Thursday, April 30, 2009

Perhatian korang semua...

Assalamualaikum semua...
Aku sungguh gumbira bila batch aku sudah berjaya menubuhkan sebuah produksi sendiri yang diberi nama Cendekia Semenda Creative & Event Managment.ini adalah langkah awal kami menjelang Diploma Showcase kami kelak.so,korang dijemput untuk klik ke cendekiasemenda.blogspot.com !

Monday, April 27, 2009

Inilah masa untuk bersama...

Assalamualaikum...kali ni pula aku nak kongsi ngan korang semua cite weekend aku bersama family ku yang tercinta...kat bawah ni adalah deretan gambar semasa majlis sempana besday pak alang aku yang ke 40 juga sedikit tahlil bagi mengingati yang sudah tiada...(mama tok..dik na rindu ka mama tok..) ni aksi tengok bola kelantan vs selangor...mmg seronok tgk bola ngan family nih.even klantan kalah,kami tetap puas hati sbb diorg main mmg terbaieek la...




actualy majlis ni juga untuk kumpul ahli keluarga.kalau x de majlis gini susah juga nak jumpa even duk kat KL ni je pun.maka,aku pun datang juga walaupun yang teramat bz nya sebab aku pengurus produksi untuk persembahan teater Epic of Ramayana & Sitadewi yang bakal berlangsung di Taman Budaya KL pada 8 & 9 Mei ni...meh la korang,best ni...







"ku hamparkan kasih...ku sulami doa...dari hati yang bersih...ku hamparkan cinta,ku rentas gelora dan cabaran dunia..eratkan,satukan berpadu demi kebahgiaan...gemilanglah...mengapai berkat Mu...usaha kami....usaha kami..."







okeh,gambar2 ni aku hanya benarkan ahli keluarga aku shj mengcopy pastekan nya ya.maaf x leh kasi saiz asal sbb ia terlalu besar utk upload kat sini.korang jangan lupa tau datang kat Taman Budaya Kuala Lumpur 8 & 9 Mei ni,lokasi Taman Budaya,dekat ngan Pasar Seni KL...
pesanan tuk family aku,dik na sayang korang semua dan minta maaf sbb x sempat hedit gambar2 ni...

Friday, April 24, 2009

Inilah Yang Dikatakan Nikmat Allah

Assalamualaikum...sekarang aku melalui minggu exam.even aku ada 2 paper je tp sangat banyak kerja yang aku perlu langsaikan (mcm langsai hutang plak..).terutamanya persediaan show last minute Dramatari Epic of Ramayana & Sitadewi yang akan diadakana di Taman Budaya KL 8 & 9 Mei ini.tp apapun,aku nak kongsi keesah aku sepanjang study week aku yang lepas...ini 3 dari 7 orang anak buah aku.kesemua anak2 buah aku mmg suka bila diamik gambar wlaupun yg baby pun.em..muka diorang kat atas ni comot skit..em,budak la katakan.

ni dekat pantai irama bachok kelantan.lama dah aku aku tak g sini...sayangnya,dh tak seindah dulu.biasalah bila dah ada manusia tak betanggungjawab kepada alam sekitar..tapi benarlah,ciptaan Allah ini tiada tolak bandingnya...sungguh tenang dan penuh dengan keunikan.


ini pula kakak ke dua aku...kak wa bersama babynya iman nurhadif...(kakak aku ni,ada baby kecik pun g jalan ke sana kemari)

sharing is caring...ni antara makanan tradisional yg aku suka,satar.satar ni campuran isi ikan,kelapa dan rempah2...pastu ia dibakar dlm daun pisang.best...

ni muke kanak-kanak riang tak dapat mandi pantai...heheh..tp steady je diorang nih...lbih suka mandi kolam dr mandi pantai.



dan yang ini,masa aku,zaza dan sandy berlepas dr airport sultan ismail petra ke airport LCCT.bersama ibu dan abah tercinta yang sentiasa ada dalam setiap penjuru hati aku ini...

sempat lagi pose before nek flait...(tiket ni klau x murah aku tak naik...)


salah satu sebab kenapa aku suka nek flait ialah aku dapat melihat keajaiban ciptaan Allah yang langsung tiada tolok bandingnya ini...subhanallah..mata rasa tak mahu berkelip melihat awan-awan yang terapun di bawah dan atas...ianya seperti sebuah lukisan di atas satu kanvas yang sangat besar...Allahuakbar.


bila tengok bumi di bawah sana,pelbagai bentuk yang dapat aku tengok...masyaallah,inilah antara bukti kebesaran Mu ya Allah.melihat sungai-sungai yang mengalir ke laut melalui kuala,bukit bukau,gunung ganang...melihat tumbuhan spt padi,kelapa sawit dan mcm2 lagi...
aku kalau nek flait slalu duk tp kokpit...tp best juga sbb rasa aku yang depa tangan untuk terbangkan flait ini.perjalanan ni mengambil masa 50 minit dan perjalanan sanagt lancar sbb hari baik...
ok,apa yg aku fikir...sangat seronok bila kita menghargai ciptaan Allah ini dan menjadikan kita bersyukur setiap sekelumit nikmat yang diberikan oleh Nya.

Friday, April 10, 2009

M.I.M.P.I yang diingati

Assalamualaikum semua,akhirnya sem ni sedang menyelak muka surat-muka surat terakhirnya...aku nak kongsi ngan korang smua masa-masa terindah kami sepanjang pembikinan set & props utk diploma showcase kali ni,MIMPI...di atas ni barisan 'panel' teratas untuk department kami,dari kiri mohd khairi,en hafshizan dan sharmimi...(ceh..mcm nak perknalkan juri plak)
ni adalah model box kami...salah satu scene dari teater ni.

yang ni..bukan sbhgian dari babak Mimpi,tp ianya antra babak2 lpas pnat buat keja.
rehat time..heheh....pnat tp buat2 cool je dpan kmera.

kami yang suka amik gambar..(amik p mna?)

ni antara hari-hari terakhir kat Lambang Sari.

gambar sengal tak tau nak posing apa....

we done our work...ni antra geng2 akartistik yg sporting (sesetengah je ya!)

pose sebelum show bermula...kenangan yang dihargai.


crew and coordinators of set and properties.inilah hati-hati yang bersatu untuk menghasilkan yang terbaik untuk Mimpi...we are so close and we understand each other.

kami melalui susah dan senang,gelak tawa dan tangisan hati sama2...terima kasih kepada Allah krn memberikan team ni pd aku.
ni muka lepas bump-out kat IB,time ni dah dekat bengkel kat FACT.masih lagi bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja seterusnya.

semuanya tersadai sebab kepenatan sementara tunggu koordinator kami smpai dr IB.
sesungguhnya apa yang aku dah lalui memberikan banyak pengalaman dan ilmu baru kepada aku.aku juga mengenal antara sikap manusia yang kental menempuhi cabaran dan punyai kesabaran yang tinggi.terima kasih khas sekali lagi untuk cik hafshizan,kak mimi dan abg daus yang sentiasa ada bersama kami dalam melalui susah dan senang dalam menyempurnakan tugasan ini...semoga pertalian kedekatan kita sentiasa kekal yea!