Thursday, January 22, 2009

Lazri Meon by A Samad Said

Kali ni,aku dapat skrip Lazri Meon untuk subjek Script Analysis.Mula-mula dapat cite ni aku dah membulatkan mata aku sebab aku tahu naskah ni sedikit berat untuk difahami.Mula-mula aku baca rasa nak nangis pun ada,nak tergelak pun ada sebab aku tak faham apa yang nak disampaikan.Bila baca second round baru lah aku faham...dan aku jumpa ayat-ayat yg pada aku yang sangat menarik sisi pembacaan aku dan ada juga yang berkait dengan hidup aku ni...

"...menjadikan mereka juga manusia yang berimbang,gemar akan irama,mesra akan alam,kagum akan segala ciptaan Allah"

"Ya,pernah kau ingin bercakap kepada hanya dirimu sendiri?Kau sudah terlalu banyak bercakap kepada orang lain,kau lupa pada diri mu sendiri"

"Kita tidak boleh berdusta kepada diri sendiri.Itulah...itulah dasar harga kita"

"Kita mesti sentiasa insaf-hidup bukannya senang seluruh.Bila-bila masa ada kekalahan.Kita mesti kuat"

Naskah ni memang susah sikit nak faham,tapi bila baca banyak kali mcm best plak kan.so,tak sabar nak siapkan segala mak nenek asingment2 ni sebelum balik rumah untuk cuti ni.alahai,bestnya balik rumah...rumah ku jua yang best dari semua tempat dlm dunia ni.

Thursday, January 1, 2009

Sesungguhnya,hidup dan mati ini kerana Mu

Assalamualaikum...beberapa hari lalu dah masuk tahun baru 1430h dan hari ni 2009.skali fikir dah 2009 ya?cepat benar masa ni berlalu.ini bermakna umur aku dah makin meningkat dan aku sekarang berada di semester 4.banyak benda yang aku nak buat,tahun sudah aku dah usahakannya tapi sikit je yg berkesannya.aku fowardkan lagi perkara tu ke tahun ni.

Semalam...aku,mira,zsazsa dan miea g Bukit Raja Mega Mall.kitorang g tengok wayang.so,kitorang layan la Bedtime Stories yg ala2 fantasi komedi.cite ni memang best dan kelakar sangat,tapi pastinya x boleh disamakan dengan Ratatouille aku.

ingat nak tengok Yes Men lakonan jim carrey,tapi dah lama tak tgk lakonan adam sandler.lpas habis tgk movie tu,terus balik dan rehat.memang skrg bosan sgt,tp bila dh stat kelas nnti...tahu lah macam mna kan.

berbalik kpd diri aku,apapun yg aku buat aku harus ingat yg hidup ni hanya berpaksi kepada kebenaranNya,itu suatu hal yg paling mustahak dan penting.ya,hidup ni kena enjoy tapi aku tak boleh sesekali ingkar dengan suruhan Allah.umur aku yang muda bukan menjadi sebab kenapa aku harus pentingkan dunia dari kubur dan akhirat.

untuk tahun ni,sesuatu yang mencabar menanti aku.ya,aku sedia untuk bersabar dengannya.actually,aku memang banyak belajar di AUG yg lepas.syukur...

Maha Suci Allah segala puji bagi Allah dengan banyaknya
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit & bumi
Dengan suasana yang lurus dan berserah diri
Dan aku bukan dari golongan orang musyrik
Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku & matiku...
adalah untuk Allah Pencipta sekelian alam
Tidak ada sekutu bagiNya & kepada ku diperintahkan
untuk tidak menyekutu bagiNya
dan aku dari golongan orang Islam