orang Islam dan aku yakin dengan itu...sesungguhnya Allah tidak pernah penat untuk mendengar doa kita,kita je yang selalu meninggalkan Nya.aku pula...kehidupan seorang mahasisiwi yang semakin mencabar.cabaran yang datang dari persekitaran yang menguji fizikal dan mental ini.sekali fikir macam game xplorace plak.tapi ni baru diploma,tak degree master bagai lagi kan...tapi aku benar-benar berterima kasih pada Allah yang sentiasa membuka peluang pendidikan untuk aku dengan seluas-luasnya...alhamdulillah.
perkara yang berlaku pada dunia,yang besar diperkatakan sekarang adalah virus yang membawa kesusahan pada kita semua iaitu influenza A.korang penah terfikir x dari mana datang nya hareem zaddah ni?bagi aku benda ni datang dari manusia tu sendiri.kan dalam Al Quran ade sebut yang segala kemusnahan yang berlaku di bumi ini adalah dari tangan-tangan manusia sendiri.tengoklah macam mana manusia sekarang...sangat menyedihkan.
akhirat ditinggalkan dan dunia didahulukan,terlalu mengikut arus kemodenan yang banyak dicipta oleh kafir laknatullah.sayangnya umat Islam kini pun juga hanyut dengan semua ni.Maha Suci Allah semoga kita semua dilindungiNya.sahabat-sahabat ku yang sudi membaca entri aku ni,aku menyeru supaya kita menjaga makanan kita yang menjadi darah dan daging kita.kita adalah apa yang kita makan...kalau kita tak meniktikberatkan soal halal dan haram,dengan mudahnya kafir boleh mempengaruhi kita dengan sogokan mereka.bila dah ada cop halal kat bungkusan makanan tu,tak semestinya ianya benar2 halal.
sokonglah lah produk yang dikeluarkan oleh orang muslim dan diyakini halal.buat apa kita nak makan makanan yang dibuat oleh tangan yang tidak berwudhuk dan 'tak mandi wajib'?
fikir dan renung2kan lah...aku minta maaf kalau apa yang aku taip ni ada yang menyakiti.semoga kita sentiasa dilindungi Allah...amin.
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara mu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..." (Al-Quran, surah al-Hujurat: Ayat 13)